Lorong dan jalan yang aku tempuh, sesekali disimbahi cahaya lampu motor dan kereta. Cahaya lampu motor ayah bersinar agak agak malap. Adek dengan tenang membawa motor perlahan kerana dia juga rabun silau sama seperti aku. Hari itu pula , kebetulan aku membawa motor ke tempat kerja.Ayah cuti hari ni. Jadi boleh laa aku guna motor Ayah untuk ke tempat kerja.
Adek mengambil langkah berhati-hati bila membawa motor ayahku itu.Sepatutnya aku yang membawa motor, tapi aku tidak yakin kerana aku tidak berapa mahir tentang selok belok jalan menuju ke rumah adik.
Tujuan aku yang sebenar nya malam itu, lepas pulang dari kerja, aku mengajaknya menemani aku makan di kedai sambil2 berborak selepas seminggu tak bertemu..Leka2 berborak, kami tak sedar yang waktu makin berlalu. Adek yang sepatut nya pulang jam 9.30mlm, dan bas terakhir yang perlu di ambik nya dah pun terlepas.. So aku kena anta dia pulang ke rumah.. Kalo tak , die nak balik ngan sapa pulak nanti..
Perkenalan aku dengan Adek, bermula di tempat kerja.Bermula sebagai kawan sekerja, lama kelamaan aku semakin rapat. Entah macam mana kian hari aku makin sayang pada Adek, persis sayang seperti adik kandungku sendiri.
Waktu menyusuri jalan menuju ke rumah Adek, tersergam nan Masjid lama Bukit Jati.. Lantas aku teringat, kalau masuk ke lorong tepi masjid tu, terus sampai kebelakang.. Nnti akan bertemu rumah sewa yang berderet.. Yang meninggalkan kenangan indah buat aku dan keluarga.. Disitu rumah aku di besarkan.. Sebelum ayah membeli rumah dan seterus nya terus menetap menjadi warga Shah Alam. Indah nya kenangan waktu kecilku..
Motor yang dibonceng adek, terus bergerak menuju kerumah nya. Deruan angin terus menderu menerjah ke muka.. Lantas aku terus menutup topi keledar dengan cover nya mengelak dari terus ditampar dinginnya angin malam..
Lantas aku ternampak satu simpang menuju ke rumah Mazlan.. Ex-crew dan rakan sekerja ku sebaya adek. Di mana aku bertemu pabila dia bekerja di tempat ku sebagai part time worker semasa cuti sekolah. Lantas aku teringat kenangan indah raya tahun lepas.. konvoi beramai2.. Aku rasakan waktu itu hari raya paling indah pernah aku rasakan.. Aduh.. Kalau lar masa dapat diputarkan kembali… Benarkan aku singgah walaupun hanya sebentar melewati betapa indahnya masa waktu silam itu yang kini hanya tinggal kenangan..
Aku ternampak pula satu tempat makan.. Papa Tomyam.. Adek kata di kawasan situ kalau nak makan tomyam,ada 2 tempat makan yang paling best.. Satu Papa Tomyam dan satu lagi apa tah aku pun tak ingat, adek berjanji nak bawak makan kat situ nanti..
Motor yang dibawa adek makin menuju ke destinasi. Aku ternampak satu simpang dengan tersergam bangunan R&R Raja Rokiah sebuah pusat jualan kereta.. Ditepi bangunan itu, kenangan indah terus menerjah2 ke ruang fikiran.. Kenangan raya tahun lepas begitu kuat melekat di otak ku.. Lantas otak ku melayang-layang teringat pada si Farid.. Aduh.. kenapa masih perlu aku ingatkan dia lagi.. Ahh.. persetan kan!!!! Sekecil yang telah berjaya mencuri hatiku, lantas akhirnya mengecewakan aku.. Aku semahunya mahu memadam namanya dari ingatan ku.
Motor ayah yang dibonceng adek terus bergerak menuju ke rumahnya.. Sudah hampir dan tiba jugak akhir nya.. Terpacul di muka pintu wajah Tasya, anak buah Adek.. Hai comel sungguh.. Getus hati ku…Lantas ingatan ku pada Farid terus hilang…
‘Kak, tunggu sekejap ek..Adek nak tukar baju dulu ya. Nanti Adek telefon Kerol, ajak die teman hantar akak balik sampai Shah Alam, motor takde pulak nak anta akak balik’
Lantas Adek menghulurkan coklat pemberianku tadi pada anak buahnya Tasya.. ‘Mak Su, Tasya simpan cokelat ni yeh.. Cokelat ni sapa punya Mak su?’ Lantas Adek menjawap ‘Kita punya laa.. Ni Cik Ida kasi.. kita share dua yeh. Dah..pergi simpan dalam peti. Jap lagi kita makan sama-sama’..’Ok..’ jawap gadis kecil itu..
Entah mengapa saat itu,hati kecilku meruntun pilu melihat mesranya Adek dan Tasya yang begitu petah berbicara. Tasya yang dalam lingkungan umur 5 tahun pada firasat ku, merupakan anak buah kesayangan Adek.Perasaan sayu bagai mencarik-carik tangkai hati mengenangkan nasib Tasya.
Dari cerita Adek, ibu dan ayah Tasya sudah berpisah.. Sejak Tasya kecil lagi. Kakak si Adek berkahwin seawal umur 17 tahun. Dia berhenti sekolah kerana tidak minat untuk terus belajar. Lagi pun mungkin sebab ketiadaan ayah, membuatkan dia tidak dapat dikawal. Darah muda..Entah.. Pasti nya dia punya alasan yang tersendiri.
Mata ku terus melekap menatap seraut wajah Tasya yang comel.Mulutnya mengomel-gomel sesuatu. Hai geramnya aku, rasa mahu aku peluk gadis kecil itu sekuat-kuat hati. Tapi aku hanya dapat memandang dari tempat duduk ku saja. Hendak saja rasanya aku bangun dari sofa memeluknya, tapi timbul pula rasa segan.
Tasya pula bagaikan menjauhkan diri dari aku, bersembunyi di belakang muka pintu. Mungkin malu kerana pertama kali bersua. Tak mengapalah.. getus hati ku lagi..
Adik keluar dari bilik, mengenakan t-shirt berwarna merah,tapi masih memakai seluar kerja. Lantas die mengeluarkan handphone nya lalu menekan-nekan sesuatu.. Tak lama selepas itu, die bercakap dengan seseorang.
Sedang aku ralit memerhati Tasya, tibe-tiba terdengar deruman motor. Lalu berhenti di depan rumah Adek. Rupa-rupanya Kerol telah pun berada diatas skuternya Nouvo berwarna merah.
‘Allo John!! Datang pun kau!!’Adik melaung dari tingkap rumah. Daun pintu yang agak terbuka sedikit, lalu dibuka luas. Adek walaupun seorang gadis yang agak kecil tubuh badannya, namun perwatakan dan gaya seperti tomboy membuatkan dia lebih punya ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Bila ditanya mengapa, katanya leceh kalau berkawan dengan perempuan ni. Aku tergelak sendiri. Kadang-kadang aku jua turut mengakui kebenaran itu.
Adek lantas mengajak aku bertolak sekarang.
Adek mencapai helmet di atas tembok, aku sudah pun berada di sisi motor. ‘Adek, bawak la motor akak sampai Shah Alam. Akak tak berani laa nak bawak malam-malam ni’ kata ku sambil membuat muka kasihan.
‘Hehe.. Tadi adek dah bawak, skang ni akak pulak bawak. Mana aci.. Asyik adek jer yang kena bawak.. Takde makna.. akak bawak pulak yer. Kalau tak sampai bila akak nak tau jalan, adek naik motor ngan Kerol’ kata adek sambil tergelak kecil.
Aku mula membuat muka.Alahai kena bawak motor sampai ke Shah Alam.. Dah le aku ni rabun silau. Nak bawak motor malam-malam, aduh susah juga! Takpe laa bawak laa slow-slow..
Kerol sudah mula menghidupkan enjin motor Nouvo merah nya. Cantik jugak motor ni bila dah di ubah suai.. Aku pun cepat-cepat menghidupkan enjin. Sempat aku berpesan pada Kerol ‘Kerol, Adek, jangan bawak laju-laju tau. Akak malam tak berapa nampak sangat. Silau’ ‘Yelah.. yelah..’ kata Kerol dan Adek serentak.
Perjalanan yang aku rasakan begitu panjang semasa perjalanan pergi tadi, kini kurasa sekejap sahaja.. Dan bila tiba di kawasan Shah Alam, aku terus berlagak macam bagus.. Haha dah tempat aku sendirikan.
Sampai di sebuah simpang di Seksyen 18, kami berpisah, Adek dan Kerol terus menghala kembali ke Klang. Aku terus menghala ke rumah. Sampai di rumah dalam pukul 10.30 malam, aku terus mengeluarkan handphone. Terus aku menghantar mesej pada Adek.
‘Akk da smpai kt uma da ni.. T adk da smpai kat uma msj akk ek.Neway thanks tmnkn akk blk smpai sh alam yer.Syg adk.. 
Tak lama selepas itu aku menerima mesej dari adek ‘ Kak, owg da smpai uma da.. tapi lepak lu ngan Kerol kat depan uma ni, time kasih jugak tadi anta adk balik taw..Syg akk lebey laa
’.
Tak lama lepas itu, aku pun tido.. Walaupun aku tahu, peristiwa ini biasa sahaja..tp pada diri ini, ianya terlalu istimewa.. Hanya aku sahaja yang tahu, betapa bahagia memiliki adek seperti dirinya dan dia terlalu istimewa dalam hidup aku ini.. Betapa aku benar-benar menyayangi dirinya sepenuh hatiku ini.
Berkali-kali aku nyatakan pada diri nya, walau apa pun yang terjadi, walaupun satu hari nanti, andai negeri, lautan, daerah atau apa sahaja yang menjadi sempadan pemisah antara kami, namun hubungan yang terbina ini, InsyaAllah aku akan cuba peliharanya dan pertahankan hubungan ini sampai nafas ku yang terakhir……..InsyaAllah…. Mudah-mudahan..
Itu azamku..
~Ieda Farilla~