LoVeKiNgDoM

August 17, 2007

Telur Masin! Huhu~

Filed under: Citer Lawak~hAhA!!

Al-kisah satu cerita  , aku dapat email dr sowang member kat opis ni.. enjoy ur reading..emoticon

Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas.  

Once upon a time…..  

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek.So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau.So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama.Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja,masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi.  

So, apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain.Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air. 10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan.So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok.Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.  

So dia pun tanyalah.  
Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang Cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELOR MASIN…  

Hehehe..   Sajer jer.. Lawak bodo hari ni!! Konyet btl laa.. wark kakakakaka….emoticonemoticon

NotaHati: Org mcm ni pun ader ker.. Apara.. Kenyubelibet?? Hahahah belibet laaa.. emoticonemoticonemoticon

Elmo Suker!!! Ekekek Lawok Giler..Bengong!! Haha~ Lawok lawok.. Hahahhahaha~

~BunGaemoticon~

August 7, 2007

Peristiwa Ngeri Malam Pertama! Ngeee…

Filed under: Citer Lawak~hAhA!!

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin.Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu. "Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.

Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk menguji isteriku. "Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur.

Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

"Kringggggg… ." "Tik..tik..tik..tik… " "Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi… Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. Ikhlas dari : XXX Men.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah.

Nota Hati: Bukak sume hadiah b4 masuk tido… ekekeke.. Kan dah kena ‘diperkena’.. Hahaha.. Utk bacaan kawan2 tersayang.. emoticonemoticonemoticonEnjoy da reading ek..

~BunGaemoticon ~






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham