LoVeKiNgDoM

October 10, 2007

Dalam Benci Ada Sayang~Episod 2

”Sapa kau? Apa kau buat kat kereta aku?” jerkah Fariez.
”Ek eleh. Aku siapa kau tak perlu tau. Saja nak mengisi masa lapang. Aku nak kereta kau jadi pameran kat sini,” kataku sambil tersenyum ke arahnya. Padan muka. Dia merenungku sambil merenung tayar keretanya silih berganti. Macam nak telan orang.
”Ee, wei! Kalau iye pun nak mengisi masa lapang janganlah buat kat kereta aku.”
”Saja je. Aku dah jatuh cinta sebenarnya dengan kereta kau nie,”
”Ke kau dah jatuh cinta kat aku?” kata Fariez berani sambil rapat denganku. Hanya seinci sahaja jarak antara kami. Cis, dia nak kenakan aku pulak. Lantas aku menolaknya jauh. Dah gabra sebenarnya. Tak pernah orang buat aku macam tu. Tapi takkan ku tunjukkan rasa gentar aku ni pada mamat berlagak nie. Takkan!!
”Hei, tolong sikit. Muka macam kau nie aku tak pandang pun,”
”Yeke ni? Aku tengok kau tak lepas pandang pun masa dalam kelas tadi,” katanya tersenyum. Alamak! Dia perasan ke? Dah mula da pulak muka tak tau malu mamat ni. Nak buat hal la tu.
”Heh! Aku ada pandang kau yer? Ada eh? Tak perasan la pulak. Oklah, kerja aku pun dah settle. Bye,” kataku sambil membuka langkah.
”Hei, abih aku nak balik naik apa?” jeritnya. Sambil tersenyum aku menuju ke arahnya kembali. Aku menyeluk poketku.
”Nah, RM2! Ni tambang naik bus sampai ke bandar. Keep the change. Esok kau bawa jer mekanik datang sini okey. Kau jangan naik teksi tau. Nanti tak cukup pulak tambang tu karang. Okey aku balik dulu,”kataku sambil menghulurkan sekeping duit RM2 ke tangannya dan berlalu. Aku terus mendapatkan keretaku.

Enjin ku hidupkan. Ku pandang ke arah kereta Honda putih tadi. Aik, mana mamat tu pergi?? Takkan dah naik bus kot. Cepatnya. Tiba-tiba pintu sebelah kiriku dibuka. Dan seseorang masuk lantas menutup pintu tersebut. Hah!! Dia lagi..
”Nah, amik balik RM2 kau nie. Sekarang jalan,” kata Fariez bersahaja.
”Hei, Hello!! Ini bukan teksi ye sedara,” kataku sambil menjengkelkan mata. Kurang asam punya budak.
”Eh, yeke? Bukan teksi ke? Tak perasan pulak aku. Ingatkan teksi tadi,” Cis, dia kenakan aku balik nampaknya.
”Tengku, tolonglah turun.Takkan lah Tengku yang kaya ni nak naik kereta patik yang kecik ni. Patik nak balik ni, turunlah cepat,” kataku menyindir dan dia hanya tersenyum. Macam nak cekik je mamat ni.
”Erm, cantik kereta kau ni ek. Cepatlah jalan. Aku da tak sabar ni nak merasa perempuan bawa kereta. Sekali-sekala kasi la aku chance jadi penumpang,” Eeee…. sengal. Dalam rasa baran tu aku memandu. Geramnya hati aku. Kalau aku dapat leher kau, aku cekik-cekik jadi kecik.
”Bawa kereta tu jangan mengomel sorang-sorang tak elok. Tumpukan perhatian ok,” huarghhh…. Geramnyeee….

Beg ku hempas ke sofa. Hati ini masih panas membara. Mamat tu memang da lebih, tak pasal-pasal aku kena hantar dia balik rumah. Aku berhentikan kat perhentian bus berdegil tak mahu turun. Macamana boleh jadi macam ni. Apalah malang aku jumpa dia hari ni. Kenapa hari ni hari yang tak bertuah untuk aku. Ni semua gara-gara kau mamat tak tahu malu tu. Tanpa sedar tanganku menumbuk bantal bertubi-tubi.
”Anak ibu ni kenapa marah-marah nie?” tanya ibu sambil mendapatkanku.
”Eh, ibu. Awal balik hari ni,” kataku sambil menyalami ibu yang amat ku sayang.
”Awal? Sekarang dah dekat jam 6 sayang. Eira kenapa balik lambat?”
”Err.. Eira hantar kawan tadi,”
”Owh, abih tu kenapa marah-marah lak ni? Gaduh dengan kawan yer ?” serkap ibu.
“Eh, mana ada ibu. Mana ada Eira marah-marah,” kataku sambil baring di peha ibu.
“Takkanlah ibu tak kenal anak ibu nie. Tak mahu cerita dengan ibu ke?” ibu mengusap kepalaku. Aku suka ibu perlakukan aku begitu.
“Tadi ada budak baru dalam kelas. Tapi dia ni menyakitkan hati jelah.” Keluhku.
“Yeke? Lelaki ke perempuan?” tanya ibu sambil tersenyum memandangku.
“Sapa lagi bu. Lelaki lah….”
“Owh, lelaki. Jangan gaduh-gaduh nanti dari benci jadi sayang,”
“Eh, ibu ni. Takdelah, semua tu mengarut jer,”
“Dah, pergi mandi siap-siap semua. Ha, ni da solat asar belum?” tanya ibu.
“Hehe..Belum. Nak pergila ni,” jawabku terpisat-pisat lalu beredar. Ibu hanya senyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Sejak kehadiran Tengku Fariez Shah ke kolej itu, Syazmira merasakan kehidupannya tidak lagi seindah sebelum ini. Ini semua gara-gara anak Tengku yang berlagak tu. Setiap masa, setiap hari ada saja yang dipertelagahkan walaupun perkara itu sekecil zarah. Dan sikap kebudak-budakan mereka telah menjadikan mereka salah satu pasangan yang menjadi perbualan pelajar-pelajar kolej. Cuma bukan seperti pasangan lain yang mempunyai hubungan mesra tetapi sebaliknya. Mana taknya mereka kadangkala bukan hanya bertelagah di kelas tapi di luar kelas juga.

“Hai, Maria! Good morning,” Sapaku seperti biasa duduk disebelah rakanku yang seorang itu.
“Morning Eira. Hai, gembira semacam je,”
“Takdelah, aku biasa je,” Maria masih merenungku. Aku tersenyum.
“Betullah, takde apa-apa. Kenapa tak percaya ke?” kataku lagi.
“Iyelah tu. Pagi-pagi dah sengih semacam je. Selalu takdelah ceria macam ni. Ha, mana buah hati kau?” serentak itu mood yang tadi ceria bertukar wajah. Apalah disebutnya orang yang tak hingin sesangat aku nak jumpa tu. Menyampah aku. Menghilangkan mood aku je sebut pasal dia.
“Aku manalah ada buah hati. Takkanlah kau tak kenal aku lagi kot? Lagipun siapalah yang nak aku ni?”
“Mamat mana lagi, mamat yang selalu kacau kau tulah buah hati pengarang jantung kau. Bukan ke korang berdua tak boleh berpisah langsung? Lagipun kau cantik apa, boleh tahan,” kata Maria sambil tersengih.
“Oit, please! Mamat tu aku tak hingin pun tau,” sejurus selepas aku mengeluarkan kata-kata itu, seseorang duduk disebelahku. Ku pandang. Terlopong apabila orang yang duduk disebelahku sekarang ni mamat berlagak ni!!
“Tutup mulut tu sikit nanti masuk lalat,” kata Fariez sambil merenungku. Aku yang seperti tersedar segera menutup mulutku bagai lembu dicucuk hidung saja lagaknya. Dia tergelak melihat gelagatku. Mamat ni suka menuetralkan mood aku aje. Dia nak apa?
“Eh, kenapa kau duduk dekat sini?”
“Suka. Lagipun sini kosongkan, so aku duduklah,”
“Kan banyak lagi tempat yang kosong? Menyibuk je duk sebelah aku,”
“Kat sini bukan ada sesiapa pun nak duduk. Diorang semua takut duduk sebelah kau, garang sangat. Tu yang aku duduk sebelah kau,”
“Apa?? Aku garang?? Cakap baik-baik sikit ye. Atau… kau da terpikat dekat aku nie,” aku tersengih. Saja je nak kenakan mamat tak tahu malu ni.
“Kalau aku terpikat pun apa salahnya. Kau bukan ada pakwe pun,” Dia tersengih sambil mengenyit mata ke arahku. Eee, geramnya aku. Berani dia buat aku macam ni. Bengang dengan mamat sorang ni. Maria tergelak mendengar tiap butir bicara kami.
“Korang ni memang sepadan. Sama-sama gila. Memang secocok la tu,” kata Maria. Sisa tawanya masih berbaki lagi.
“Maria!!” Aku menjengkelkan mata kepadanya. Apa ni, kawan sendiri pun tak mahu back up ke?
“Lantak koranglah. Malas aku nak layan. Ha, Tengku ku sayang… Jangan lupa tulis nama dekat tempat tu karang ada yang nak duduk kat sini pulak,” kataku dan perbualan dihentikan.

Tak lama sejurus itu, Miss Zulia masuk ke kelas dan ia mengajar seperti biasa. Aku menumpukan sepenuh perhatianku kepada pembelajaran pagi itu. Sementera otak masih segar, apa saja yang ditumpukan akan masuk dengan segera. Sebab itu, sekiranya aku tidak paham dengan apa yang di ajar aku boleh bertanya selepas waktu kelas. Aik, kaku semacam jer orang kat sebelah aku ni. Hidup lagi ke? Nak pandang ke tak ni? Nanti kalau aku pandang tiba-tiba dia kenyit mata lagi.. Aduh! Bisa tergoda aku. Ops, selisih malaikat 44. Ala, kalau dia kenyit aku kasi je penumbuk. Tul tak?

Buat kali kedua aku terlopong lagi. Bukan sebab dia kenyit mata atau dia main mata. Tapi dia tidur!! Nak tergelak pun ada. Sempat lagi mamat berlagak ni tidur. Patutlah senyap semacam je. Aku menyiku Maria. Maria mengeleng dan menyuruh aku mengejutkannya sebelum Miss Zulia perasan. Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Ya, inilah masa untuk aku mengenakan dia balik. Aku mencari-cari sesuatu di dalam bekas penselku. Yes, ada pun. Bulu ayam yang berwarna merah jambu pemberian Maria sebagai tanda persahabatan kami kini berada di dalam genggamanku.

Aku mengusik di bahagian dahinya. Dia mengalihkan mukanya. Aku tersenyum. Ku usik lagi tapi kali ini dibahagian telinganya. Dia menepuk. Aku sudah nak tertawa besar. Lena benar dia ni tidur. Maria menegahku dari mengusiknya lagi. Aku abaikan. Seronok mengusik orang yang sedang tidur. Tiba-tiba…..

“Syazmira, apa you buat tu?” tegur Miss Zulia. Terhenti segala perbuatanku. Semua memandang ke arahku.
“Takde apa-apalah Miss. Ni Tengku Yang Berbahagia ni sedang diulit mimpi yang indah bersama sang puterinya. Saya usik dengan bulu ayam ni pun dia tak bangun-bangun,” satu kelas tergelak dan Miss Zulia mengelengkan kepala. Sebab aku atau sebab anak Tengku ni aku tak tahulah janji aku dah kenakan dia.
“Syazmira, you tolong kejutkan dia,” arah Miss Zulia.
“Wei, bangunlah,” kejutku. Namun masih tiada jawapan. Tidur mati ke budak nie?

Herm, dah berapa lamalah budak ni tak tidur ye. Agaknya dia ni keturunan burung hantu kot. Sudah dipanggil tidak menyahut. Takkan aku nak kejut dia macam dayang kejut anak raja kot. Dengan segenap tenaga ku kumpul, aku pijak kaki dia. Ha, apa lagi meraunglah mamat tu. Padan muka, sapa suruh tidur. Satu kelas bingit dengan gelak tawa.

“Aduh, sakitlah!!” jerkahnya. Terkejut yang amat sangat terlihat diraut wajahnya.
“Padan muka. Siapa suruh tidur. Aku hanya mengikut arahan Miss Zulia suruh kejutkan kau,” katakku selamba.
“Ha, Fariez. You da berapa lama tak tidur ni? Lena benar saya tengok,” Wow, Miss Zulia ni macam ada powerlah. Soalannya sama macam soalanku.
“Eh, taklah Miss. Actually saya terlena sebab seronok benar duduk sebelah Eira ni macamada buaian je. Saya pun tak tau macamana saya boleh tidur. Agaknya Eira ni dah ‘guna-guna’ saya kot,” Amboi, sempat lagi dia kenakan aku. Loyar buruk aje.
“Apa-apa jelah you ni Fariez. Okey, kita sambung balik pelajaran kita,” Yes, seloroh kau tak mendapat perhatian.

Aku dan Maria asyik tergelak sepanjang perjalanan kami ke kafetaria. Peristiwa di dalam kelas tadi menjadi topik perbualan kami berdua.

“Kau gila buat Fariez tu macam tu. Boleh mati dia tadi tau tak?” Maria mengelengkan kepala. Kenakalan Syazmira memang sukar diduga.
“Abih aku dah panggil dia lena je, mati akal aku tau tak?”
“Pucat lesi muka budak tu. Tapi terkejut-kejut dia tu sempat lagi dia kenakan kau balik,”
“Tau takpe. Tu yang aku geram tu,” kataku sambil mengetap bibir.

Dari jauh ku lihat ramai yang berpusu menuju ke papan putih. Ada pengumuman barulah tu. Kami berdua menuju ke arah yang sama. Wa, ada perkhemahan anjuran kelab Kembara dua minggu lagi. Ini dah cukup baik. Bolehlah hilangkan tekanan belajar dan jauh seketika masalah-masalah yang ada.

“Maria, jom join nak?” pelawaku.
“Ish, taknak lah aku. Tak sukalah pergi camping-camping ni,” kata Maria berlalu aku segera mendapatkannya.
“Ala, temankanlah aku. Jomlah eh? Kau jelah kawan baik aku tau. Bolehlah Maria,” pujukku.
“Yela-yela tuan puteri. Selagi tak dapat selagi tulah merayu-rayu. Macam aku tak kenal kau. Jom makan aku lapar ni, tapi kau kena belanja aku,” putus Maria dan aku tersenyum gembira.
“Yes bos!!”


Bersambung…

 

~BunGaemoticon~

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://daisies.blogsome.com/2007/10/10/dalam-benci-ada-sayangepisod-2/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham