LoVeKiNgDoM

September 28, 2007

Aisyah~Pulang lah..

Filed under: Raya!! Raya!!

…Sayang.. Di hari yang mulia ini..Ku pohon keampunan..Hanya satu yang ku pinta…..Pulanglah… emoticon

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh… sayang
Ku menunggu mu di hari raya

NotaHati: Lagu ni Bunga tujukan khas buat My SweetHeart.. Sayang, sy  tunggu awak raya nie.. Awak dah janji ngan sy kan?? emoticon.. Saya masih menanti.. Seiring Camar Pulang.. Setia Pada Janji.. Itu Doaku Selama ini….

~BunGaemoticon~

Ogy Ahmad Daud~

Filed under: Lagu Akko Suker

Ditiup angin senja
Bunga-bunga berguguran
Di dalam keindahan tiada lagi cahaya
Hilanglah seri penghias taman

Kelopak bagai sutera
Bumi tandus tiada bermaya
Hilanglah keharuman tiada lagi berseri
Bunga layu di pangkuan ini

Di manakah jejari yang sering menanti
Untuk menyuntingmu ketika kau mekar mewangi
Dititis embun pagi
Kau tak mungkin mekar kembali

Di ruang warna senja
Dan bunga-bunga berguguran
Hilanglah kemegahan cahaya penerang zaman
Setelah bunga jatuh berserakan…

NotaHati: Ni antara lagu yg BunGa nyayi mlm tadi.. BunGa mmg suke lagu yg guna BunGa sebagai icon.. hehe.. Ajip kater boleh masuk AF.. Haha xmo.. xmo nanti ade kepala berpisah dengan badan.. Ayah pedang kepala aku tak pasal jer.. Nyayi kat umah pun, kdg2 kena marah.. Huhu tapi ape nak buat anak2 dye mmg sume suke menyanyi.. hehe..Sedap taw.. Kenyubelibet?? Ailaikit.. hehe mencik2.. huhu.. Lagu ni dah lame Q nak posting, cume tunggu mase yg sesuai jer.. ekeke..

~BunGaemoticon~

Siapa Sebelum Nurin??

Filed under: Di Alam Fana~

Sedikit Renungan utk semua…BunGa carik sedikit maklumat untuk tatapan bersama2..

Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.

Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.

Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.

Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Noritta Samsudin
berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.

Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.

Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.

Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa.

Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?

 

 

NotaHati: Selamat kah kita kaum Hawa ini berada di luar rumah.. Renungkan kadang2 dlm rumah pun belum tentu selamat.. Hmm cuma mampu berdoa agar sentiasa di lindungi.. Amin..

~BunGaemoticon~

Malam Tadi.. Hehe~

Filed under: Di Alam Fana~

Semalam, seperti yang dirancang oleh ayah.. Pakcik2 aku, di jemput kerumah untuk berbuka puasa bersama2.. Uda ngan Mak Uda n anak2 dye, Ika, Syahmi, Sazwan ngan Rahimi.. Termasuk Acu pun dtg.. Itu pun dah penuh umah ayah aku.. Maklum la bukan besor mana pun.. Tapi xpe aku tak kesah..

Balik jer keja, aku smpai umah sekitar kol 6.00ptg.. Sesampai aje kat umah, aku terus tukar baju tnpa sempat mandi, sbb nak tolong mak ngan ayah buat persiapan terakhir untuk wat juadah berbuka pose..

Mak ngan Ayah masak Ayam Goreng Berempah, Dalca, Nenas Sweet Sour.. Kueh plak mak buah kueh Janda Malas, kaler Ijau.. hehe.. kueh ni setahu aku, tak penah tersumpat ke anak tekak aku.. Sbb nya aku xlalu nak telan bile membayangkan benda tu telur katak.. Ngeeeee.. Eii yekkkk… Ampun mak.. Yong ni bab makan mmg cam poyo sikit… huhu.. Tapi aku xpenah ckp ngan mak, ayah n adk 2 aku sbb aku tak makan..Maklum laa, diorang suke makan terutamanya Ayahanda aku tu.. hehe…

Dalam kesibukan aku tu, aku panggil tentera kerahan aku si Azie, bagi duit soh beli tepung pelita kat Bazar dkat ajer ngan umah, untuk tmbah2 juadah berbuka.. Azie ni jarang nak bantah ape aku soh, sbb dye mmg byk terhutang budi ngan aku.. buat keja skola dye.. Ngeee.. Padan muke ko.. haha..

Waktu berbuka dah nak tibe, tapi kelibat Acu masih xtibe.. Risau aku juge..Mase tu Ayah tgh wat tahlil sebelum berbuka.. mmg tiap2 hari mcm tu, Ayah akn buat tahlil utk arwah2 tok, opah, sedara mara aku yg dah pulang ke rahmatullah..

Aku msj Acu, tnyer dye kat mana.. Dye kater dah nak smpai dah.. Tayar motor dye pancit.. Laaaaa.. Cian Acu..

Acu smpai bawak air tebu.. Wah.. Sedap tu aku suke.. Mak Uda dtg bawak kueh ketayap.. Jiran aku pulak bagi kueh karipap, Meehon Sup.. N ape tah lagi.. Waa byk betul habuan tuk berbuka hari ni kan.. Ekekke suke aku..

Waktu berbuka tibe.. Aku pegang adik bongsu aku yg sebaya ngan anak Cujie.. Tua adik aku 5 hari jer ngan anak Cujie.. 3/10/07 ni genap 7bulan laa cayang aku tu.. hehe.. Dah makin bulat.. nak dukung pun lengoh sbb cyg aku nie, xreti nak dok diam taw.. Kejap melentik sana..berpusing2.. Makin lasak.. Tu belum campur ngan aksi2 lompat2 dan sempur2 air liur dye tu.. Adu..

Aku bagi laluan kat mak berbuka dulu.. smbil tu aku berbuka juge la teguk air oren yg aku bancuh tadi, makan kurma.. Aku sumbat kurma dlm mulut adik aku tu.. Dye nganga ajer.. Tak penah nyer nak tolak.. Dah tu aku makan tepung pelita, Baby Erol aku tu, menepuk2 tangan aku, bg signal nak jugak laa tu, aku suap jugak kat mulut dye.. Dye makan jugak.. Aduhai mane tak bulat..Aku makan kueh ketayap, nak jugak , aku cubit kan sikit, dye makan jugak.. Emm lantak ko laa dik..

Mak dah sudah mkan, baru aku berkesempatan makn pulak.. Pastu solat maghrib berjemaah.. Aku tak join sbb kena jage baby aku tu, hai dah ade dak kecik.. Cujie, ko nak taw tak, kadang aku ase macam ko, kena bela anak pulak, sbb balik keja jer aku kena jage baby.. huhuhu..

Lepas dah settle semua, aku pass baby kat mak, sbb nak mandi n solat..Lepas solat, aku dok borak2 ngan Angah.. Pastu dye ajak aku g teman dye beli beg.. Esok(hari ni laa kirenyer) dye nak g Bentong.. Ade kursus.. Ape laa Si Angah ni, pastu dye ajak aku g CC lepas tu, sbb nak soh aku ajor something..

Dah pegi kedai tu, pilih punyer pilih, dan bile dah berkenan, sambar ajer laa beg galas belakang yg mcm nk g Camping tu.. Pastu member dye Ajib lak dtg.. Adu bikin spoill laa nak dating ngan Angah.. Huhu.. Ajak kua lak.. Padahal Angah dah ajak aku g CC lu..

Xpe laa aku tak kesah.. Aku tnyer nak g mane.. Dye ajak adik aku wat latihan vokal.. Hangguk ko laa.. Nak g karaoke la makna nyer tu.. haha.. Emm k gak kan, aku layan kan ajer..Aku pun last g sebelum pose hari tu, tu pun lepas main futsal mcd tu ngan Sugar.. Aik sebat ajer laa.. Tapijahat gak ni, org g terawih, aku g nyayi.. Aii ape nak jadi nie..

Sesampai ajer kat karaoke box tu kat Seksyen 15 tu, beli token pastu bantai melalak laa tiga org.. Aku, Angah n Ajib.. Haha…

Ajib bile aku nyayi part yg kena tarik, dye pun kater.."Tarik Yong.. Kasi tarik.." Bengong dak ni, kater aku dlm hati..

Habis bantai 10 lagu.. kitorang pun balik.. Dah balik tu boleh pulak aku bantai borak ngan Angah.. Bangun sahur pun lmbat.. Lepas sahur, bantai borak lagi.. Hai kalo dah jumpe Angah n dapat borak.. Mmg laa ade jer cerita nya..

NotaHati: Puas hati dapat nyayi mlm tadi.. Dpt lepas tension aku.. Hahahaa… Kenyubelibet??? Ekeke.. Teringat kate2 Cujie, enjoy pueh2.. Hahaha..

~BunGaemoticon~

September 27, 2007

Wasatiah.. Bersederhanalah..

Filed under: Ape nie??

" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin "

Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ; jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang ; jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan .

Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur ; kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah ; jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia .

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa ; kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas ; kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah .

Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat ; kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai mengumpat ; kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda punberusaha kuat sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya . Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara . Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ; orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ; orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya .

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta ; binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia ; binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untukmakan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia . Berkuasanya bersederhana bagai kan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a . berkata , " Berakhiratlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ; menyimpan harta jangan sampaidigelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil .

Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata , membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira .

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya…

NotaHati:Para Sahabat sekalian.. Renung2kan dan selamat beramal…

~BunGaemoticon~

Allo tolong sikit ek.. Mencik toll..

Filed under: Ape nie??

Hai, hari ni aku agk bz laa..So aku nak wat entry ringkas lagi.. Sajer jer, asl kan blog aku ber update setiap hari.. Tak lah bersawang2 mcm blog member2 yg segan silu ajer nak up date.. huhu( Ampun2 Cujie.. Ampun2 Suki.. huhu~)

Allo Cujie woi.. sesuki jer mengata aku ek.. tu adik aku laa.. ayat jer lebih.. maklum laa ku ni kan suke tepek ayat2 power.. Ilmu2 kesusasteraan yg kiter belajar dulu, harus dipraktik kan.. ekekeke.. Elele aku taw ko jeles laa tu. haha.. Da syg mcm tu laa.. Lagi pun kalo ko nak taw, since ko terjebak kat Mcd, gejala ni pasti melanda diri wlpun mule2 tak nak terjebak.. Benci2 last sangkut.. tp bukan sangkut jadi pakwe.. tp wujud nyer istilah2 adk angkat nie.. Huhu..Apo nak di kato.. Den trimo ajo.. hehe..

Ucapan tahniah dr aku utk Haida n Faiz.. Aiii nmpak nyer lepas ni aku kena pikir yg kena sediakan duit raya utk ank2 kawan2 aku.. tp this year nak umumkan, bahawasenyer aku tak bagi duit raya tahun ni sbb aku btol2 tgh dilanda kemeskenan .. huhu.. Doakan aku kaya cepat ek.. huhu.. Cian kat aku..

Nmpak nyer thn ni aku xdpt nak balik beraya ker Kuala Kangsar, ini adelah kerana kan… Tiket bas dah abesssssssss…. Huhu lagi pulak Angah yakni as my boypren, my pren, kawan gelak, kawan mengumpat, my kawan gado n bertumbuk, tempat luah masalah ,my adik yang selalu teman kan aku tu, kawan borak aku kdg2 smpai 3-4pg.. Angah xdapat cuti thn ni sbb dye baru lagi keja kat MAS tu.. huhuh..Sejak 3-4thn kebelakangan ni, aku ngan Angah balik kg nek bas ajer.. Sbb keta ayah dah penuh di sumbat adik2 aku yg persis gajah tu.. Aku ngan angah jer maintain slim.. huhu..

Aku ngan Angah memang rapat dari kecik lagi, maybe jarak umur aku ngan dye beza setahun ajer.. tp aku paling mencik, aku telah di lantik menjadi bank dye, atm machine dye.. kalo xde duit , aku yg kena bagi duit, hampeh betol.. Mencik taw.. Skang dye dah keja.. Haha aku lantik dye lak jd bank aku, tp aku wat loan, bukan jadi kan dye atm machine.. lepas pinjam bayor balik, ni dye duit aku burn twos.. Huhu..

Ape2 pun, entah nape aku tak ase mcm meriah nak raya pun.. Agk nyer dah besor kot.. Syok raye ni mase jaman budak2 ajer.. huh..

NotaHati: Aku nak balik kampunggggggggggggggggg!!!! Waaaaaaa mak nak balik kampung.. Keta ayah dah penuh tak boleh ikot lagi.. Mencik2!!!!!!!!!!!

 

~BunGaemoticon~

September 26, 2007

Lagu Raya.. hehe~

Filed under: Ape nie??

Maka akan ini di umumkan, besok kat Radio, lagu2 raya akan start di putarkan.. hehe.. Ni yg syok nie.. Tapi nak raye ni, pape pun tak prepare lagi.. Lagi skali raya koboi.. Huhuh..

Aku nak dtg raya umah korang n nak duit raya skali, sbb aku pun dah jatoh mesken nie.. tah bile nak kaya tah.. huhu..

Tahun ni nak kena prepare lagi duit raya utk ank2 buah, n sepupu2 aku yg berpuluh lemon tu.. huhu.. terlondeh poket, koyak wallet.. blom sempat abes raye, aku dah kering.. huhu lumrah bile Aidil Fitri menjelang..

Ya Ampunnnnnnnn.. Abes laaaaa…  

Ade Orang Jeless…

Filed under: Adeek~

Sape jeles angkat kaki!!!!! Huhu…emoticon

Lagi kesah Sugar.. Ni tgh majok ngan aku lagi..Sebab?? Haa ni sebab yang aku tak sangka..Ingat kan tak reti nak jeles.. Aduhai syg oiiii.. haha.. opss sori gelak pulak.. Akk ingat akk sorang jer reti jeles..Hehe..  

Smlm, mase aku on the way nak ke Putrajaya ngan Kak Owly, Abg Achok n Angah, smbil2 dlm keta tu, aku dok msj2 ngan Sugar..Atas urusan ehem2 sikit..

Sampai laa aku dah ade dlm majlis tu, aku bls msj Sugar walaupun lmbat2.. Tapi nada2 msj dye mcm xde mood nak ckp.. Aik nape pulak syg aku nie..

CheqZa msj aku lak, ajk berbuka same2..Termasuk ngan Cinonet n Sugar.. Hmm.. Aku soh dye tnye kat adik aku tu.. Tapi CheqZa kater ‘ Laa adk ko, ko la tnyer’.. Hmm

Aku pun sms Sugar.. Tnyer nak g tak.. Pastu dye ckp nak pikir lu.. N dye nak bawak Jannah.. Aku kater bawak laa aku xkesah..

Pastu Sugar tnya aku lagi.. ‘ Sayang hari tu ade pelok Jannah ek?’ aik, len mcm jer soalan nie.. Pelik gak aku ni..Konpius jap..

Aku jawap ‘Em nede.. Org ase xde.. tapi xaw laa kot kalo xperasan..’ aku berkate cam tu, tp aku ase xde pulak aku nak pelok2 org sesuka suki nie..

‘Em , t org tak nak g laa buka pose tu, tukar ngan Jannah, nnti syg boleh pelok dye puas2′ aik nape pulak adik aku sorang nie.. Sah kes jeles laa nie..  

Pastu semua soklan aku hanya berjawapan "urm" , "a’ah" , "iye" , "tak" , "da" , "k" jer taw.. Aduuu tensen aku.. Tapi xpe aku saboo.. huhuhu…  Dengan Sugar, memang kesabaran ku sering kali teruji.. Tapi entah kenapa aku mampu bertahan dan bersabar..

Pagi tadi aku msj lagi.. Seperti biase la kalo mood dye mcm tu.. jawapan same yg aku terima.. Aku tnyer dye.. "Syg mmg nak menguji akk kn?"  Hmmm dye jawap " Akk ase?" " Hmm jawapan tu, takde kat akk tp ade kat syg..Tapi yg pasti jawapan nyer bukan ‘tah’ " BunGa menjawap..

Dok bincang2 lagi , dye kater "xpe laa bior jer org sorang2.. xpe akk g jer kat Jannah" amenda si kecik ni merapu2.. Pening aku jap..

Gedebak.. Gedebuk… Gedebak… Gedebuk…

Cis, boleh kater dye just nak uji aku jer.. hampes btol laaa.. Lalu aku ckp kat dye yg aku ni mmg penyabar, tabah n setia.. ekekeke..

NotaHati:Geng.. jgn marah.. Suki n Cujie. hanya entry aku pasal adk cyg aku jer.. Hehe..

~Bungaemoticon~

September 25, 2007

Xboleh.. Kan dah ckp xboleh.. xboleh ler.. Haiyo..

Filed under: Adeek~

Allo cyg bucuk akk nie..Sugar..

Haa kalo bace blog akk ni, ni dengor ni nk pesan.. 

emoticonHaa.. Jangan nak ngade2 nak keja kat Mcd Giant lak ek time raya nie.. Org dah pesan, xmo n xsuke.. Tapi pilihan ade kat tgn syg.. Nak pegi jugak.. Terpulang.. Sape laa kiter huk huk.. Sukati syg laa.. Syg dah besar kan??Kat sane nnti sure rmai customer.. Syg penat nnti, pastu merungut2 kater penat.. pastu mula la dmam laa.. ape laa.. Akk xkesah syg nk carik duit lebih, tp kesihatan kena jage.. Mmg raye t akk xde kat sini.. tp xbermakna syg boleh buat suka suki.. taw tak?

emoticon Haa jadual SPM dah dapat.. Tadi mase akk tnyer, takot tak? Syg jwp.. uik ase mcm nak tercabut jantung.. Jgn ckp jer.. study.. Ni nak men jer.. Cubit kang.. taw la yer syg..

emoticonJannah g taw syg bawak motor laju2 ek.. Xingat pesan akk ker?? Eii degil btol.. Jgn degil boleh tak??

emoticonMalam ni, akk nak g Putrajaya ngan Angah n kawan akk yakni Kak Owly n husband dye.. Akk de bg taw smlm kan?? So susah kit nk msj mlm ni taw.. Kalo akk lmbat balik, syg tido dulu.. Jgn tunggu akk ek..

emoticonKhamis ni, kalo syg jadi keluar ngan Ella.. Akk x menyibok k.. akk dok umah ajer.. Syg soh akk dok umahkan?? So akk dok umah diam2.. Tapi xpe ade ubi ade batas.. t kaw tau laaa.. huhu.. Sbnar nye nnti pakcik2 akk nk dtg berbuka kat umah.. syg nak join ker??

emoticonMasih tunggu jawapan bg makna KASIH & KEKASIH dr syg k..

emoticonSeperti slalu dan tak penah lupe.. Syg sgt2 kat adk.. Ailapbiu laa cyg.. heheh..

emoticonJage diri.. Hiasi peribadi.. OK..

Akhir kate utk kali ini.. byeee… emoticonemoticonemoticon

~C’s BunGaemoticon~

PeNIng AkU PeNInGgGgg!!!!

Filed under: Ape nie??

Kepala ku sudah pusing nie…

nak ke tidak.. nak ke tidak.. nak ke tidak…. Dah seminggu lebih aku dok pikir benda nie.. Adui nnti tak berbaloi pulak.. Rugi.. Rugi..

Angah soh aku pikir masak-masak.. Kater org tu.. kalo dah tahu cara tapi tak buat, smpai bile pun kiter tetap berada di takuk yg lame..

Org tu dah bagi bukti mcm2.. Antara percaya ngan tidak jer nie.. Kalo kena tipu mcm mana?? Aduuu takottttttttt laaaa!!! Pening dah nie laaaaaaa!! Mcm mane ek..  

Moga Allah membimbing aku buat keputusan ni.. Aku tak nak tersilap langkah lagi.. Amin..

Kepala aku yang tgh pusing2.. pening2.. Huiiii..

~BunGaemoticon~

Sayang Ku Kak Ngah..

Filed under: Cherita Akko

Entry ini kutujukan khas utk seorang bidadari kecil yang sangat comel.. Nurin Jazlin..

Nurin Jazlin

Nurin Jazlin 8, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dan merupakan anak kedua kepada pasangan En Jazimin Abdul Jalil 33, dan Pn Norazian Bistaman 35.

Kronologi kehilangan gadis kecil ini, bermula pada tanggal 20 Ogos 2007. Sejak dari tarikh itu, BunGA sering menerima email dr teman2 tentang kehilangan gadis kecil ini..

Gadis ini dikatakan keluar dr rumahnya di Seksyen 1 , Wangsa Maju berseorang diri utk pergi membeli makanan di pasar malam berhampiran dengan rumahnya..

Keluarga Nurin Jazlin atau lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Ngah’ meneruskan pencarian Nurin, sama ada menerusi media cetak, media elektronik.. email2, poster2 dan mcm2 lagi cara yg dilakukan oleh keluarga mangsa untuk mencari dan berdoa agar dapat bertemu kembali dengan Nurin.

Hati BunGa terdetik, tentang berita penemuan gadis yang ditemui mati dalam beg hitam di Jalan PJS 1, Petaling Jaya Utama pada hari Isnin 17 September 2007.Adakah dia Nurin Jazlin?? Moga2 bukan.. Dan itu jugak laa harapan mak ayah Nurin..  

Mangsa deraan seks maniac.. Kemaluan dan dubur mangsa di sumbatkan dengan terung dan timun.. Ya Allah.. Ape punye binatang!! Manusia bertopeng kan haiwan.. bertopeng kan setan sahaja mampu melakukan penderaan sebegitu rupa terhadap seorang gadis kecil yang tak mengerti apa-apa…

Kiri-Wajah mayat yg ditemui. Kanan-Nurin Jazlin Jazimin.

Hasil penemuan tersebut satu ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di jalan antara mayat mangsa dengan gen keluarga Nurin. Sampel kuku dan rambut diambil untuk menunjuk kan ia sepadan atau tidak.

Hasil DNA pertama, 99.99% menunjuk kan ianya sepadan dengan keluarga mangsa. Namun En Jazimin tidak mengakui hakikat ini.. Dia menyatakan bahawa, dia lebih mengenali anak nya Nurin berbanding orang-orang lain.. Gigi mangsa tidak sama dan parut akibat jatuh pada pangkal peha Nurin tidak kelihatan.

Ujian DNA kedua kemudian dijalankan. Dan peratusan nya tetap sama 99.99% sepadan. Kali ini, En Jazimin xmampu lagi nak berkata apa.. Mangsa penderaan seks maniac itu adalah anak nya, permata hati nya.. Aduhai luluh rasa hati.. Aku sendiri terasa kehilangan, apatah lagi keluarga Nurin..

Jenazah Nurin selamat dikebumikan pada 21 September 2007 selepas solat Jumaat. Imam masjid yg mengimamkan solat jenazah Nurin Jazlin, berjujuran air mata waktu itu.. Orang2 awam termasuk bangsa Cina dan India turut sama menangisi pemergian arwah yg sungguh tragis.

Kepada pengungjung blog BunGa, ingin kan berita lebih lanjut, boleh berkunjung ke blog http://nurinjazlin.blogspot.com/ , blog yg di tulis oleh pakcik mangsa..

Salam Takziah dr BunGa utk keluarga arwah Kak Ngan.. Moga roh nya aman dan tenang disana. Kepada syaitan yg begitu kejam, melakukan perbuatan keji terhadap Nurin.. Berjagalah kau!! Kalo kau tak dapat balasan di dunia, akhirat menanti kau binatang!! Kau begitu mencabar pihak berkuasa kan??? tapi kau tak kan mampu hidup tenang.. Percayalah.. Tuhan pasti akn memberi pembalasan setimpal atas apa yang kau lakukan terhadap Nurin Jazlin..

Al-Fatihah..

Untuk Nurin Jazlin.. Tenang lah kau disana..

Lagu dr Adibah Noor~Terlalu Istimewa untuk Sayang ku Kak Ngah

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

 


 

Aku tahu…

~BunGaemoticon~

September 24, 2007

Entry Ringkas lagi..

Filed under: Ape nie??

Buat Sugar..

Syg, pg tadi syg janji ngan akk nak bace blog ni kan.. Akk masih menanti jawapan dr syg ats soalan yg penah akk tnyer beberapa hari yg lepas.. Nnti bgtaw akk ek.. Soalan ape?? Emm makne Kasih n KekasihKisah Kasih… Kalo btl2 syg bace blog akk ni, thank you so much sbb sudi memberi ruang waktu syg melayan kemerapuan akk nie..

Hmm sowi jugak sbb perangai akk yg slalu nyer mcm budak2 nie ek..Manja tak bertempat.. hehe.. Paham2 sudey.. hehe.. Ianya membuatkan akk ase lebih mude seperti masih lagi berumur 17thn.. Mcm yg slalu akk ckp tu, i’m still young.. sweet 17teen.. hhehe.. Dan syg slau jugak ckp "menyampah aku" bile akk ckp mcm tu kan? Akk taw syg jeles la tu.. hehe.. Jgn jeles2, syg terima la hakikat yg akk ni mang cute lagi comei.. ekekek.. lantas Sugar berkata dlm hati.. aihetyu.. huhuhu..

Tapi biase arr kan? akk ni mmg mumantis.. ekekek.. Mencik taw.. huhu…

Syg nak taw tak, akk menyampah betul ngan Amir.. Poyo jer.. Org tgah wat small fries, dye soh ikut SOC.. ade 30btg fries utk small fries.. hei mabok ker nak kire.. tp kunun2 nak kire laa jugak, nak wat keras.. tp tak lalu nak kire.. huhu org giler jer kire satu2.. Pastu akk majok ngan dye.. huhu.. Dye pun nak pujuk2 akk la tu konon.. tnyer.. ‘Da, ko nak fries, da, ko tu, da, ko nak nie..’ Kunun2 nak pujuk akk laa tu..KAu ni dah sentap ngan dye.. kan akk ni kuat touching.. huhu..

Tapi syg pun taw, akk ni jap aje majok.. pastu ok balik ngan sendiri nyer.. huhu.. Nak taw x, smlm Anna tgk ajer kiter dua org.. hehe.. kat kaunter, dye kan dok sblah akk.. dye mcm biase nak menagih kasih lagi tu, kejap2 nak peluk akk la.. kejap2 tepuk2 akk la.. nak gurau2..

Pastu dye tgk ajer lagi bile Cinonet peluk akk dr belakang.. Hehe.. Dye jeles la tu kan kan??? Hehe.. Si Cinonet dah kena sekeh n kena stongkol stanner ngan akk sbb dok ejek2 akk semalam ngan Anna.. Hambek kau.!!! huhu.. Padan muke kau.. huhuhu..

Syg.. one thing u should know.. at the every moments.. akk sentiasa syg kat adk.. Insya Allah.. Syg sgt2.. Lagi satu pasal Kelisa tu, hmm akk xbrani nk komen byk2 sgt. korang pandai2 la settle akn sendiri…

Lagi satu kan, muke kamarul tu, betul laa mcm muke farid.. Bukan akk sorang ckp cengitu.. Tapi jauh berbeza perangai nyer.. Mencik toll.. aduuu teringat pulak..

Sis Madu lak mcm mane cite nyer?? Huhu..

Buat Suki…

Hmm comel ank2 buah ko.. Aku nak tgk ank2 ko pulak lepas nie.. hehe.. Smlm jumpe Suki kat Mcd jap ajer, mase tu Suki tgh beli aiskrim kat Mcd.. ngan adik n ank buah dye.. Emm panjang2 kan mesej aku pasal gmba kat genting tu kat Dmok, Basha, n Mazwan.. Dak2 ni poyo ajer laa… Geram aku..

Buat Cujie..

Eleh, aku tak heran laa hidangan2 tu.. aku pun org perak juge.. ingat aku tak penah ase ker?? Wekkk.. Stakat Mutabak tu, biase aje laa.. kalo kat Kuala Kangsar, hmm ade laksa kuala, apam daun pisang, putu piring n putu bamboo, ikan2 sungai yg agk mewah dn kalo ku nak list kan kat sini, mmg ler tak terlarat.. Raya ni gak, slalu org perak area Kuala Kangsar, akn buat lemang yg beraneka rse, lemang pulut, lemang jagung, lemang pulut hitam, lemang ubi, lemang tepung dn mcm2 lagi.. Unik kan org perak.. hehe…  

NotaHati: Aduuu lapo2.. huhu.. Suara masih serak2 lagi nie.. hari ni tak buat call pun.. huhu suara takde..  Xde mood nak keja.. tah hape yg aku buat hari ni tah.. Malas giler.. Ngantok laa tuu.. huhuhu

~BunGaemoticon~

Jumaat Sabtu Ahad yang berlalu..

Filed under: Cherita Akko

Hmmm..

Jumaat 21/09/2007

Seperti yang dijanjikan sebelum pose lagi, hari ni dah planning nak berbuka pose ngan Sugar, Cheqza n Cinonet tak ketinggalan Kelisa pun akan join serta.. BunGa ngan adik cayang si Sugar.. CheqZa ngan adik cayang si Cinonet.. Kelisa ngan adik cayang dye yg jugak adik cayang Bunga yakni Sugar..

Tapi dari opis lagi CheqZa n Sugar sms, tnyer kat BunGa confirm ke tak nak pegi.. Uper2 nyer Si Cinonet tak boleh nak pegi sbb kakak dye sakit.. Lorrr.. Hmm ase mcm malas tapi mengenangkan CheqZa.. pegi jugak laa..

Tapi lastly yg betul2 confirm nak pegi hnya BunGa, Sugar n CheqZa.. Kelisa xconfirm sbb nak amik BF dye kat bus stand.. Sukati ko laa Kelisa..

Ingat mule2 nak makan kat KFC, tp hampeh penuh, maklum la sume nak berbuka kat sana.. so tapau aje laa.. huhu.. Berbuka kat Dataran Bawah.. pastu g jalan2 n usha baju kat Plaza ALam Sentarl..Kelisa dtg pulak time kitorang jalan2 tu.. 

Abes jalan2 BunGa anta Sugar balik uma kat Kg Jawa, Klang.. BunGa bawak keta ayah.. Kelisa bawak keta dye.. Dah tu nak anta Sugar, grak dua keta skali, sbb nnti nak g Uptown lak tgk baju2 ngan Kelisa..Emm kitorang kalo window shopping.. Kelisa mmg kawan  BunGa g tgk baju..

Malam balik tu, BunGa kehilangan suara.. jadi serak ala2 ratu rock ELLA.. Tapi mlm tu ase ok lagi kot, sbb BunGa dah pun aktif kan hotlink super saver unlimeted talk.. BunGa gayut ngan Sugar lagi.. Heheh ape laa dah jumpe pun boleh bantai gayut lagi kan?? Kater dah buah hati kan.. Hehhe

Pastu BunGa tepon jap member BunGa.. tapi jap ajer.. Sbb pastu Sugar kol BunGa lek.. Baik angkat, kalo merajuk t susah nak pujuk.. huhu.. Lame gak bergayut.. Ase dlm kol 4.00pg baru BunGa tido.. Samapi tak sahur laa.. huhu…

Sabtu 22/09/2007

Bangun lambat giler hari ni, sbb nak ganti balik tido mlm tadi.. huhu.. Bgun tido, smbung g gayut nga Sugar.. huhu.. Ape kena ni mcm org bercinta ajer.. ekeke.. Sbnar nyer saje nak gunakan kesempatan yga de utk bergayut sementara tgh ade promotion lagi ni.. hehe…

Sambil2 tu kemas bilik, basuh bilik air, lipat kain, kena jage my baby Erol lagi.. huhu.. ptg keja Mcd pulak.. Sugar smpai dulu.. BunGa terlewat sikit.. Tak sempat nak jln same2 kat bazar Ramadhan.. Udah nyer BunGa belikan Sugar air Cincau.. Makanan xbeli pun tok Sugar sbb dye tak mo.. BunGa yg beli nasi separuh pun tak abes.. Tak lalu nak makan.. Nape tah..

Suara xde, so BunGa xmo dok kaunter.. dah2 kena dok DC.. jual aiskrim.. Customer mang in xyah ckp laa.. Gile betull.Sugar tolong BunGa kat DC.. tp aiskrim nyer cair, mungkin sbb drop tak henti2 so aiskrim xsempat nak keras, dah kena perah keluar.. huhu…

Closing wat vats..

Balik ngan Abg Myvi yg bawak Myvi nyer ala2 di litar sepang.. kecut peot aku!! huhu Sugar boleh kater best.. heiii.. sabo jer mak nyah!!

Balik, BunGa makan nasik cukup2.. huhu lapo2…

Ahad 23/09/07

BunGa keja kol 12.00tgh hari smpai kol 8.00mlm.. Masak aku.. huhu.. Sugar masuk kol 11.00pg smpai kol 6.00ptg.. Hari ni kena dok kaunter.. xpe laa xkesah.. tp suara yg mcm Ella ni, BunGa sebat kan ajer.. huhu..

Customer time berbuka jgn ckp.. Tak hengat tu!!!! Giler btol.. pening aku.. Customer in.. dgn dak2 baru yg buat fries tu, hape tah name dye.. Maha ker hape tah.. Si Jannah yg blur2 sbb kena buat air.. Aduhai…

8.15mlm,  Boleh pounch out balik.. Sugar dah tunggu BunGa kat bilik crew.. BunGa minum air jer mase buka.. perut rase sebu n satu lagi keletihan menyebabkan BunGa xlalu nak makn.. Lagi2 hidangan MCD.. adu nak termuntah aku taw..

lepak2 jap ngan Sugar, pastu balik laa.. Tapi adk BunGa si Angah yg amek..

Balik tu msj2 jap ngan Sugar.. Pastu gedeboommm tidoq.. hehe.. smbung esok nyer.. hehe..

NotaHati: Nak taw tak, kat Mcd , ade satu syntom adik akk, adk abg taw.. kat sana susah sikit laa nak dengor istilah couple2 nie.. Tapi banyak sgt2 istilah ‘angkat2 terangkat’ nie.. Bukan BunGa sorang jer terjebak taw..Dan bukan jer kat Mcd PKNS.. Tapi since name nyer Mcd.. mmg cenggitu.. hehe.. Tp BunGa hanya ade Sugar.. Buah hati BunGa.. Permata hati kesayangan..Dak2 len tah brape rmai adk2 yg diorg wat jadi adk angkat diorang.. tapi cukup laa ade Sugar sorang.. rmai2 pun nnti pening nak melayan.. Sugar.. akk syg ko sgt2.. huhuh..

~BunGaemoticon~

September 21, 2007

Aris Ariwatan~1234

Filed under: Lagu Akko Suker

Satu… kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu


Tiga… lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat… mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih


Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa


Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

 

NotaHati: Renungan buat insan2 tersayang..

~BunGaemoticon~

 

Andainya kau memahami..

Filed under: Adeek~

Eceh ceh.. Tajuk nak mantap jer.. Ekekek mencik taw.. Huhu..

Oklaa..Semalam sibok prepare Reminder Letter kat client.. Sape soh liat bayor utang.. Hehe padan muke.. Dan hari ni pun BunGa maseh nak prepare reminder n siap kan billings utk client.. Dah hampir 4 hari bertangguh sbb nak siap kan report utk summit kat my boss, n boss2 yg len2.. Huhu..

Kol 3.30ptg Kak Nida, called BunGa.. MIntak tolong keja lagi kat Mcd sbb takde org.. Bile BunGa tgk tertera kat skrin tepon tulis ‘Mcd PKNS’ , BunGa angkat tepon n terus kater ‘ arrrhhh org xmo kejaaaa!!’  tnpe sempat pemanggil kat sane tu nak kenal kan diri atau pun bagi salam..

Hmm tapi nmpak nyer, kena keja jugak.. Kalo bab kena rayu2 ni yg BunGa lemah sikit ni.. Soh jage DC (dessert centre) yakni tempat jual aiskrim jer.. Hmm tak berat sgt tu, Dlm keterpaksaan, BunGa merelakan badan g keja Mcd, walaupun minda dn hati xmo g.. huhu.. Mencik toll

BunGa jumpe dua pupu BunGa kat sane.. Wa.. Dye sebaya ngan BunGa.. Tapi agk nyer dye blaja kat Uitm Shah Alam la tu.. Ikot kan byk kali jugak terserempak ngan dye, tp BunGa takot nak tegor , kang salah org kang payah jugak.. Yelah sbb dye dok kat kg , yakni kat Kuala Kangsar.. Dye soh BunGa belanja dye aiskrim… Hai sedara punyer pasal.. Dak2 Mcd len, dan2 tu nak jadi sedara BunGa pulak.. Eii korang ni aku sepak kang taw la naseb…

Wat closing, hmm ok laaa.. ptot closed vats(produk goreng mengoreng mcm McChiken, Nugget, Filet, Pai, dll) tapi Kak Nida dah close kan siap2.. Sbb customer kat DC mak hye.. kol 10.30 beratur lagi..Last customer, terus BunGa closed kaunter.. ade ker patot, tutup kol 9.30 lwat smpai sejam.. Mencik taw!!

Siap2 wat closing, dlm kol 12.30mlm , Sugar kol BunGa..Lame lak tu, pelik jugak, slalu kol pun kejap2 ajer.. Kalo dye kol lame2, BunGa akn cube cepat berenti kan call.. Slalunye BunGa yg akn call dye lame2.. Sbb Sugar maseh skola lagi.. BunGa xnk beban kan dye.. Tapi dye kater, dye apply hotlink super saver tu..Sbb tu BunGa xkesah.. Hehe..

Lame jugak gayut.. Dlm kol 2.00pg baru berenti.. Tapi BunGa tanyer satu soalan kat Sugar..Dan BunGa mintak dye fikir kan utk jawap soalan tu..

Soalan BunGa kat Sugar.. ‘ Syg, cube bg taw org, ape makna "KASIH & KEKASIH" ? Orang nak syg pikir n amik masa, nnti dah ase yakin baru bagitau org ape makne nyer, ok??’    

Sugar tergelak, ‘ Ok, nnti org bagi tau kat syg ape jawapan org ek.. Eish mcm2 la soklan syg nie.. Hahah..’

Dan BunGa menanti kan jawapan dr Sugar..

Buat korang semua.. Paham tak maksud KASIH & KEKASIH… bezakan..

NotaHati:1, kasih yang abadi, 2, sayang berpanjangan, 3, lapar dan dahaga, 4, mudah kau bertemu berhati selalu beza antara kasih dan kekasih..

~BunGaemoticon~






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham