LoVeKiNgDoM

November 20, 2007

Dalam Benci Ada Sayang~Episod 4

Kami memulakan aktiviti kami pagi itu dengan senaman pagi dan kemudian kami akan memulakan jungle tracking. Sebelum itu kami perlu dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Aku tergolong dalam kumpulan lima. Maria juga berada dalam kumpulan yang sama. Fasilitator masih lagi menyebut nama-nama ahli untuk kumpulan 5. Ahli terakhir yang disebutkan sungguh mengejutkan. Tengku Fariez Shah! La, kenapa la mesti ada budak yang sorang nie? Buat aku hilang mood nak menghayati keindahan alam. Dia dengan selamba masuk kumpulanku seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami.

Setelah selesai kami terus dilepaskan untuk menjalankan aktiviti tersebut. Terdapat dua check point yang perlu kami lalui. Dan setelah mendapat persetujuan ramai, MK yang mengetuai kumpulan aku. Walaupun sebenarnya itu tidak termasuk dalam persetujuan aku.

Aku mengambil langkah untuk menjadi ahli yang terakhir berjalan. Untuk memastikan ahli kumpulanku selamat memandangkan aku ada pengalaman dan akan sentiasa berjaga-jaga. Kami sampai di check point yang pertama. Kami di minta untuk mendaki bukit yang curam itu untuk sampai ke check point yang kedua. Pada pemerhatian aku,bukit itu sangat tinggi dan curam. Dan sekiranya tidak berhati-hati boleh terjatuh. Fasilitator kami mengingatkan kami supaya berhati-hati dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Alahai, kenapalah aku mesti bekerjasama dengan MK tu?? Hatiku berbisik.

Kami memasang strategi untuk mendaki bukit itu. Aku mencari kayu yang kukuh untuk memudahkan aku berjalan ditempat yang curam tu nanti. Setelah itu kami bergilir-gilir untuk menarik antara satu sama lain untuk sampai ke puncak. Kini tiba giliran aku untuk menarik rakan-rakanku yang lain kerana mereka ada kesulitan untuk naik ke atas memandangkan Maria dan seorang ahli kami yang berbadan sederhana besar, Alia mengalami kesukaran untuk memanjat.

Aku cuba menarik Alia yang ketika itu berada dibelakangku. Maria cuba menolak Alia dari belakangnya. Ku tarik dengan sekuat hati tapi Alia tetap tidak berganjak. Aku memasang kekuda lagi. Cuba menarik Alia lagi. Ketika Alia sudah mencapai pokok untuk berpaut, aku hampir tergelincir. Nasibku baik kerana seseorang memaut pinggangku. Kalau tak, tinggal sejarahlah diriku ni. Aku menoleh untuk berterima kasih. Hah!!

“Ka…kau??” terimbas sebentar ingatanku pada adegan yang baru berlaku. Oh, tidak!! Kenapa terjadi lagi???
“Ye, kenapa? Lain kali hati-hati,” katanya selamba.
“Macamana kau boleh ada kat sini?” kataku masih terkejut. Setahu aku, dia orang yang paling depan selang 7 orang daripada aku.
“Aku kan leader. Perlu jaga kumpulan aku,”
“Ei, kenapalah aku satu kumpulan dengan kau,” kataku geram. Apalah malang nasibku. Mengambil kesempatan sungguh.
“Sebab aku suka la,”katanya tersengih. Cis, ada masa lagi dia nak kenakan aku. ni da lebih.
“Kau ni memang nak kena….” sambil mencerun ke arahnya.
“Kenapa tak puas hati??” katanya seperti membakar kemarahanku.
“Woi, korang sudahlah tu. Takkan kat sini pun nak gaduh lagi. Tolong la aku wei,” suara Maria mematikan pertengkaran kami. Baru aku perasan ahli-ahli lain sedang memerhatikan kami. Ish, malunya. Ini semua gara-gara MK ni.
“Ni boleh tarik Maria tak? Ke kau nak minta aku paut kau?” sindir Fariez. Kurang asam punya budak.
“Dah, tepilah. Kau ingat aku tak kuat ke?? Pergi tempat kau balik la,” aku menolaknya. Dan entah di mana silapnya sekali lagi aku tergelincir. Secara automatik, aku sudahpun berada di dalam pelukan MK. Apa?? Sekali lagi?? Oh, kenapa mesti dengan dia??!!!! Cepat-cepat aku mengukuhkan kedudukanku. Ku pandang ahli-ahli yang tersenyum-senyum melihat adegan yang tak disangka-sangka ini.
“Tu ke namanya kuat. Asyik nak terjatuh jer. Nasib baik abang ada. Lain kali jangan sombong,” sempat lagi Fariez berbisik kepadaku sebelum dia membantu Maria naik ke atas.Abang?? Eii, please. Sakitnya jiwa aku. Lama-lama boleh gila aku dibuatnya budak ni.

Kami meneruskan perjalanan kami. Walaupun hatiku rasa sebal terpaksa juga aku mengikutinya sehingga ke penghujung bersama kumpulan ini. Rasa macam nak menjerit pun ada. Apalah malang menimpa atas diriku ni. Serba tak kena je untuk camping kali ni.

Kami akhirnya sampai ke check point kedua. Kami ditugaskan untuk melakukan flying fox hingga ke bawah. Wa, inilah saat-saat yang ku tunggu. Da lama rasanya tak buat flying fox. Maria memegang lenganku erat. Aku lihat wajahnya pucat. Kesian Maria. Tapi nak tak nak kenalah buat juga kalau tak, takkan nak menapak turun dari atas bukit tu. Da la tinggi. Satu persatu dilepaskan untuk buat penerjunan tersebut. Kini sampai giliranku. Ketika aku sedang mempersiapkan diri aku untuk buat flying fox tu sekali lagi aku dikejutkan dengan tindakan yang tidak disangka-sangka.

Tiba-tiba saja Fariez menyarungkan helmet dikepalaku sambil mengetatkan talinya. Aku terdiam. Kaku tidak tahu perlu berbuat apa. Ahli-ahli yang lain mula bersiul. Aku yang bagai tersedar dari mimpi segera menepis tangannya. Dah kenapa budak ni. Tak siuman ke??
“Eh, apa ni?!” Marahku. Malu pun ada sebenarnya.
“Aku cuma tolong jer. Kau tu bukan tau jaga diri pun,” katanya selamba.
“Suka hati aku lah. Bukan aku menyusahkan hidup kau pun. Kau ni kenapa? Da buang tebiat ku?” kataku menghamburkan segala kemarahan dan perasaan geram terhadap sikapnya yang selamba. Dia ingat aku ni bini dia ke??

Dia langsung tak mempedulikan aku sebaliknya terus mengatur langkah ke barisan kembali. Budak ni memang menyakitkan hati. Dan dalam perasaan marah tu jugalah aku tidak merasa keseronokan ketika membuat flying fox tersebut. Ini semua gara-gara MK tu.

Akhirnya hampir jam 2 kami selesai melakukan aktiviti kami. Letih rasanya. Tapi pengalaman ini sunguh menyeronokkan. Cuma yang tak seronoknya aku satu kumpulan dengan budak tak tahu malu tu. 24 jam menyakitkan hati jer.

“Wa, Eira. Kau sekarang menjadi perhatian ramai tau,” kata Maria sambil duduk di sisiku.
“La, kenapa pula? Aku bukan artis pun,” kataku selamba. Cis, kawan pun nak mengenakan aku ke? Ni mesti kes pasal tadi ni.
“Hehe.. Kau dengan buah hati kaulah. Alahai, romantiknya,” kata Maria tersenyum-senyum. Aku da agak da.
“Romantik apanya, dia sengaja nak mengambil kesempatan kat aku tu. Kat sini pun masih nak mengenakan aku. Siaplah dia. Tahulah aku nak kenakan dia nanti,” kataku sambil meneguk air mineral yang berada ditanganku.
“Relax la Eira. Aku tengok kau dengan dia ni ada potensi la jadi pasangan serasi,”
“Ai, takkan kawan sendiri pun tak nak back up kawan kot,”
“Aku cuma cakap berdasarkan pemerhatian aku je. Tapi apa pun aku tetap support kau la. Janji kau jangan dapat mamat yang tak bermasa depan sudahlah yerk,” kata Maria sambil memaut bahuku.
“Iyalah tu. Eh. Maria! Jom kita pergi mandi waterfall nak?” memikirkan air terjun yang sejuk dan tenang tu menghilangkan perasaan marahku terhadap orang yang menyakitkan hati tu. Dapat juga aku menghilangkan rasa penat dan marah dengan keseronokan seperti ni.
“OK juga tu. Tapi apa-apa kita pergilah makan dulu. Nanti aku nak beritahu kat Rizal,”
“Ok, tapi kau jangan ajak dia pulak tau. Aku nak seronok-seronok nie. Dah lama tak mandi waterfall,” kami bergegas bangun untuk makan sebelum membuat aktiviti yang kami rancang.

Semasa ketiadaan Maria di sisi, aku terlihat kelibat Fariez yang sedang duduk makan di khemahnya. Tengok tu muka memang takde perasaan bersalah. Hatiku meluap. Geram dengan adegan yang sengaja dicipta oleh budak seperti Fariez tu. Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Ya, ini sajalah peluang yang ada untuk mengenakan dia balik. Jagalah kau MK!

Eira lantas menuju ke dapur. Masih ada tersisa nugget beberapa keping lagi. Eira mengambil mangkuk dan menuang sos kemudian dia mencampurkan dengan sejumlah garam yang agak banyak dan lada boh sesudu. Setelah itu dia campurkan dengan air panas. Setelah semuanya siap, Eira membawa ‘resepi’ barunya kepada Fariez lantas duduk di sisinya.

“Takkan makan sorang jerk cik abang?” kata Eira berbasa-basi. Alahai lembutnya bicara.
“Abis cik adik tak nak temankan cik abang, nak makan pun tak lalu,” pandai betul dia berkata-kata. Uiks, tak lalu ke? Tadi aku nampak dua pinggan kau sapu.
“Tak lalu yer, nah ambillah nugget ni. Special delivery tau,” kataku sambil tersenyum.
“Untuk abang ke?? Jomlah kita makan sama-sama,” sambil menghulurkan sekeping nugget ke arahku. Ku sambut dan memakannya dengan selamba. Abang??? Sejak bila la dia jadi abang aku nie? Belum sempat Fariez menyumbat nugget ke mulutnya aku berkata.
“Eh, makanlah dengan sos nie. Baru sedap,” kataku sambil mengajukan sos ke arahnya. Tanpa ragu-ragu dia terus cicah nugget kepunyaannya dan makan.

Kunyahannya terhenti. Terdiam seketika. Eira tersenyum sambil menahan ketawanya yang hampir pecah. Muka Fariez sudah berkerut dan telinganya merah. Dia terus meludah. Apalagi pecah ketawa Eira di situ.

“Amacam sedap tak cik abang?” kataku sambil ketawa. Rasakan!
“Padan muka kau. Lain kali jangan nak ambil kesempatan lagi paham,”kataku lantas beredar sebelum sempat Fariez berkata apa-apa. Mukanya merah menyala. Pedas campur masin memang sedap kan?

Waterfall

Seperti yang dijanjikan, petang itu aku, Maria dan ramai lagi kawan perempuan sekolejku bersukaria di air terjun itu. Seronoknya tidak terkata. Walaupun aku tidak pandai berenang tetapi semangatku untuk bermain di air yang sejuk itu melebihi orang yang pandai berenang.

“Maria, ajarlah aku berenang,” kataku sambil berenang-renang ditempat yang cetek.
“Alah, buat penat je aku ajar kau. Dari dulu sampai sekarang tak juga reti-reti. Malaslah aku,”
“Kau tu ajar tak betul macamana aku nak reti berenang,” sambil merendamkan badan ke dalam air. Sejuknya.
“Bukan aku tak reti tapi bontot kau tu yang berat,” sindir Maria.
“Ala, Maria ajarlah cepat,” gesaku.
“Yela-yela. Tapi sebelum tu kau belajar terapung dulu,” kata Mariamengalah.
“Terapung pun terapunglah. Janji layan,” Maria terus memberi aku panduan untuk mengapungkan diri. Mulanya memang agak payah kerana bahagian pinggang dan ke bawah tidak dapat terapung. Letih juga Maria hendak mengajarku. Bukan aku tak cuba tapi entah kenapa bahagian kaki ini berat sangat sebab tu tak dapat nak terapung. Banyak lemak kot.

Hampir setengah jam jugalah Maria memberi panduan. Akhirnya berjaya juga Eira mengapungkan diri. Nasib baik kawasan berdekatan yang dipilih ini tidak banyak batu. Tempat itu memang sesuai untuk berenang tetapi dalam. Eira hanya mengapungkan diri di tempat bahagian cetek walaupun hakikatnya paras cetek yang dimaksudkan hampir separas bahunya.

Sambil mengapungkan diri aku menikmati kenikmatannya terapung di air. Rasa relaks saja. Aku memejamkan mata. Rasa nak terlelap pun ada. Kerana kealpaan itu, Eira tidak sedar dirinya berada paras yang dalam dari tadi. Tiba-tiba Eira dikejutkan dengan satu sergahan. Suara yang garau. Dan suara yang amat dikenali. Fariez!!!

Oleh kerana paras yang tinggi melebihi ketinggian Eira, dia kelemasan. Manakala Fariez yang berada betul-betul dihadapannya hanya memandangnya. Keadaan menjadi tegang dengan jeritan Eira. Terkapai-kapai Eira kelemasan. Keadaan cemas.

“Fariez, cepat tolong Eira. Dia tak tau berenang!!” jerit Maria dari atas batu yang ketika itu jauh dari tempat mereka berdua.
“Tool..onnnng..” kata Eira tersekat-sekat.
“Fariez!!” jerit Maria yang kerisauan.
“Kau nak minta aku tolong yer, minta maaf kat aku dulu,” kata Fariez kepada Eira.
“Ak…u tak..k..an. Tolong,” sempat lagi Eira berkata.
“Ok, aku naik dulu,” kata Fariez selamba.
“Riez…ma…aaf,” setelah mendengar kata maaf dari mulut Eira, Fariez kembali kepada Eira dan memautnya. Eira memeluknya erat sambil terbatuk-batuk.
“Tulah, lain kali jangan jahat dengan aku,” kata Fariez tersenyum. Cis, pandai betul dia mengambil kesempatan ke atas aku.
“Ni semua gara-gara kau. Kau memang saja nak mengenakan aku,” marahnya aku kepadanya.
“Ai, marah nampak. Kira baik apa aku da tolong kau. Terima kasih pun tak nak ke?”
“Tak hingin aku nak berterima kasih dengan kau. Kau memang sengaja nak ambil kesempatan ke atas aku,” kata Eira geram.
“Ok, kalau camtu kau berenang la sendiri,” lantas Fariez melepaskan pautannya. Eira jatuh terkapai-kapai lagi. Hampir menangis Eira meminta pertolongan. Dia sungguh takut tapi dalam pada itu dia sempat lagi melawan dengan musuhnya.
“Fariez!! Kau nak bunuh Eira ke?” jerit Maria yang khuatir dengan keadaan Eira.
“Aku takkan bunuh dia cuma nak seksa dia jer,” kata Fariez dan kemudiannya memaut Eira kembali yang sudah tidak bermaya melawan arus. Dia keletihan.

Fariez membawanya ke tepi dan Maria serta rakan-rakan yang lain membantu. Eira menangis. Mungkin takut dengan kejadian tadi.

“Sampai hati kau buat dia macam ni,” kata Maria geram dengan tindakan Fariez. Ini bukan perkara main-main.
“Ada dia sampai hati masa dia kenakan aku?”kata Fariez lalu beredar. Maria terkesima.

Maria terus memberi tuala kepada Eira yang kesejukan dan ketakutan. Kesian. Dia menangis teresak-esak. Kejadian yang amat pahit buat dirinya.

“Eira, kau ok??” tanya Maria dan Eira mengangguk.
“Kurang ajar MK. Aku benci dia,” kata Eira sambil teresak-esak. Maria mengeleng dan memaut bahu Eira.
“Sudahlah tu,” kata Maria lembut.

NotaHati: TuNgGu SaMbUnGaN nYeRrRrRr…

~BunGaemoticon~

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://daisies.blogsome.com/2007/11/20/dalam-benci-ada-sayangepisod-4/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham