LoVeKiNgDoM

August 30, 2007

Diambang Merdeka..

Filed under: Cherita Akko

Hai.. Salam bertemu lagi…

Congrat to Suki sbb dah berjaya tepek gmba dan jugak berjaya link kat blog BunGa kat blog dye… Hehe well done and good job…emoticon.. Anda mmg seorang anak murid yg baik dan cepat pick up.. Walaupun BunGa just ajor dye just pakai email ajer.. Same mcm Cucie dan jugak MeerZa ataw CheqZa.. segala2 nyer BunGa ajar melalui email.. Hahaha Congrat yer buat kalian… Congrat jugak buat diri sendiri coz berjaya jadi pendidik yg baik.. Ekekekek(masok bakul angkat sendiri emoticon)

Ok , esok dah 31 August 2007.. Bermakna kiter nak sambut merdeka dah malam ni tepat jam 12.00mlm… So skang ni BunGa tgh countdown laa nie..Heheheemoticon

Hari ni BunGa pakai baju kebaya kaler Merah..Eceh kunun2 nak tunjuk kan semangat patriotik laa nie.. Heehehe korang jgn jeles ek.. Hmm dulu Bunga cukup tak suke kaler Merah ni, smpai BunGa ckp kat Dmok, BunGa menyampah dengan kaler Merah.. Dulu BunGa suke kaler Hijau n Biru..Skang ni byk koleksi baju BunGa kaler hijau, biru, merah dan jugak kuning… Haha..

Cucie suke warna kuning.. BunGa ingat lagi, dye bagi taw kat BunGa yg dye kalo kawin nak pakai baju kaler Kuning.. Last2 hampeh.. Dye pakai baju kaler Merah.. hahaha.. Bile BunGa tanya kat dye, dye kater zaman dah berubah, same gak macam dye.. hahaha poyo la Cucie..

Hmm lagi BunGa nak citer pasal Merdeka.. Mlm tadi skuad bola sepak negara bawah umur 23 tahun(bukan pasukan senior yg slalu kalah tu ek kui kui kui) telah memenangi Piala Merdeka setelah menumpaskan pasukan Myanmar dengan sepakan gol 3 berbalas 1.(satu gol dr tiga utk Malaysia tu di jaringkan oleh pasukan Myanmar apabila tertembus gawang gol sendiri ekekeke..emoticon .. Hape daa.. tapi satu anugerah buat Malaysia)..

BunGa rase ini merupakan satu hadiah besar buat peminat bola sepak negara yang begitu dahagakan kemenangan menjadi milik negara.. Tambah lagi, dulu mase Piala Asia tu, kiter kalah teruk taw.. huhuh.. Dan jugak hadiah buat Malaysia khusus nya sempena nak sambut Merdeka yang ke-50 ni..(Eish Ghana pun sambut ulang tahun kemerdekaan mereka yg ke-50 jugak thn nie.. hahaa same laa pulak yer..).. BunGa rase macam feel something pulak.. Satu perasaan yang sukar nak di jelas kan dengan kata2..

Betapa bangga nya BunGa terlahir di Malaysia.. Lihat laa negara kita Malaysia kalo nak di bandingkan dengan negara segugusan seperti Indonesia, Thailand , Laos, Myanmar dll lagi..Mereka tak merasa begitu bertuah spt kita nie.. Indonesia dan Thailand.. Kerap sgt berlagu rusuhan, ketegangan kuasa pemerintah dengan rakyat dan macam2 lagi..

Satu masa dulu, masa BunGa masih dibangku sekolah rendah, slalu cikgu suruh lukis ataw ade pertandingan lukisan bertajuk ‘Malaysia 2020′ . Ape yang cube di diskrip melalui lukisan tu adalah perkhidmatan awam yg serba canggih.. Skang ni dah ade transit aliran ringan mcm KTM Komuter, Star LRT, Putra LRT.. Terbayang dulu akan sistem perhubungan yang canggih.. sambil guna telefon, kiter boleh nmpak muke org tu, skang kiter dah ader perkhidmatan 3G.. Selain itu jugak, dengan email, kiter boleh berhubung dengan seseorang tak kire dekat ataw jauh macam mana sekali pun.. tekan jer button SEND, email kiter akan smpai dlm beberapa saat jer.. Dan kalo BunGa nak list kan kat sini, mcm2 laaa byk giler..

Betapa kiter dah maju kan?? Tgk ajer adik2 kiter yg kecik2 lagi, skola rendah, dah memiliki handphone sendiri, walhal waktu kiter sebaya diorang ni, kiter hanya mampu bawak botol air yang macam handphone tu ajer.. Kat sekolah pun, bukan ader public telephone.. Skang sume sudah makin mudah dan senang.. Kadang2 BunGa tgk, diorang ni yg sekolah pun mampu pakai handphone canggih manggih.. Huhu BunGa jugak pkai tepon zaman tok Adam taw… huhu.. mencik betol laa.. Takpe, tepon tu dah 4 thn BunGa pakai.. Gaji pertama BunGa tu.. Moral Value nyer sgt tinggi.. Tak mungkin dapat di tukar ganti.. huhuh..emoticon

Malam ni, not sure boleh g smbut Merdeka tak kat Dataran Shah Alam ngan Kelisa.. huhuu.. Tah2 sambut kat depan TV jer.. Sbb Kelisa byk keja.. Sbok nak buat ordering tok store dye Mcd Seksyen 3.. Huk huk.. BunGa nak g smbut MERDEKA taw.. huhu.. Jom laaaaaaaa weiiii.. Sape nak ajak aku nie???

Oklah..Salam penuh kemerdekaan dari BunGa buat kawan2, guru2, mak ayah, adik2, kaum keluarga dan semua rakyat Malaysia khususnya kat luar sana.. Hayatilah erti KEMERDEKAAN yang sebenarnya.. I’m so pround to be a Malaysian people.. So i will hope so, u all pround to be Malaysian..

NotaHati: Mari kita laungkan MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!!!

~BunGaemoticon~

Hepy Birthday Dmok!!!

Filed under: Hepy Birthday~

Buat Sahabat ku yang bernama Siti Nurdiana Bt Jamal ataw pun

Dmok….

BunGa nak ucapkan Hepy Birthday kat engko yang ke-23..

Marilah kiter wish same kat dye hari ni yakni tanggal 30 August 2007…

Mlm tadi BunGa msj Dmok.. Nak wish Birthday kat dye.. Minah tu senyap jer.. Ghuper2 nyer dah selamat buat tahi mata ekekekeke.. emoticonCiss podah!!! Hampes toll laaa.. yeye jerk tunggu kol 12.00 mlm nak wish kat dye.. last2 dye gak yg belayar dulu.. huh!!emoticonBoleh dye balas msj BunGa mlm tadi ckp nak jage kecantikan!! Hampeh betol laa.. grrrrr..

Ape2 pun , BunGa nak ucapkan semoga aper yang Dmok impikan akan jadi kenyataan laa yek…Sentiasa chat n hepi jer..

NotaHati: Teringat lak BunGa mase zaman2 skola dulu, setiap bulan kitorang akn celebrate beday dak2 class kitorang.. Paling syok tu, mase men game tepek2 krim kek, golddast tabur kat muke n badan, main tepung.. Main ulat..(ekekek ase nak guling mase kenakan Mira. Taruk ulat dlm beg dye, pensil box, kasut smpai dye menjerit2 takot ekekekekemoticon) Cengkerik laa.. Hai ape dikenang barang yang lepas.. Dan paling tak tahan, Si Dmok smpai termakan2 tepung n masuk dlm hidung dye… Kasihan ekekek.. emoticon Cucie slalu selamat melarikan diri.. Padahal dye yg suke wat org.. Suki kena jugak.. BunGa pun same.. Tapi nak taw tak ulat roti tu, BunGa yg taruk dlm beg, kasut n pensil box Mira.. hehe suke dajal dye.. Yg syok tu, disebabkan kunci class BunGa yg pegang(BunGa monitor class) maka akan itu sblm sesiapa sempat melarikan diri, BunGa dah kunci pintu class dulu.. ekekekeke.. Jadi moral nyer..Semua wajip kena.. hahaha..Kenangan terindah mase sekolah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 16, SHAH ALAM..

~BunGaemoticon~

Ghost Festival??

Filed under: Ape nie??

Penah dengar tak pasal Ghost Festival??

Haa BunGa tak tahu jugak.. tapi biler tragedi kemalangan yang melibatkan hampir 20 org terbunuh tu, kawan BunGa seorang Cina bukak citer pasal Ghost Festival nie..

Hari kemalangan tu merupakan hari pertama Ghost Festival tu.. Mase tu, diorang kater hantu2 tgh berpusu2 nak keluar.. Uikss.. Yeke??? Lorr…

Hmm Ghost Festival ni berjalan selama sebulan smpai laa 10 September 2007.. Kiraan bulan tu ikot kalendar Cina ler.. Tah BunGa pun tak berapa nak paham ler..

Smlm Suki tepon BunGa.. Dye info Badshah n Geng xmo g Genting naik bas.. Nak naik keta pulak.. Eii ni yg geram nie.. Dak2 ni poyo laa.. Suke bikin prob taw.. Slalu pape diorang ni slalu wat onar n kitorang terpakse ubah plan.. hampagas btol!! (tiru ayat CheqZa ekeke..) Geram btol..Suke buat keputusan sendiri tanpa bincang ngan kitorang ni sumer.. Mencikk betoll laaaaa!!!!!!!emoticon

Lepas abis perbualan BunGa ngan Suki, BunGa mendegus panjang.. Smpai mmber dept BunGa , dak cina asked me.. " Why?? U manyak kerja aaa??’..’ No laa, just my classmate ni.. That guy xmo pegi Genting naik bas..Want to use car pulak.. Haiyo susa laa ini macam’ BunGa bagi taw kat dye..

BunGa ase, kitorang akn tetap pegi naik Genting gak naik bas seperti yg dirancangkan..

Jodoh Ajal Maut semua kat tangan Allah.. Kalo dye dah berseru..  ‘ Kun faya kun’ maka jadilah.. Kat mana2 pun boleh mati.. Pasal nyamuk seekor pun boleh mati jugak… Mengada2 betol mamat tu!! huh!!

NotaHati: Ase nak sepak2 ajer diorang ni taw.. Huiii GERAM!!

 

~BunGaemoticon~

Jom Kenali Lelaki..

Filed under: Info Menarik~

Posting ni, BunGa wat sbb tertepek nyer lagu Anuar Zain kat bawah ni.. Ade ramai yang masih tidak mengetahui cara mengenali pasangan. Ase nyer BunGa pun tak berapa nak pandai jugak…Info ni BunGa dapat dari group Mahligai..

Sebenarnya, ada pendapat mengatakan sifat seseorang berkait rapat
dengan bulan kelahiran mereka. Lelaki, secara zahirnya keras dan
gagah tetapi masih ada kelembutan yang jarang kite sedari.

Jika korang tahu menggunakan ciri tertentu perwatakan diorang, pasti lebih mudah meneruskan hari mendatang ngan diorang nie.

Januari

Lelaki yang dilahirkan dalam bulan ini sebenarnya mudah jatuh cinta,
tetapi mudah juga melupakannya sekiranya dikhianati. Dia pandai
mengambil hati walaupun selalu berdiam diri ketika bertemu. Walaupun romantik dia tidak pandai memperlihatkannya. Kuat cemburu tetapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya. Untungnya, dia bakal bapa penyayang. Mempunyai ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh melakukan sebarang kerja.

Februari

Lelaki Febuari sukar jatuh cinta, namun jika berpasangan dia amat menghormati pasangannya dan pandai memikat pasangan dengan pelbagai cara. Bersifat jujur dan berterus terang dalam perhubungan, dia sentiasa setia bersama pasangannya dan sangat romantik secara dalaman. Maksudnya, hanya pasangannya sahaja yang tahu. Dia patuh dan selalu menjaga hati pasangan. Anda pasti teruja kerana dia sangat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac

Mereka yang dilahirkan dalam bulan ini mudah menawan hati pasangan dan sentiasa ingin didampingi. Yang menariknya, mereka sangat pemalu meluahkan isi hati. Apabila sudah dapat, mereka pandai menjaga perhubungan. Usah tinggalkan mereka kerana mereka sukar melupakan pasangan yang dicintai. Mereka kurang cemburu, manja dan sering ingin dimanjai. Bagaimanapun, mereka mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. Mungkin ada juga yang bosan kerana sentiasa mengharapkan keistimewaan daripada pasangan.

April

Lelaki April amat sukar jatuh cinta. Sudahlah begitu, mereka juga selalu memendam perasaan kerana merasai sukar dan malu meluahkan isi hati. Jika bercinta, mereka sentiasa ingin diberi perhatian dan amat cemburu dalam perhubungan. Ini kerana mereka memiliki kesetiaan teguh terhadap pasangan. Hati-hati, mereka ini agak emosional, cepat terusik dan mudah terluka. Bagaimanapun mereka pandai menjaga hati pasangan dan pandai memujuk selain romantik. Mereka sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.

Mei

Jejaka Mei amat mudah jatuh cinta. Mereka juga baik dan jujur dalam perhubungan selain pandai menarik hati pasangan. Mereka memiliki perasaan cinta yang mendalam, malah mudah dipujuk jika merajuk. Walaupun mudah menerima cinta seseorang, mereka sering membuat pilihan tepat. Anda beruntung kerana mereka sentiasa menjaga hubungan baik. Walaupun mereka pandai mengatur hidup pasangan, mereka bukan King Control.

Jun

Jejaka Jun amat pandai menjaga hati perempuan, dan memahami pasangan. Namun mereka mudah jatuh hati tetapi terlalu memilih kerana cerewet dalam hubungan. Lelaki jenis ini juga selalu beremosi, mudah merajuk namun mudah dipujuk. Mereka sering melindungi pasangan daripada kritikan atau umpatan orang. Anda perlu tahu mereka juga berpotensi menjadi bapa yang baik, asalkan anda pandai memuji mereka.

Julai

Jika anda mencari lelaki yang suka didampingi pasangan, jejaka Julai paling tepat. Namun, mereka sukar dimengerti. Mereka sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. Mudah dipujuk dan suka berterus terang. Jangan curang kerana mereka amat menghargai kesetiaan pasangan selain rajin mengambil berat dan mengasihi pasangan. Mereka ada kebolehan meluahkan isi hati kepada orang yang dicintai. Jangan sakiti hati mereka kerana mereka mudah terluka dan lambat pulih.

Ogos

Anda suka merajuk? Lelaki Ogos pandai memujuk pasangan. Kalau berjalan-jalan, mereka suka memimpin pasangannya. Ini kerana mereka bersifat romantik, pengasih dan penyayang. Sifat negatif yang dimiliki kelam kabut dalam perhubungan dan sangat sensitif. Mereka mudah meluahkan kata cinta kepada sesiapa yang mereka berkenan di hati.

September

Lelaki yang dilahirkan dalam bulan ini bersifat sopan, bertolak ansur tetapi gemar mengkritik pasangan. Ini kerana sifat prihatin mereka selain sangat sensitif dan emosional. Mereka memahami pasangan walaupun kurang menunjukkan perasaannya. Jangan buat hal kerana mereka sukar melupakannya sekiranya hati terluka. Mereka juga pandai menyimpan perasaan, tetapi suka berterus terang jika perkara itu tidak dipersetujuinya.

Oktober

Suka berkomunikasi, disayangi dan menyayangi pasangan adalah sihat jejaka Oktober. Mereka sopan, jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. Mereka mudah terluka hati sekiranya pasangan menyinggung perasaan mereka atau melakukan kesalahan terhadapnya. Emosi mereka mudah terusik. Ada sifat pengasih terhadap pasangan. Namun awas, mereka terlalu cemburu walaupun romantik dan memahami pasangan.

November

Mereka sangat cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. Jaga-jaga, mereka amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa sahaja. Mereka juga agak degil dan kukuh pendirian. Mereka ambil berat terhadap pasangan, memiliki perasaan mendalam namun perangai mereka tidak dapat diramal terhadap pasangannya.

Disember

Jejaka Disember sangat pemurah dan tidak kedekut. Tetapi, mereka mudah jatuh cinta dengan lebih daripada seseorang dalam masa yang sama dan sering tergesa-gesa dalam membina perhubungan. Mereka suka didampingi pasangan tetapi benci apabila dikongkong. Hati-hati, mereka berpotensi berkahwin lebih daripada satu. Mereka juga pandai mempengaruhi pasangan.

NotaHati: Kenali lelaki korang.. Huhu.. BunGa?? Entah ler.. Biarlah rahsia.. hehe..

 

~BunGaemoticon~

August 29, 2007

Anuar Zain~Lelaki Ini

Filed under: Lagu Akko Suker

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

NotaHati: Lelaki itu yang BunGa nantikan.. emoticon My SweetHeart…

~BunGaemoticon~

Kureng Btoi La..

Filed under: Ape nie??

Malam tadi, dlm kemamaian.. BunGa dengar radio Era.. Mase tu dah kol 11lbh kot..Dengar radio sbb mase tu nak tunggu SuGar call BunGa.. Menanti dye abes keja kat Mcd.. Dye closing lagi mlm ni..

Penyampai radio Era mase tu Nana(ni BunGa sure sbb BunGa taw suara serak2 basah Nana tu) n Reza(agk nyer laa kot)..

Diorang terima satu panggilan dari seorang gadis.. Dye name kan diri nyer Farah… Dye mintak bantuan kat Nana n Reza utk call Boyfriend dye.. Name boyfriend nyer BunGa tak ingat..  

Kenapa?? Orr Farah ni nak mintak maaf kat Boy dye, yang dye ni dah bermain kayu tiga ngan other boy.. Dalam hati aku.. cis perempuan ni, hampes toll…

Nana n Reza call Boy tu.. Dye terkejut sbb dye kater dye takde pulak sertai ape2 peraduan ker hape.. Last2 bile die diberitahu oleh Nana n Reza dan perdengarkan kembali conversation record antara penyampai dan si Farah tu..

Si Boy tu beristifar beberapa kali.. Astafirullahhalazim.. Astafirullahhalazim.. Astafirullahhalazim.. Dari suara dye mmg terkejut sangat2.. Kalo BunGa kat tempat dye pun sama.. Hampes betul..

Farah tu bagi taw kat Nana n Reza, yg Boy dye tak de mase utk dye.. So dye ase sunyi sgt2. Kebetulan pulak Mamat mane tah usha masuk line.. hui.. Same2 bageroh kui kui kui..

Si Boy ni pulak, mengakui mmg sejak 3-4 bulan kebelakangan ni, dye busy sgt.. tapi yang aku nak ckp hampes jugak Boy nie, dlm mase yg same dye pun dah ade spare tyre.. bengong..

Bagus laa.. same2 wat hal..Mamat ni bagi taw, dye dapat ase minah dye pasang lain, sbb tu dye wat skandal ngan minah lain..

Kalo same2 bawak berbincang, mesti kes ni boleh settle..

Hmm aku tak taw nak ckp aper, tapi yg pasti same2 bersalah.. bukan aper takot terjadi kat diri sendiri jer.. Tapi geram jugak laa.. ape la punye makwe.. ape la punyer pakwe..

NotaHati:Kalo dah takde jodoh, mcm2 hal ler.. mcm2 alasan tercipta.. tapi kalo dah suke, kentut pown bau wangi.. ekekeke…

 

~BunGaemoticon~

August 28, 2007

Pengumuman..

Filed under: Akko dan Member F6

emoticonAllo to all My Friend.. Ni nak wat sikit pengumuman…

Ape perkara yang BunGa nak hebahkan…

emoticonHari ni Ama start keja kat Mcd Kol 5.00pm.. huhu..

emoticonSabariah nak kawin bulan November nie nie.. So tolong siap sedia kan jam loceng.. ekeke.. Hadiah pun same dag..

emoticonPerancangan ke Genting berjalan seperti yang di rancangkan.. Nanti BunGa akan senaraikan sape yang akan pergi.. Utk maklumat lebih lanjut sila hubungi Suki as moderator program nie..

emoticonPn Cucie takde pilihan.. Dye kena g gak Genting tu.. Oit pandai yer konon2 nak bagi anugerah kat org yg bg date utk anugerah Era tu ek.. Takde makna..

emoticonBunGa turut akan umum kan sape yg tak g nanti.. Sabariah tak g.. Maklum la nak kawin ni , kater org darah manis..

emoticonPlanning BunGa nak kuar ngan Kelisa n anak2 ikan hari ni terbatal, sbb nyer Kelisa ade dinner kat Kelana Seafood.. Hampes tol..

emoticon21 September 2007.. BunGa nak cuti.. Kuar berbuka pose bersama2 kawan2 Mcd.. Utk kawan2 form 6, BunGa akan cube aturkan hari, mase dan tempat.. Tapi semua juadah berbuka anda adelah tanggungjawap sendiri yer.. hehe..

emoticonBulan Syabaan da nak abes.. Ramadhan dah nak dekat nie.. So pada kawan2 BunGa yg masih blom sempat ganti pose, cepat2.. Nnti kena byr damm..

emoticonKater Cucie, Haida baru balik berhoneymoon ker Tioman.. huii syok nyer masih dlm mood bulan madu..

emoticonKelisa dah naik pangkat jadi 2nd Asst kat Mcd Seksyen 3.. Hahah pasni boleh pow dye lebey skit.. huhu..

NotaHati: Sekian pengumuman dari BunGA.. So nntikan berita update dr BUnGa..emoticon

 

~BunGaemoticon~

Adeek Ku SuGar…

Filed under: Adeek~

Satu pertanyaan yang BunGa nantikan dr SuGar selama ini..

‘kak, nak taw tak nape org syg sgt kat akak?’ SuGar anto msj kat BunGa..

BunGa balas ‘Nape?’

’sbb akk suke tunjukkan syg sgt2 kat adk’ SuGar balas pertanyaan BunGa..

BunGa balas lagi ‘ uiks.. macam mana tu syg?’

‘urm.. mcm yg slalu akk buat tu laa.. tp adk owg tak mcm tu.. tgk kat tmpt keja, owg buat besa2 jer, tp tak bermakna owg tak syg akk.. Owg syg sgt2′ SuGar balas kat BunGa..

BunGa reply balik kat SuGar ‘ emm kdg2, utk mengungkap kn syg, tak perlu di bukti kn melalui kata2 ataw perbuatan.. Mungkin cara kiter sampai kan maksud syg tu berbeza, but we know love each other.. Kan syg?’

‘urm.. btl tu.. owg dah syg sgt kat akk’ SuGar balas lagi.. Saat ini manik air mata mula jauh bercurahan tanpa disedari.. huhu.. Nape nak nages lak ni.. Kalo SuGar taw..  

Ahad tu , BunGa terkejot besar smpai menitik air mata sbb BunGa tgk Sugar pegang rokok yg dah berasap.. BunGa tanyer, dye akter bukan dye punye, Tapi boyfriend Madu punyer.. Die tolong pegangkan sbb kalo nak masuk Mcd, tak boleh bawak rokok..Mase tu SuGar dok kat luar.. Eii naseb bukan rokok SuGar.. Kalo tak, BunGa akn lancarkan konfrantasi taw!!

NotaHati: BunGa Sayang sgt kat SuGar…

~BunGaemoticon~

        ~BunGa n SuGar~

Huhu~

Filed under: Cherita Akko

Alahai.. smlm internet server down.. menjadi kan BunGa sedikit bosan, dok menghadap sume keja yang melambak2 ni.. pening btol kalo xde internet taw.. Mencik toll.. huhuhu..emoticonSabtu Ahad, mcm biase la BunGa keja kat Mcd.. Dengan Sugar skali.. Jumaat tu, Sugar keja closing ngan Madu.. BunGa tak keja.. Hmm pandai2 laa Sugar bawak diri..

Sabtu, Sugar keja skali ngan BunGa.. Closing.. Hmm kat tempat keja berjalan seperti biase.. Cume tak cukup org.. Balik lmbat ler.. Hadoi..Balik dah keletihan.. Sampai tak ingat nak basuh baju keja tu, esok nak pakai..

Ahad, BunGa bangun mcm biase  kol 6.00.. Mase tu tak ingat lagi baju tak basuh.. Masuk keja kol 11.00am.. dah kol 9.00am baru ingat baju tak basuh g.. cepat2 BunGa sental n pastu masuk machine tok spin..huhu..

Adu satu kes lagi nak kering kan.. BunGa letak depan kipas meja.. huh huh.. Lembab lagi.. BunGa iron jer laa smpai kering.. Hari ni OC nak dtg.. Hampes tol.. BunGa terpakse masuk kan tudung dlm baju.. Terpakse berlakon..Padahal BunGa la satu2 nyer crew yg otai, tak masuk kan tudung dlm baju.. Crew lain sume ikot peraturan.. Ekeke.. Dr dulu, manager slalu bising, last2 diorang dah tak larat nak bising lagi.. Tapi dak lain, sume manager marah..Mungkin sbb BunGa dah lame keja kat situ, so manager pun dah tak heran g..

Hmm Sugar dok kejap jer kat store.. Pastu Sugar kena jage Kiosk kat Plaza Alam Sentarl.. BunGa tak suka keja kat sana.. Bosan..Teringat lagi BunGa menangis sbb tak nak g Kiosk.. Tu zaman tok Adam.. Amse mule2 BUnGa keja kat Mcd.. huhu..

Bile OC ade, sume pergerakan bagai kan lakonan.. Bosan tol bile keja dlm keadaan mcm robot.. Lagi laa meletih kan taw.. Tambah lagi bile ade Floor Manager baru yang belagak tu.. lagi BunGa tension.. BunGa boleh perang mulut ngan dye.. Mamat bengong tu tak tahu hormat org langsung.. Dah laa bile kaunter crew mintak produk, mulut tu tak reti2 nak respon.. Name ajer manager. tapi bengong!! Kalo ckp "thank you" at least takde laa nak kaunter crew jerit byk kali panggil produk.. Ni bile panggil byk kali, nak marah2 org plak.. Abg BunGa, Dato’ M dah geleng2.. Dye dah paham sgt perangai adik dye yg cepat panas nie..

BunGa ckp elok2 ngan dye, dye ckp kasar pulak! Allo Bro!! Kau mmg silap org laa… Crew lain, boleh laa ko nak tengking2.. Tapi bukan kat BunGa.. Sebab BunGa mmg kuat melawan kalo BunGa ase BunGa betul n tak bersalah.. Apehal lak nak tengking2.. Manager n crew lain tak ckp pape.. Dah nyer, abg Bunga si Dato’ M tu, ckp.. ’Assuda2′ baru BunGa diam.. BunGa diam bukan sbb BunGa mengaku kalah, tapi sbb BunGa hormat kt abg BunGa.. BODOH PUNYER BUDAK!!!!!emoticonemoticonemoticon Btl2 buat BunGa terbakar.. Sengal!! Konyet!! Keruk!! Kimpanzi!!

BunGa mengadu kat Sugar pasal Mamat Konyet tu.. Sugar kater BunGa tak kenal lagi sape Mamat Konyet tu.. Teos BunGa diam.. huhu..

BunGa ingat, BunGa tak nak jumpe dye smlm..Last Mamat Konyet tu, ade dok lepak kat tepi tembok tu ngan CheqZa.. Dah tu CheqZa ajak BunGa lepak same.. Menyampah betol tgk si Konyet tu.. BunGa dok kejap ajer.. Pastu teos lepak kat bilik crew smbil menikmati Double Chesse burger ngan extra chese, no pickle n onion.. sedap orr.. Air nyer Ribena.. terlupe jap ngan Mamat Konyet tu..

Smlm BunGa kena keja jugak kat Mcd, shot 2 org jgak.. Datin mintak tolong BunGa ganti kan org yg tak dtg tu.. Hmm BunGa kesian kay Datin, BunGa gagah kan diri pergi keja.. Lepas balik keja opis dari Damansara Uptown, BunGa smpai uma kol 7.00mlm.. Jalan Jem giler.. Smpai2 BunGa jamah makanan yg mak BunGa masak.. Teos siap2 n solat maghrib dulu.. Then ape lagi teos grak g keja..

Ayah ngan Angah takde kat umah, so xde sapa nak anta BunGa g PKNS.. So BunGa kena naik bas.. Elok ajer kuar umah, ujan pun turun lebat gle!!! Habis basah kuyup BunGa taw!!  Mencik toll.. Daa laa jauh jarak umah ker Bus Stop.. BunGa pun terpakse berlari2 ala2 korbau.. huhu.. Mencik..Mencik.. 

Naseb customer tak ramai.. Tapi mase nak balik tu, bile BunGa bukak beg, BunGa tgk duit BunGa RM21 dah ilang..ADE ORG CURIK!! Benawe.. BunGa taw keja sapa.. nnti ko!! Ko tunggu laa.. Tak selamat ko makan duit aku.. Haram!! BunGa geram sgt2.. hui..Rase nak tampar2 ajer budak hingusan tu!! Tapi naseb Sugar soh BunGa bersabar..hui saba2…

NotaHati: Geram tapi BunGa xde bukti dak sengal tu amik!! Balik2 BunGa ngadu kat mak.. huhu makkkkkkkk tgk dye buat kiter….. huhu..emoticonemoticonemoticon

 

~BunGaemoticon~

Ally Nor & Mastura~ Apo Kono Eh Jang

Filed under: Lagu Akko Suker

Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo…
Siaplah jang oi…
Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

Ha… tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang… kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo…

Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai…

Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kito mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi…

Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den…
Kato ongah den…
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai… Aih

Apo kono eh jang...

NotaHati:Hehe lagu ni, kitorang dok nyayi hari2 bile time closing kat Mcd.. Abg Rizam suke sgt pasang CD ni berulang2 kali.. smpai nek hapal da taw.. ekeke.. Best juger kan kan.. Dak2 Mcd PKNS mmg sempoi.. Hahah.. Bawak lirik lagu ni tunjuk kat omak den, dyo pun nyayi gak.. Smbil togolak2.. den aso nak bergulin2 dongar mak den nyayi lagu ni.. ekekeke..

~BunGaemoticon~

August 27, 2007

Rush Hour 3~

Filed under: Cinema Is Wayang~

Hmm tadi penat taip pjg2 last internet server down.. Hampeh btol.. xsempat nak save.. pjg lak tu BunGa taip.. Huhu.. Ni baru ok balik.. Tapi tak kire nak jugak wat posting pasal nie.. huhuh…

24 August 2007, kol 7.30pm kat One Utama Damansara…

BunGa tgk citer ni ngan Mr Bubble.. Dye nak belanja , so BunGa on kan ajer laa.. hehehe.. Balik keja, Mr Bubble twos amik BunGa.. Pandai amik, pandai anta laa ek..

Ok pasal citer ni.. Lakonan Jackie Chan yang memegang watak sebagai Lee yaitu seorang escort pada Chinese Ambasador Han lakonan Tzi Ma.. Pastu lagi sorang plak lakonan Chris Tucker memegang watak sebagai James Carter.. Seorang LAPD Detective yg sengal.. Ekeke.. Kalo xde watak dye, bukan lan Genre Action Comedy…

Selain tu jugak, lakonan Hiroyuki Sunada(aku ase mamat ni mmg org Jepun, tgk name pun taw da) yg memegang watak sebagai Kenji..Ade lagi sorang Max von Sydow..aku tak ingat name watak dye..  Yang perempuan tu aku tak hengat name nyer pulak.. Name watak dye pun aku tak ingat.. huhu..

Filem garapan Brett Ratner ni, aku nak bagi 3 1/2 bintang ajer..Citer action comedy.. mmg kelakar tapi action nyer mcm kurang power..Mr Bubble kater Jackie Chan dah tua kot, sbb tu action dye pun mcm hampess gedebes…

Si Carter tu pulak, BunGa tgk da mcm konyet.. ekeke..Lawak dye jadi gak laaa..

Diorang g ke Paris, France sbb nak cari Shy Shen.. BunGa ingat kan Shy Shen tu org, uper nyer ia adalah satu tradisi gengster2 yang terkuat di dunia.. huhu.. Wat action kt Eiffel Tower, Paris tu.. Simbolik kisah Cinta.. Org kater Paris adalah Kota Cinta.. BunGa penah bagi taw kat mak, satu hari, BunGa akan jejak kaki kat sana..Dgn sapa tu BunGa tak pasti.. Itu antara impian BunGa.. melancong seluruh dunia.. Tp skang ni, kewangan yg mcm hampes gedebes, hmm mcm mana nak melancong..emoticonemoticon

BunGa tgk citer ni sbb Kelisa kater best..Entah, mungkin dye suke, tapi kalo tgk citer Die Hard 4.0 lakonan Bruce Willie.. Lagi best Giler!! Action dr mula smpai abes!! Syok syeh…

Skang ni nak sgt tgk citer Ratatouille.. hehe.. Bile laa nak p tgk.. huhu~

Hehe.. hope dpt tgk citer CIKTIKUS nie ekekek…

NotaHati: Emm Tenkiyu Mr Bubble.. ekkeke.. t boley blanja BunGa lagi ek.. Tapi kan, ayat posting yg lagi satu tadi tu lagi best.. huhu, skang dah mcm hampes jer taw.. Sengal toll.. Huhu..

 

~BunGaemoticon ~

Akhirnya..

Filed under: Cherita Akko

Semalam.. Berakhirnya satu penantian.. Huhu..

Lama BunGa menanti kan My SweetHeart anta khabar berita.. Smlm BunGa terima msj dari My SweetHeart.. Ya Allah.. mase bace msj yg satu tu, manik cristal mula berguguran dari kelopak mata BunGa tanpa di undang.. BunGa terlalu merindui My SweetHeart..

My SweetHeart bagi taw kat BunGa jadual training dye ketat sgt2.. Mase dye msj BunGa tu pun , dye curi2 pakai.. Kalo ikot kan, mmg tak boleh ade fon langsung.. Mase My SweetHeart msj tu, handphone BunGa ade kat manager BunGa.. Sebab BunGa tengah keja kat McD mase tu.. Dye send msj dlm pukul 2.30pm.. 26 August 2007..So abes keja baru BunGa balas balik msj dye.. Tu pun dah malam.. tah dye dapat bace ker tidak..

Namun sekurang2 nya walau pun cuma terima satu msj jer… Ianya buat BunGa gagah utk menanti.. Takde laa ke langit tak cecah.. ke bumi tak sampai..

Skang ni dah hampir 2 bulan My SweetHeart tinggalkan BunGa.. Tapi kater org, Cinta perlukan pengorbanan.. BunGa redha dgn aper yg My SweetHeart pilih.. Itu yg dia suka.. BunGa tak boleh nak halang dye.. Kalo itu dah minat dye.. BunGa hanya mampu doakan My SweetHeart dlm keadaan sihat sejahtera, gembira dlm melaksanakan tugasnya.. Dan yang penting, saling setia.. huhu.. Penantian satu penyiksaan…

Aku terlalu cinta dia..

NotaHati: Syahdu malam berlagu sepi..Mengiring rawan dalam taman hati.. Gelisah menanti  kau kembali.. Manja menagih bujukan di sisi.. Sayang ini milik kamu.. emoticon

 

~BunGaemoticon~

August 24, 2007

Ella~Sepi Sekuntum Mawar Merah

Filed under: Lagu Akko Suker

Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan…


Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi…


Ku berpegang pada janji
Tercipta … antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah … begini


Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan … tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu …

NotaHati: BunGa laa Mawar Merah sepi itu.. huk huk.. Mampukah BunGa menanti My SweetHeart.. Sampai tempoh yang dah di janji kan.. Mcm mana kalo BunGa setia menanti, tp My SweetHeart mungkir janji.. Kena posting laa Lagu Hazami Mungkir Bahagia.. Huhuhu..

~BunGaemoticon~

Anugerah Era..Alamak!

Filed under: Akko dan Member F6

Hmm tadi Suki email BunGa.. Info sesuatu..  

Ikot planning yang telah di aturkan, kitorang sumer ex-dak 6AA2 nak wat reunion kat Genting on 9th September, 2007.. Tapi Suki info BunGa tadi 8th September tu, ade Anugerah Era.. emoticonAdumak!! Mesti org kat Genting dah mcm ulat nangka byk gilerrrr!!emoticon

Mcm mana nie??? BunGa rase date tu dah ok dah.. Hmm mcm mane nie.. BunGa dah request cuti ngan manager.. Lagi pun, waktu dah terlalu singkat utk wat keputusan.. Kena dok bincang balik nie.. Tambah pulak, bulan Ramadhan dah semakin hampir.. BunGa tak mo ler nnti tak jadi plak plan tu.. Ingat senang ker nak kumpul dak2 ni sumer.. Masing2 mengalahkan Pak Lah..(hik hik kater org aku pun same gak!!emoticon). Hampes gebebes toll.. Mencikk.. Mencikk.. huhu…

Kalo terpakse postpone pun, nmpak nyer maybe lepas raya.. Hmm mase tu tah2 Little Angel dah boleh berlari dah time tu, abes laa mak dye kena tinggal.. hahah.. Cucie.. jgn mara.. Ekekke..

Latest news.. Hmm tungguuuuuuuuuuuu..

 

NotaHati: Tepuk Amai2 belalang kupu2.. Tepuk P-ya pandai..Ummi upah susu.. Susu lemak manis, santan kelapa muda..P-ya jgn nages.. Ummi nak wat.. keja….. Keja aper tu?? huhu.. Sensor…. Iklan ini telah diblock oleh akta 1234 perlembagaan Kerajaan Cinta.. huhuh.. Hampun2 nnti aku wat lagi ek.. Ekekek..

 

~BunGaemoticon~

August 23, 2007

Ella & Korie~Pergilah Sayang

Filed under: Lagu Akko Suker

Indah terasa bila cinta tercipta
Memadu kasih janji bersama
Bersama-sama melafaz kata cinta
Gurau senda dan tawa berdua

 

Tapi kini semuanya kenangan
Kau pergi tanpa pesan


Mana janjimu yang kau lafazkan dulu
Hidup dan matimu bersamaku
Rela kau pegi walau hati disakiti
Biarkanlah aku sendiri


Airmata menjadi penawar
Akanku simpan semua jadi kenangan oh… oh… oh…


Pergilah kasih, pergilah sayang
Tinggalkan aku (pergilah sayang)
Biarkan saja kenangan berlalu
Antara kau dan aku
Pergilah sayang..


Pergilah kasih.. Pergilah sayang…


NotaHati: Huhuk sedey taw… Mencik toll laa.. huhu.. Kenyubelibet??? huhu.. Mumantis nie.. huhu..


~BunGaemoticon~

 






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham