Dalam Benci Ada Sayang~Episod 1
Episod 1
"Alamak, dah lewat!!" Aku bergegas bangun. Hujan sepanjang malam membuatkan aku malas untuk bangun pagi. Sudahnya lagi 15 minit jam 8 pagi baru aku tersedar. Lambatlah aku ke kelas hari ni. Dahlah pagi ni kelas Ekonomi, kelas Prof. Zaid yang garang tu. Adusss…..
"Eira, sarapan dulu," kata ibu.
"Takpelah bu. Eira dah lambat nie,"sambil menyalami ibu aku bergegas mendapatkan keretaku. Ku pandu selaju yang mampu.
Jam dipergelangan tanganku sudah menunjukkan 8.10 pagi. Habislah mesti kena marah dengan Prof. Hari ni. Nak ponteng kelas aku tak beranilah pulak. Maklumlah aku dah kenal benar dengan cara Prof. Zaid ni, kalau ponteng kelas dia walaupun sekali terpaksalah kena tambah lagi satu semester. Aduh, takde kerja aku nak duduk sini lama-lama.
Tiba di selekoh kolej, aku terpaksa membuat brake emergency. Mana taknya lagi sikit kereta kelisa pemberian arwah ayahku tak tercium depan kereta Honda EK. Cis, siapalah yang bawa kereta, tak tahu undang-undang ker? Dah la tak bagi signal. Ingat ini jalan dia sorang yang guna ke? Taulah kereta mahal. Pastu buat salah buat tak tahu jer. Sikit pun tak nak angkat tangan. Tengok tu lagi buat muke berlagak kat aku, kalau muke tu hensem takpe la juga. Aku tak kisahlah aku boleh berkompromi tapi bile mamat ni buat muke berlagak dengan pastu pandang aku semacam jerk, memang aku ambil kisah. Kau berdoalah mudah-mudahan dijauhkan bertemu dengan aku. Kalau tak… Argh!!
Fuh, lega… Dalam hatiku yang panas ni sekurang-kurangnya aku dapat menarik nafas lega. Sebab Prof. Zaid masih belum masuk lagi ketika aku menyusup masuk ke kelas. Aku segera mendapatkan tempat di sisi Maria. Kawan baikku.
"Prof. mana Maria?" tanyaku termengah-mengah.
"Yang kau lewat ni kenapa? Dia baru je keluar. Karang dia masuklah balik. After kelas ni dia nak jumpa kau," Hah, terlopong aku seketika. Penat tak abis lagi. Marah pun tak hilang lagi, dah datang lagi satu bala. Ingatkan dah selamat dah tadi. Adussss…..
"Yeke? Asal lak dia nak jumpa aku?" tanya ku seperti blur.
"Lagi mau tanya. Sendiri mau ingatlah. Ko asal lambat?"
"Aku bangun lewatlah. Asal kau tak cover aku?" hati aku mula berdebar-debar. Nahaslah aku kali ni. Pe alasan aku nak kasi kat dia nie? Takkan nak cakap lewat bangun, memang nak kena dengar syarahan jawabnya. Tayar pancit? Ish, tak boleh. Perut sakit? Ala, pe nak jawab ni!!
"Camnalah aku nak cover kau. Tak sempat nak cover dia dah scan da sapa yang ada sapa yang takde. Lagipun kalau aku cover kau, aku nak cover pakai pe? Insuran pun takde lagi ni tau," leter Maria.
Habis kelas Ekonomi biasanya akulah orang yang paling happy dalam dunia nie. Tapi kali ni aku lah orang yang paling murung sekali. Macam ayam berak kapur aje muke aku ni. Yela, sapa tak takut kalau buat silap walaupun tak disengajakan. Lagi-lagi dengan Prof. Zaid. Kalau dengan Lecturer lain aku tak kisah sangat.
"Jom Eira kita pergi makan. Aku laparlah," pelawa Maria.
"Eh, takpelah Maria. Aku kena pergi jumpa dengan Prof. Zaid, takkan kau dah lupa kot," sebaik saja aku berkata-kata, pecah tawa Maria. Kenapa? Lucu sangatkah muka aku sampai dia ketawa macam tu sekali??
"Wei, aku tipu jerla. Kau caya ker?"
"Cis, kurang asam punya budak. Tak aman hidup aku selama sejam tadi tau tak. Kau memang nak kena nie," lantas mencubit lengannya. Geram yang teramat sangat. Apalah nasib aku hari ni. Serba tak kena. Black monday ker? Tapi hari ni hari Khamis.
"Aduh, sakitlah. Aku gurau jer lah," kata Maria sambil mengusap lengannya yang merah
"Ha, padan muka. Sapa suruh buat aku macam tu. Hari ni tak kira kau kena belanja aku juga," kataku sambil menarik lengannya.
Kelas Perundangan
Suara lantang Miss Zulia hanya kedengaran di segenap ceruk kelas. Pelajaran ini adalah salah satu yang paling aku suka. Lebih-lebih lagi lecturer ni seorang yang boleh dibuat kawan. Tak macam si Prof. Zaid tu. Dah la garang dan paling susah pulak tu nak kasi markah. Ops, termengumpat la plak. Karang tak berkat pula ilmu yang aku dapat. Haru jadinya nanti.
Tiba-tiba suara lantang Miss Zulia senyap apabila terdengar ketukan dipintu kelas. Kerani kolej yang muda dan manis masuk ke kelas kami bersama seorang jejaka. Ha, tu tak lain tak bukan mesti ada pelajar baru nak masuk ke kelas nie. Bertambah-tambah lagi la pelajar kat kelas aku ni. Desas-desus bisikan dari pelajar perempuan mula kedengaran dicuping telingaku. Ada yang kata pelajar tu hensemlah, macholah, bergayalah dan tak kurang ada yang kata ada kelas. Apalah diorang ni, time belajar pun nak pasang laki.
Ku kalih mataku ke arah mamat yang diorang dok bisikan tu. Ku pejam celik pejam celik. Aku tonyoh-tonyoh mata aku nie. Eh, betul ke apa yang aku lihat? Aku tak tersalah pandang ke? Mamat ni macam aku pernah tengok la… Tapi seingatku aku takde kawan yang hensem, macho, bergaya dan berkelas macam yang diorang asyik bisikan tu. Tapi siapa pulak dia nie? Aku macam pernah nampak. Aku cuba mengimbas kembali ingatan aku yang semakin menumpul ini. Siapa ya? Siapa?? Siapa???
Hah!!
Insiden pagi tadi tiba-tiba menerjah ke kotak fikiranku. Ku tenung dalam-dalam muka yang sedang mengadap Miss Zulia tu. Sah!! Memang sah mamat berlagak ni. Cis, masuk kelas aku budak nie. Siaplah kau aku kerjakan nanti. Hahaha!! Ketawaku dalam hati.
”Wa, wa, wa… Bukan main tenung semacam je kau kat mamat tu. Dah tergoda ke cik akak oi,” Sergah Maria.
”Hei, please. He’s not my type okey. Cuma aku baru teringat yang dia ni ada berhutang dengan aku!” kataku mula berfikir cara untuk mengenakan mamat yang kerek tu.
“Berhutang? Kau kenal dia ke? Tak cakap pun dengan aku,“
”Dah lama gak la aku kenal dia cuma belum sempat aku nak habaq kat kau,”
Di saat Miss Zulia memperkenalkan mamat tu, tiba-tiba aku mendapat satu akal. Ya, siaplah kau Tengku Fariez Shah!!
Setelah kelas berakhir aku mula mengatur strategi. Takkan aku lepaskan kau yang telah membuatkan mood aku hilang sepanjang hari ini bila saja terlihat kelibat kau. Maria mengajakku pulang tapi aku menolak mengatakan aku ada hal perlu jumpa seseorang. Sudahnya makcik tu balik berjalan kaki hari ni. Biasanya aku yang tumpangkan dia. Kesian pulak aku tengok dia kena menapak balik ke rumah sewa sendirian tapi takpelah bukan jauh sangat. Alah, sekali-sekala suruh Maria tu excercise pe salahnya, betul tak? Yang penting ada misi yang perlu aku selesaikan hari nie.
Pandanganku meliar. Terhendap-hendap aku takut-takut mamat tu ada. Nasib baik jugaklah pelajar tak ramai sangat kat sini sebab sekarang semuanya ada kelas lagi. Terhendap-hendap, tercari-cari benda yang aku cari. Kat mana pulak dia letak ni? Peluh pun dah memercik keluar. Takkan dia letak kat tempat lain kot.
Ha-Hah!!
Yes, jumpa juga akhirnya benda nie. Haha.. Nasiblah kau kereta. Kerana tuan kau, kau yang jadi mangsa. Aku mendekati kereta Honda EK berwarna putih milik mamat berlagak tu. Ku pandang keretanya sambil mengelilingi kereta tersebut. Mesti mamat ni sayang giler kereta dia. Make-up bukan main cantik. Tapi kalau cantik tak boleh jalan mesti tension kan? Inilah strategi aku. Apa salahnya kereta ni jadi perhiasan sehari di kolej aku ni. Aku pandang lagi ke kanan ke kiri takut-takut ada orang yang melihat aku. Karang susah pula nak buat kerja. Setelah pasti takde orang yang berada di situ, aku tunduk dan memulakan kerjaku. Membuang angin tayar depan kereta mamat tu. Hahah…Baru puas hati aku!
Woii!!
Kerana sergahan yang mengejutkan tu kepalaku terhantuk cermin tepi kereta. Mengaduh ku seketika sambil mengusap-ngusap kepalaku yang sakit. Ku pandang orang yang telah menyergah aku. Aku terkedu. Alamak!! MK lah. Kantoi……..
Bersambung….
