Sayang Ku Kak Ngah..
Entry ini kutujukan khas utk seorang bidadari kecil yang sangat comel.. Nurin Jazlin..

Nurin Jazlin
Nurin Jazlin 8, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dan merupakan anak kedua kepada pasangan En Jazimin Abdul Jalil 33, dan Pn Norazian Bistaman 35.
Kronologi kehilangan gadis kecil ini, bermula pada tanggal 20 Ogos 2007. Sejak dari tarikh itu, BunGA sering menerima email dr teman2 tentang kehilangan gadis kecil ini..
Gadis ini dikatakan keluar dr rumahnya di Seksyen 1 , Wangsa Maju berseorang diri utk pergi membeli makanan di pasar malam berhampiran dengan rumahnya..
Keluarga Nurin Jazlin atau lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Ngah’ meneruskan pencarian Nurin, sama ada menerusi media cetak, media elektronik.. email2, poster2 dan mcm2 lagi cara yg dilakukan oleh keluarga mangsa untuk mencari dan berdoa agar dapat bertemu kembali dengan Nurin.
Hati BunGa terdetik, tentang berita penemuan gadis yang ditemui mati dalam beg hitam di Jalan PJS 1, Petaling Jaya Utama pada hari Isnin 17 September 2007.Adakah dia Nurin Jazlin?? Moga2 bukan.. Dan itu jugak laa harapan mak ayah Nurin..
Mangsa deraan seks maniac.. Kemaluan dan dubur mangsa di sumbatkan dengan terung dan timun.. Ya Allah.. Ape punye binatang!! Manusia bertopeng kan haiwan.. bertopeng kan setan sahaja mampu melakukan penderaan sebegitu rupa terhadap seorang gadis kecil yang tak mengerti apa-apa…

Kiri-Wajah mayat yg ditemui. Kanan-Nurin Jazlin Jazimin.
Hasil penemuan tersebut satu ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di jalan antara mayat mangsa dengan gen keluarga Nurin. Sampel kuku dan rambut diambil untuk menunjuk kan ia sepadan atau tidak.
Hasil DNA pertama, 99.99% menunjuk kan ianya sepadan dengan keluarga mangsa. Namun En Jazimin tidak mengakui hakikat ini.. Dia menyatakan bahawa, dia lebih mengenali anak nya Nurin berbanding orang-orang lain.. Gigi mangsa tidak sama dan parut akibat jatuh pada pangkal peha Nurin tidak kelihatan.
Ujian DNA kedua kemudian dijalankan. Dan peratusan nya tetap sama 99.99% sepadan. Kali ini, En Jazimin xmampu lagi nak berkata apa.. Mangsa penderaan seks maniac itu adalah anak nya, permata hati nya.. Aduhai luluh rasa hati.. Aku sendiri terasa kehilangan, apatah lagi keluarga Nurin..
Jenazah Nurin selamat dikebumikan pada 21 September 2007 selepas solat Jumaat. Imam masjid yg mengimamkan solat jenazah Nurin Jazlin, berjujuran air mata waktu itu.. Orang2 awam termasuk bangsa Cina dan India turut sama menangisi pemergian arwah yg sungguh tragis.
Kepada pengungjung blog BunGa, ingin kan berita lebih lanjut, boleh berkunjung ke blog http://nurinjazlin.blogspot.com/ , blog yg di tulis oleh pakcik mangsa..
Salam Takziah dr BunGa utk keluarga arwah Kak Ngan.. Moga roh nya aman dan tenang disana. Kepada syaitan yg begitu kejam, melakukan perbuatan keji terhadap Nurin.. Berjagalah kau!! Kalo kau tak dapat balasan di dunia, akhirat menanti kau binatang!! Kau begitu mencabar pihak berkuasa kan??? tapi kau tak kan mampu hidup tenang.. Percayalah.. Tuhan pasti akn memberi pembalasan setimpal atas apa yang kau lakukan terhadap Nurin Jazlin..
Al-Fatihah..
Untuk Nurin Jazlin.. Tenang lah kau disana..
Lagu dr Adibah Noor~Terlalu Istimewa untuk Sayang ku Kak Ngah
Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…
Aku tahu…
~BunGa
~
![]()
