LoVeKiNgDoM

November 23, 2007

Dalam Benci Ada Sayang~Episod 5

Aku masih duduk dikhemahku. Keseorangan. Rakan-rakan yang lain sedang menjamu selera. Hatiku masih panas dengan kejadian tadi. Aku benci dia. Dia memang sengaja mengenakan aku dan mengambil kesempatan. Kalau aku tau berenang benda ni takkan terjadi. Macamana dia boleh berada di situ?? Dia selalu meninggalkan persoalan dalam diri aku nie.

Di hadapan aku terlihat satu kelibat sedang menuju ke arahku. Aku tidak dapat mengecam siapakah empunya diri memandangkan keadaan yang gelap. Setelah dia begitu hampir denganku barulah aku pasti bahawa musuhku yang berada dihadapanku kini. Dengan selamba dia terus melabuhkan diri di sisiku. Aku menjauhkan jarak dengan dirinya.

“Kenapa tak nak makan?” tanya lembut.
“Sukalah. Kenapa kau peduli?” kataku dalam nada marah.
“Marah lagi ke sayang?” dia tersenyum. Apa yang disenyumkan tak tau la aku.“Memang aku marah,” kataku merengus.
“Kira bernasib baik tau aku selamatkan kau. Kenapa mesti marah?”
“Kau mengambil kesempatan ke atas aku,”
“Ambil kesempatan? Bila?” aku hanya mendiamkan diri. Malas nak melayan dirinya.
“Bila aku ambil kesempatan? Tadi aku cuma selamatkan kau. Lagipun kau yang peluk aku kan?” katanya lagi. Eeii.. geramnya aku.
“Yang kau tiba-tiba ada kat situ kenapa?” dia hanya tersenyum. Tidak menjawab. Hatiku panas. Aku bangun.
“Nak ke mana tu?” tanya Fariez.
“Tak hingin aku nak berdua-duaan dengan kau. Nanti kau kata aku ambil kesempatan,” aku terus berlalu mendapatkan rakan-rakan yang lain.

Burung Hantu

Sekarang tepat jam 3 pagi. Aktiviti kami seterusnya adalah aktiviti burung hantu. Kami akan dilepaskan secara berpasang-pasangan untuk menentang kepekatan arus malam. Kami diberi pilihan untuk memilih pasangan masing-masing. Dan malangnya Maria sudah pun memilih Rizal. Aku terpaksa memilih pasangan. Ketika aku sedang mencari pasangan seseorang menarikku. La, MK lagi.

“Apa tarik-tarik nie? Tak malu ke?” kataku sambil melepaskan pegangan tangannya dilenganku.
“Kau dengan aku. Kau tu bukan tau jaga diri pun,” katanya seperti memberi arahan. Eira geram. Dia ni kenapa? Apa masalah dia sebenarnya? Belum sempat Eira nak berlalu Fariez memegang tangannya erat.
“Hei, apa nie? Lepaslah,” tegasku sambil meronta-ronta.
“Jangan meronta nanti tangan sakit,” katanya selamba.
“Ok, semua sudah ada pasangan masing-masing kan? Sapa yang takde pasangan sila beritahu,” kata Muiz, fasilitator kami. Belum sempat aku bersuara semua sebulat suara berkata sudah memiliki pasangan sendiri. Aku geram. Buntu. Sakit hati dengan tindakan Fariez yang suka hati buat aku macam ni.
“Lepaslah. Takkan kau nak pegang tangan aku je. Tau lah tangan aku lembut,” sindirku.
“Tulah, tangan kau dengan aku macam ada magnet jerk,” geramnya. Pandai je dia nak balas. Aku merentap tangannya dan terus memeluk tubuh.

Kami dilepaskan setiap 5 minit. Kami perlu mencari jalan untuk keluar dari hutan tersebut iaitu semua perlu berkumpul di jalan raya. Sampai giliran aku dan dia dilepaskan. kami meneruskan perjalanan kami. Aku hanya mengikutinya dari belakang jauh hampir sedepa. Aku dan dia hanya diam membisu mencari jalan. Aku rasa tiada mood untuk mengikuti aktiviti ini pada ketika ini disebabkan oleh budak MK yang suka menyusahkan hidup aku. Hampir sepuluh minit aku mengikutinya.

“Cepatlah sikit cik kak, karang awak tertinggal susah pulak saya,” Uik, bila masa pulak bersaya berawak ni? Uwek, nak muntah aku.
“Aku belum rabun lagi lah. Aku nampak kau lagi,” kataku. Bila lah nak sampai ni. Bosan betul.

Fariez memberhentikan langkahnya. Aku turut terhenti. Kenapa berhenti?? Sesat ke? Dia memusingkan tubuhnya dan berjalan ke arahku. Berdiri di hadapanku tepat dan memandangku. Aku terpaku. Kenapa dengan dia? Kena sampuk ke? Dia hanya diam berdiri dihadapanku. Aku tidak keruan. Tolong…..

“Kenapa kau tak suka aku?” La, kau nak tanya tu rupanya. Buat cuak jer.
“Ada aku kata aku tak suka kau ke?” jawabku selamba.
“Jadi kau suka aku la nie?” katanya. Dalam kepekatan malam tu ternampak senyumannya. Entah kenapa aku dapat rasakan keindahan senyumannya. Eh, kenapa dengan aku ni??
“Suka kau??? Aku de kata eh? Tak perasan la plak,” kataku sambil mengalihkan pandanganku.
“Kau ni degil kan?? Tapi aku suka,” lalu merapatkan jarak antara kami. Aku gelisah. Dia nak buat apa?

Benakku terpikir. Sebelum dia berbuat apa-apa terhadapku baik aku selamatkan diri. Dengan segenap tenaga yang ada aku menolaknya. Dan dia tersadung akar yang berada dibelakangnya lalu jatuh. Harapanku agar dia hanya jatuh terduduk ternyata meleset. Dia terjatuh di curam. Ketika itu aku lupa yang kami berada di atas bukit walaupun bukit itu tidak terlalu tinggi tapi Fariez jatuh terguling-guling. Cukup menyakitkan bila jatuh ke bawah. Dia meraung. Aku segera mendapatkannya.

“Eh, kau ok tak nie?” tanyaku cemas.
“Aduh…”hanya itu yang mampu ku dengar. Apa nak buat nie? Aku menjerit-jerit meminta pertolongan. Nasib kami baik kerana kumpulan dibelakang kami tidak jauh daripada tempat kami. Sementara mereka membantu Fariez aku segera berlari mendapatkan fasilitator di tapak perkhemahan…

Aku dan Fariez tidak dapat meneruskan aktiviti kami pada pagi tadi kerana Fariez dikejarkan ke hospital. Kemungkinan tangannya patah. Itu yang aku dengar dari fasilitator kami. Aku rasa bersalah. Tapi nak buat macamana nasi sudah pun menjadi bubur. Lagipun aku takut kalalu dia apa-apakan aku saja.

“Eira, macamana boleh jadi macam tu?” tanya Rizal sambil duduk dihadapanku bersebelahan Maria.
“Silap aku. Aku tertolak dia,”kataku jujur. Mesti diorang semua salahkan aku. Tapi dengan mereka ni je aku dapat menceritakan keadaan sebenar.
“Macamana boleh jadi gitu?” tanya Maria pula.
“Abis dia cari pasal dengan aku. Lagipun aku tak expect dia akan jatuh seteruk itu,”
“Eira, Eira. Korang berdua ni sempat lagi bergurau senda.” Kata Rizal sambil mengelengkan kepala.
“Kitorang bukan bergurau senda. Dia tu suka sangat mengenakan aku. Geram tau tak?” luahku.
“Macamana aku nak menjawab dengan family dia nanti. Macamana aku nak berhadapan dengan dia?” inilah yang ku risaukan sebenarnya.
“Kau jangan risau. Aku rasa dia takde apa-apalah tu. Nanti dia da ok kau apologise je la,” kata Maria.
“Dah, jangan pikir lagi. Jomlah kita sarapan. Jap lagi dah nak kemas-kemas,” kata Rizal mematikan perbualan pagi itu.

Aku akur. Tapi dalam pada itu aku tetap rasa bersalah dan risau. Macamanalah agaknya Fariez di sana?? Janganlah dia apa-apa. Nyawa orang tu. Kalau tangan dia kena potong macamana? Jadi Fariez kudung. Oh, tidak aku tak sanggup nak menahan rasa bersalah tu seumur hidup. Tidak!!

NotaHati: Hehe nak taw ape yg terjadi pada Fariez?? Haaa tunggu episod ke 6 yer..

~BunGaemoticon~

November 20, 2007

Dalam Benci Ada Sayang~Episod 4

Kami memulakan aktiviti kami pagi itu dengan senaman pagi dan kemudian kami akan memulakan jungle tracking. Sebelum itu kami perlu dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Aku tergolong dalam kumpulan lima. Maria juga berada dalam kumpulan yang sama. Fasilitator masih lagi menyebut nama-nama ahli untuk kumpulan 5. Ahli terakhir yang disebutkan sungguh mengejutkan. Tengku Fariez Shah! La, kenapa la mesti ada budak yang sorang nie? Buat aku hilang mood nak menghayati keindahan alam. Dia dengan selamba masuk kumpulanku seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami.

Setelah selesai kami terus dilepaskan untuk menjalankan aktiviti tersebut. Terdapat dua check point yang perlu kami lalui. Dan setelah mendapat persetujuan ramai, MK yang mengetuai kumpulan aku. Walaupun sebenarnya itu tidak termasuk dalam persetujuan aku.

Aku mengambil langkah untuk menjadi ahli yang terakhir berjalan. Untuk memastikan ahli kumpulanku selamat memandangkan aku ada pengalaman dan akan sentiasa berjaga-jaga. Kami sampai di check point yang pertama. Kami di minta untuk mendaki bukit yang curam itu untuk sampai ke check point yang kedua. Pada pemerhatian aku,bukit itu sangat tinggi dan curam. Dan sekiranya tidak berhati-hati boleh terjatuh. Fasilitator kami mengingatkan kami supaya berhati-hati dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Alahai, kenapalah aku mesti bekerjasama dengan MK tu?? Hatiku berbisik.

Kami memasang strategi untuk mendaki bukit itu. Aku mencari kayu yang kukuh untuk memudahkan aku berjalan ditempat yang curam tu nanti. Setelah itu kami bergilir-gilir untuk menarik antara satu sama lain untuk sampai ke puncak. Kini tiba giliran aku untuk menarik rakan-rakanku yang lain kerana mereka ada kesulitan untuk naik ke atas memandangkan Maria dan seorang ahli kami yang berbadan sederhana besar, Alia mengalami kesukaran untuk memanjat.

Aku cuba menarik Alia yang ketika itu berada dibelakangku. Maria cuba menolak Alia dari belakangnya. Ku tarik dengan sekuat hati tapi Alia tetap tidak berganjak. Aku memasang kekuda lagi. Cuba menarik Alia lagi. Ketika Alia sudah mencapai pokok untuk berpaut, aku hampir tergelincir. Nasibku baik kerana seseorang memaut pinggangku. Kalau tak, tinggal sejarahlah diriku ni. Aku menoleh untuk berterima kasih. Hah!!

“Ka…kau??” terimbas sebentar ingatanku pada adegan yang baru berlaku. Oh, tidak!! Kenapa terjadi lagi???
“Ye, kenapa? Lain kali hati-hati,” katanya selamba.
“Macamana kau boleh ada kat sini?” kataku masih terkejut. Setahu aku, dia orang yang paling depan selang 7 orang daripada aku.
“Aku kan leader. Perlu jaga kumpulan aku,”
“Ei, kenapalah aku satu kumpulan dengan kau,” kataku geram. Apalah malang nasibku. Mengambil kesempatan sungguh.
“Sebab aku suka la,”katanya tersengih. Cis, ada masa lagi dia nak kenakan aku. ni da lebih.
“Kau ni memang nak kena….” sambil mencerun ke arahnya.
“Kenapa tak puas hati??” katanya seperti membakar kemarahanku.
“Woi, korang sudahlah tu. Takkan kat sini pun nak gaduh lagi. Tolong la aku wei,” suara Maria mematikan pertengkaran kami. Baru aku perasan ahli-ahli lain sedang memerhatikan kami. Ish, malunya. Ini semua gara-gara MK ni.
“Ni boleh tarik Maria tak? Ke kau nak minta aku paut kau?” sindir Fariez. Kurang asam punya budak.
“Dah, tepilah. Kau ingat aku tak kuat ke?? Pergi tempat kau balik la,” aku menolaknya. Dan entah di mana silapnya sekali lagi aku tergelincir. Secara automatik, aku sudahpun berada di dalam pelukan MK. Apa?? Sekali lagi?? Oh, kenapa mesti dengan dia??!!!! Cepat-cepat aku mengukuhkan kedudukanku. Ku pandang ahli-ahli yang tersenyum-senyum melihat adegan yang tak disangka-sangka ini.
“Tu ke namanya kuat. Asyik nak terjatuh jer. Nasib baik abang ada. Lain kali jangan sombong,” sempat lagi Fariez berbisik kepadaku sebelum dia membantu Maria naik ke atas.Abang?? Eii, please. Sakitnya jiwa aku. Lama-lama boleh gila aku dibuatnya budak ni.

Kami meneruskan perjalanan kami. Walaupun hatiku rasa sebal terpaksa juga aku mengikutinya sehingga ke penghujung bersama kumpulan ini. Rasa macam nak menjerit pun ada. Apalah malang menimpa atas diriku ni. Serba tak kena je untuk camping kali ni.

Kami akhirnya sampai ke check point kedua. Kami ditugaskan untuk melakukan flying fox hingga ke bawah. Wa, inilah saat-saat yang ku tunggu. Da lama rasanya tak buat flying fox. Maria memegang lenganku erat. Aku lihat wajahnya pucat. Kesian Maria. Tapi nak tak nak kenalah buat juga kalau tak, takkan nak menapak turun dari atas bukit tu. Da la tinggi. Satu persatu dilepaskan untuk buat penerjunan tersebut. Kini sampai giliranku. Ketika aku sedang mempersiapkan diri aku untuk buat flying fox tu sekali lagi aku dikejutkan dengan tindakan yang tidak disangka-sangka.

Tiba-tiba saja Fariez menyarungkan helmet dikepalaku sambil mengetatkan talinya. Aku terdiam. Kaku tidak tahu perlu berbuat apa. Ahli-ahli yang lain mula bersiul. Aku yang bagai tersedar dari mimpi segera menepis tangannya. Dah kenapa budak ni. Tak siuman ke??
“Eh, apa ni?!” Marahku. Malu pun ada sebenarnya.
“Aku cuma tolong jer. Kau tu bukan tau jaga diri pun,” katanya selamba.
“Suka hati aku lah. Bukan aku menyusahkan hidup kau pun. Kau ni kenapa? Da buang tebiat ku?” kataku menghamburkan segala kemarahan dan perasaan geram terhadap sikapnya yang selamba. Dia ingat aku ni bini dia ke??

Dia langsung tak mempedulikan aku sebaliknya terus mengatur langkah ke barisan kembali. Budak ni memang menyakitkan hati. Dan dalam perasaan marah tu jugalah aku tidak merasa keseronokan ketika membuat flying fox tersebut. Ini semua gara-gara MK tu.

Akhirnya hampir jam 2 kami selesai melakukan aktiviti kami. Letih rasanya. Tapi pengalaman ini sunguh menyeronokkan. Cuma yang tak seronoknya aku satu kumpulan dengan budak tak tahu malu tu. 24 jam menyakitkan hati jer.

“Wa, Eira. Kau sekarang menjadi perhatian ramai tau,” kata Maria sambil duduk di sisiku.
“La, kenapa pula? Aku bukan artis pun,” kataku selamba. Cis, kawan pun nak mengenakan aku ke? Ni mesti kes pasal tadi ni.
“Hehe.. Kau dengan buah hati kaulah. Alahai, romantiknya,” kata Maria tersenyum-senyum. Aku da agak da.
“Romantik apanya, dia sengaja nak mengambil kesempatan kat aku tu. Kat sini pun masih nak mengenakan aku. Siaplah dia. Tahulah aku nak kenakan dia nanti,” kataku sambil meneguk air mineral yang berada ditanganku.
“Relax la Eira. Aku tengok kau dengan dia ni ada potensi la jadi pasangan serasi,”
“Ai, takkan kawan sendiri pun tak nak back up kawan kot,”
“Aku cuma cakap berdasarkan pemerhatian aku je. Tapi apa pun aku tetap support kau la. Janji kau jangan dapat mamat yang tak bermasa depan sudahlah yerk,” kata Maria sambil memaut bahuku.
“Iyalah tu. Eh. Maria! Jom kita pergi mandi waterfall nak?” memikirkan air terjun yang sejuk dan tenang tu menghilangkan perasaan marahku terhadap orang yang menyakitkan hati tu. Dapat juga aku menghilangkan rasa penat dan marah dengan keseronokan seperti ni.
“OK juga tu. Tapi apa-apa kita pergilah makan dulu. Nanti aku nak beritahu kat Rizal,”
“Ok, tapi kau jangan ajak dia pulak tau. Aku nak seronok-seronok nie. Dah lama tak mandi waterfall,” kami bergegas bangun untuk makan sebelum membuat aktiviti yang kami rancang.

Semasa ketiadaan Maria di sisi, aku terlihat kelibat Fariez yang sedang duduk makan di khemahnya. Tengok tu muka memang takde perasaan bersalah. Hatiku meluap. Geram dengan adegan yang sengaja dicipta oleh budak seperti Fariez tu. Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Ya, ini sajalah peluang yang ada untuk mengenakan dia balik. Jagalah kau MK!

Eira lantas menuju ke dapur. Masih ada tersisa nugget beberapa keping lagi. Eira mengambil mangkuk dan menuang sos kemudian dia mencampurkan dengan sejumlah garam yang agak banyak dan lada boh sesudu. Setelah itu dia campurkan dengan air panas. Setelah semuanya siap, Eira membawa ‘resepi’ barunya kepada Fariez lantas duduk di sisinya.

“Takkan makan sorang jerk cik abang?” kata Eira berbasa-basi. Alahai lembutnya bicara.
“Abis cik adik tak nak temankan cik abang, nak makan pun tak lalu,” pandai betul dia berkata-kata. Uiks, tak lalu ke? Tadi aku nampak dua pinggan kau sapu.
“Tak lalu yer, nah ambillah nugget ni. Special delivery tau,” kataku sambil tersenyum.
“Untuk abang ke?? Jomlah kita makan sama-sama,” sambil menghulurkan sekeping nugget ke arahku. Ku sambut dan memakannya dengan selamba. Abang??? Sejak bila la dia jadi abang aku nie? Belum sempat Fariez menyumbat nugget ke mulutnya aku berkata.
“Eh, makanlah dengan sos nie. Baru sedap,” kataku sambil mengajukan sos ke arahnya. Tanpa ragu-ragu dia terus cicah nugget kepunyaannya dan makan.

Kunyahannya terhenti. Terdiam seketika. Eira tersenyum sambil menahan ketawanya yang hampir pecah. Muka Fariez sudah berkerut dan telinganya merah. Dia terus meludah. Apalagi pecah ketawa Eira di situ.

“Amacam sedap tak cik abang?” kataku sambil ketawa. Rasakan!
“Padan muka kau. Lain kali jangan nak ambil kesempatan lagi paham,”kataku lantas beredar sebelum sempat Fariez berkata apa-apa. Mukanya merah menyala. Pedas campur masin memang sedap kan?

Waterfall

Seperti yang dijanjikan, petang itu aku, Maria dan ramai lagi kawan perempuan sekolejku bersukaria di air terjun itu. Seronoknya tidak terkata. Walaupun aku tidak pandai berenang tetapi semangatku untuk bermain di air yang sejuk itu melebihi orang yang pandai berenang.

“Maria, ajarlah aku berenang,” kataku sambil berenang-renang ditempat yang cetek.
“Alah, buat penat je aku ajar kau. Dari dulu sampai sekarang tak juga reti-reti. Malaslah aku,”
“Kau tu ajar tak betul macamana aku nak reti berenang,” sambil merendamkan badan ke dalam air. Sejuknya.
“Bukan aku tak reti tapi bontot kau tu yang berat,” sindir Maria.
“Ala, Maria ajarlah cepat,” gesaku.
“Yela-yela. Tapi sebelum tu kau belajar terapung dulu,” kata Mariamengalah.
“Terapung pun terapunglah. Janji layan,” Maria terus memberi aku panduan untuk mengapungkan diri. Mulanya memang agak payah kerana bahagian pinggang dan ke bawah tidak dapat terapung. Letih juga Maria hendak mengajarku. Bukan aku tak cuba tapi entah kenapa bahagian kaki ini berat sangat sebab tu tak dapat nak terapung. Banyak lemak kot.

Hampir setengah jam jugalah Maria memberi panduan. Akhirnya berjaya juga Eira mengapungkan diri. Nasib baik kawasan berdekatan yang dipilih ini tidak banyak batu. Tempat itu memang sesuai untuk berenang tetapi dalam. Eira hanya mengapungkan diri di tempat bahagian cetek walaupun hakikatnya paras cetek yang dimaksudkan hampir separas bahunya.

Sambil mengapungkan diri aku menikmati kenikmatannya terapung di air. Rasa relaks saja. Aku memejamkan mata. Rasa nak terlelap pun ada. Kerana kealpaan itu, Eira tidak sedar dirinya berada paras yang dalam dari tadi. Tiba-tiba Eira dikejutkan dengan satu sergahan. Suara yang garau. Dan suara yang amat dikenali. Fariez!!!

Oleh kerana paras yang tinggi melebihi ketinggian Eira, dia kelemasan. Manakala Fariez yang berada betul-betul dihadapannya hanya memandangnya. Keadaan menjadi tegang dengan jeritan Eira. Terkapai-kapai Eira kelemasan. Keadaan cemas.

“Fariez, cepat tolong Eira. Dia tak tau berenang!!” jerit Maria dari atas batu yang ketika itu jauh dari tempat mereka berdua.
“Tool..onnnng..” kata Eira tersekat-sekat.
“Fariez!!” jerit Maria yang kerisauan.
“Kau nak minta aku tolong yer, minta maaf kat aku dulu,” kata Fariez kepada Eira.
“Ak…u tak..k..an. Tolong,” sempat lagi Eira berkata.
“Ok, aku naik dulu,” kata Fariez selamba.
“Riez…ma…aaf,” setelah mendengar kata maaf dari mulut Eira, Fariez kembali kepada Eira dan memautnya. Eira memeluknya erat sambil terbatuk-batuk.
“Tulah, lain kali jangan jahat dengan aku,” kata Fariez tersenyum. Cis, pandai betul dia mengambil kesempatan ke atas aku.
“Ni semua gara-gara kau. Kau memang saja nak mengenakan aku,” marahnya aku kepadanya.
“Ai, marah nampak. Kira baik apa aku da tolong kau. Terima kasih pun tak nak ke?”
“Tak hingin aku nak berterima kasih dengan kau. Kau memang sengaja nak ambil kesempatan ke atas aku,” kata Eira geram.
“Ok, kalau camtu kau berenang la sendiri,” lantas Fariez melepaskan pautannya. Eira jatuh terkapai-kapai lagi. Hampir menangis Eira meminta pertolongan. Dia sungguh takut tapi dalam pada itu dia sempat lagi melawan dengan musuhnya.
“Fariez!! Kau nak bunuh Eira ke?” jerit Maria yang khuatir dengan keadaan Eira.
“Aku takkan bunuh dia cuma nak seksa dia jer,” kata Fariez dan kemudiannya memaut Eira kembali yang sudah tidak bermaya melawan arus. Dia keletihan.

Fariez membawanya ke tepi dan Maria serta rakan-rakan yang lain membantu. Eira menangis. Mungkin takut dengan kejadian tadi.

“Sampai hati kau buat dia macam ni,” kata Maria geram dengan tindakan Fariez. Ini bukan perkara main-main.
“Ada dia sampai hati masa dia kenakan aku?”kata Fariez lalu beredar. Maria terkesima.

Maria terus memberi tuala kepada Eira yang kesejukan dan ketakutan. Kesian. Dia menangis teresak-esak. Kejadian yang amat pahit buat dirinya.

“Eira, kau ok??” tanya Maria dan Eira mengangguk.
“Kurang ajar MK. Aku benci dia,” kata Eira sambil teresak-esak. Maria mengeleng dan memaut bahu Eira.
“Sudahlah tu,” kata Maria lembut.

NotaHati: TuNgGu SaMbUnGaN nYeRrRrRr…

~BunGaemoticon~

November 19, 2007

Dalam Benci Ada Sayang~Episod 3

*Maaf laa ek, BunGa lupe nak posting kan citer ni.. Bace la sambungan nye nie..

Setelah siap packing semua barang-barang yang perlu ku bawa untuk pergi bercamping esok, aku turun. Ibu sudahpun menungguku di meja makan.

“Sori bu lambat. Packing barang tadi” kataku seraya duduk menceduk nasi ke pinggan.
“Banyak ke barang yang Eira bawa?? Semua da cukup?” tanya ibu yang prihatin pada anaknya. Inilah sikap ibu yang paling aku kagumi. Sikapnya yang cukup perihatin dan penyayang. Bukan kepada aku saja tetapi terhadap saudara maraku yang lain.
“Semua da cukup da,”
“Nanti kat sana jaga diri elok-elok. Jangan lasak sangat. Maria pergi sekali?”
“Don’t worry bu. Eira kan da biasa bercamping ni. Maria ikut sekali, Eira ajak” kataku sambil meneruskan suapanku. Sedapnye gulai yang ibu masak hari ni.
“Ramai ke yang pergi?? Boyfriend Eira pergi sekali?” tersedak aku mendengar pertanyaan ibu.
“Ibu apa ni. Eira still single lagi tau. Ramai juga la yang pergi, hampir 40 orang,”ibu hanya tersenyum mendengar jawapanku. Aik, takkan ibu tak percaya kot. Aku baru 21 tahun la. Muda lagi nak pikirkan pasal benda-benda remeh ni.

Setelah selesai makan dan mengemas seperti biasa aku dengan ibu duduk berehat diruang tamu sambil menonton tv. Ku baring dipeha ibu. Ibu mengusap rambutku. Enaknya….

“Ibu, Eira nak tanyalah,”
“Tanyalah,”
“Ibu tak nak kahwin lagi?” terhenti seketika tangan ibu yang lembut mengusap rambutku. Namun tidak lama, tangan itu kembali rancak mengusap rambutku. Ibu berkecil hatikah dengan pertanyaanku itu?
“Maafkan Eira bu kalau pertanyaan Eira tadi agak kurang senang,” tak sanggup rasanya aku melihat ibuku bersedih. Tapi aku kesiankan ibu yang sudah 5 tahun menjanda. Bukan aku ingin melupakan ayah. Tidak sama sekali. Tapi sebagai seorang gadis yang memiliki hati seorang wanita, aku tahu ibu kesunyian.
“Kenapa anak ibu tanya macam ni? Ada calon untuk ibu ke?” kata ibu sambil tersenyum.
“Takde lagi. Tapi kalau ibu nak nanti Eira carikan,” aku tau nada gurau itu ada terselit rasa sayu dihati.
“Amboi, ingat cari calon ni macam cari guli dalam tepung ke Eira? Dari Eira cari untuk ibu baik Eira cari untuk diri Eira,” kata ibu dan aku tersenyum.
“Eira muda lagilah ibu. Baru 21 tahun tau.” Dan keadaan senyap selepas itu. Tangan ibu kembali mengusap rambutku. Tapi ku lihat ibu seperti sedang mengelamun.
“Ibuuu….. ibu sedih ke?” tanyaku lantas bangun dari pangkuan ibu.
“Ibu takde apa-apa Eira. Cuma teringatkan arwah ayah. Biarlah kenangan ibu dengan ayah menjadi kenangan yang ibu akan ingati sampai bila-bila. Ibu tak sanggup untuk menghadapi lebih banyak lagi kenangan. Ayah satu-satunya kekasih ibu sepanjang hayat,” jelas ibu. Sayu sekali. Sungguh besar kesetiaan kasih ibu terhadap ayah. Aku lantas memeluk erat ibu. Aku janji lepas ni aku takkan utarakan perkara ini lagi. Perkara yang akan membuat ibu sedih. Aku tak sanggup melihat ibu bersedih hati. Cukuplah kesedihan yang ibu rasai semenjak pemergian ayah.
“Ibu, maafkan Eira buat ibu sedih.”
“Takdelah. Ibu ok,”
“Ibu…..”
“Ye sayang,”
“Malam ni Eira nak tidur dengan ibu yer?” tersenyum ibu mendengar permintaanku. Sekurang-kurangnya dapat juga aku mengembalikan senyuman ibu yang manis. Tidak seperti tadi senyuman yang diselaputi kesedihan.

Camping Bermula

Mana pergi Maria nie? Tak keluar-keluar lagi. Nanti tertinggal pula. Kata 5 minit je ni da dekat 10 minit aku tunggu tak keluar-keluar lagi. Dia buat apalah kat dalam tu.
“Maria!!! Cepatlah nanti tertinggal”
“Ye, ye. Aku datanglah ni,” aku terlopong. Banyaknya barang dia bawa. Dia ni nak pergi camping ke nak menetap terus kat sana ni?
“Banyaknya. Apa yang kau bawa tu?”
“Heheh.. macam-macam. Nanti apa-apa hal senang,” 1 beg galas camping dan 1 beg balik kampung.
“Nanti kat sana sapa yang nak angkat. Aku tak larat. Beg galas aku pun berat,”kataku awal-awal. Tak mahu aku semput nak mengangkut semua barang-barang tu.
“Yang tu kau don’t worry. Rizal pun pergi sama tau,”
“La, kenapa tak bagitau aku. Abih nanti kat bas aku nak duduk dengan sapa?” Cis, dengan membe pun tak mau kasi tau.
“Ala, kalau aku kasi tau kau mesti tak kasi. Kau kasilah aku chance skit. Lagipun aku dengan dia da lama tak dating tau,” tersenyum sumbing Maria memandangku.
“Herm.. nasib aku la sebab takde boifren. Yela, dah jom karang tertinggal karang tak dapat pulak dating,” aku terus memecut keretaku selaju yang mungkin.
Ku lihat diperkarangan kolej ramai yang sudah ada. Ramai juga yang sudah datang. Bas pun dah ada. Dan peserta-peserta camping yang sudah sampai segelintir memasukkan beg dan ada yang sudah naik untuk mengambil tempat duduk. Dari hadapan bas ku lihat Rizal sedang melambai-lambai tangan ke arah Maria yang berada disebelahku. Bestnya ada boifren kan?? Ish, tak nak la aku. Susah aku nak ke sana ke mari. Tapi kekadang jeles juga aku tengok si Maria ni da berpunya. Aku ni ntah sapalah yang nak. Rizal menuju ke arah kami lantas mengangkat barang-barang Maria diletakkan ditempat letak beg. Aku hanya menyusul.

Tiba-tiba aku menangkap ngauman kereta yang aku rasa amat aku kenali. Ku toleh ke belakang. MK!! La, mamat ni pun join gak ke camping? Adus, tak bestnya. Parahlah kalau camni. Honda EK itu berlabuh disisi kereta kelisaku.

“Wa, Eira. Buah hati kau pun pergi jugalah,” sindir Maria.
“Siapa buah hati aku? Memandai je kau ni,” Rizal hanya tersenyum disisi Maria.
“Ala, pura-pura tak tahu pulak. MK kau la,” aku mencebikkan muka.
“MK? Siapa tu?” tanya Rizal.
“Tu Fariez. Eira gelar dia Mamat kerek.. ataupun MK,” aku hanya mendiamkan diri. Korang ni pun sukalah tu kalau nak kenakan aku. Aku buat-buat tak dengar.

“Hai sayang..” aku tersentak. Tiba-tiba saja dicuping telingaku terdengar bisikan sebegitu rupa. Sapalah yang nak berkurang ajar dengan aku pagi-pagi ni? Aku menoleh. Oh, tidak!!
“Apa sayang-sayang? Nak cari pasal ke?”
“Amboi garangnya. Patutlah takde orang yang nak.” Dia ketawa. Memang die nak kena nie. Buat sakit hati je.
“Kalau orang nak kat aku ke tak nak ke, takde kena mengena dengan Tengku. Pagi-pagi buat sakit hati jer,” aku mencerun memandangnya. Sakit hati aku melihat dia hanya tersenyum.
“Udah-udahlah tu Eira. Eira, handphone aku tertinggal dekat kereta kau la. Jomlah pergi ambil,” nasib kau memang baik MK. Aku dengan dengan Maria terus menuju ke arah keretaku.

Seketika kemudian kami kembali. Semua peserta sudah pun menaiki bas. Aku dan Maria bergegas naik. Ku lihat semua tempat sudah penuh. Maria segera mengambil tempat di sisi Rizal yang sudah melambai-lambai. Aku tercari-cari tempat lagi. Ha, kat belakang ada dua tempat kosong lagi. Aku segera duduk disisi tingkap. Boleh lihat pemandangan. Kehadiran orang disisiku tidak aku pedulikan. Sebaliknya aku lebih suka memandang keluar tingkap.

“Hai, sombongnya dia,” Hah! Macam ku kenal suara itu.
“Kau!!” alamak, takde orang lain ke yang nak duduk kat sebelah aku nie. Buat spoilt je.
Tanpa membuang masa aku terus memasang walkman aku. Malas aku nak layan orang yang menyakitkan hati ni.

Alunan lagu yang menjadi halwa pendengaranku, ku dengar semakin sayup-sayup. Tak sedar bila aku boleh terlelap. Aku rasa seperti tidur di rumah bersama dengan bantalku yang empuk. Tapi sayup-sayup tu jugalah aku terdengar orang memanggil namaku. Aku tersedar. Kat mana aku nie? Bukan katil ke? Ku lihat bas sudah berhenti. Rasanya macam sekejap saja aku terlelap. Tapi kini sudah sampai ke destinasinya. Cepatnya..

Owh-0h, aku terlena atas bahu MK!! Tidak!! Ini tidak mungkin terjadi!! Malunya aku. Mana aku nak letak muka aku nie. Makin sedaplah MK ni nak mengenakan aku nanti. Aduih, camnalah boleh tertidur nie. Dengan tersipu-sipu aku cuba berlagak selamba seperti tiada apa yang berlaku.

“Sorry,” itu je yang mampu aku ucapkan. Tak sanggup aku nak memandang wajahnya.
“Takkan sorry je?? Sakit bahu nie tau,” kata Fariez.
“Sapa suruh tak kejut,” kataku selamba.
“Kita kesiankan dia. Tengok air liur kat pipi pun tak lap lagi,” dengan secara automatik tanganku terus menyapu pipiku. Dia ketawa. Cis, kenakan aku lagi.
“Kau ni memang suka kenakan aku. Tak puas hati kat aku lagi??” kataku naik bengang dengan usikan dia dan malu yang masih berbaki. Dia hanya tersenyum dan meneruskan pembacaannya. Rimas melihat dia baik aku turun. Dari duduk sini buat sakit hati jer. Dah la dalam bas ni tinggal aku dengan dia je.
“Tepilah. Aku nak keluar.” Jerkah ku. Dia buat tak tahu jer. Ei, ni dah lebih. Dia ingat bas ni dia punya ke???
“Tepilah sikit. Tak dengar ke?” sambil aku menendang kakinya. Ha, dapat juga keluar.

Tapi belum sempat aku melangkah, Fariez menarik tanganku dan sebaik ku sedar aku berada di atas pangkuannya. Wajahku dengan wajahnya hampir bertemu. Tersentak hatiku. Terhenti seketika degup jantungku…

“Kenapa kau kasar sangat dengan aku?” kata Fariez. Lembut.
“Sukati aku lah. Now, let go of me!!” seraya bangun dan berlalu pergi. Dia memang sungguh kurang ajar. Tergamak dia buat aku macam tu. Menjatuhkan maruah aku! Aku benci kau!!
Pautannya di pinggangku aku rasakan amat erat sekali. Aku tak dapat melepaskan diri. Telah ku cuba tapi amat payah untuk ku keluar dari pelukannya itu. Hatiku semakin panas.
“Lepaskanlah. Nanti orang nampak,”kataku dengan nada marah bercampur malu. Malu takut-takut kalau terlihat oleh rakan-rakan sekolejku. Nanti apa pula kata mereka.
“Tak boleh ke kau cakap elok-elok sikit?” ish, demand la pulak. Dia ni memang saja nak mengenakan aku.
“Tolonglah lepaskan aku…” aku cuba merayu kepadanya.
“Bukan macam tu. Panggil aku sayang dulu,” ini dah lebih. Aku da merayu tu pun da cukup baik.
“Ei, kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Lepaskanlah!” marahku. Dan dari pandanganku dia sedikit pun tidak gentar dengan marahku sebaliknya hanya tersenyum. Aku menarik nafas panjang.
“Sayang, lepaskanlah saya. Nanti orang nampak,” dan secara automatiknyapautannya lepas dan aku segera bangun dari pangkuannya.
“Gila!!!!” jerkahku dan aku terus beredar. Tak sanggup lagi untuk melihat lelaki yang begitu kurang ajar denganku. Aku hanya mendengar ketawanya yang galak. Memang kurang ajar!!

Setelah penat berjalan akhirnya sampai juga kami di tempat perkhemahan. Tenang rasanya dapat menjejakkan kaki ke tempat yang dipenuhi hidupan alam yang lain. Kicauan burung, unggas-unggas dan deruman air terjun. Indah sekali.

Setelah khemah di pasang, kami terus membahagikan tugas masing-masing. Aku, Maria dan dua lagi rakanku ditugaskan untuk menyediakan makanan malam untuk malam ini. Semua barang-barang yang telah dikumpulkan ku pilih satu-satu untuk dijadikan makanan malam ini. Setelah selesai memasak kami bergilir-gilir untuk mandi dan solat.

Malam ini tiada banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Cuma beberapa taklimat diberikan oleh fasilatator sebelum aktiviti esok bermula. Yang paling aku tak sabar sekali adalah untuk bermandi-manda di air terjun yang indah itu. Tak sabarnya..

NotaHati: Tunggu sambungan nyer..

~BunGaemoticon~

October 10, 2007

Dalam Benci Ada Sayang~Episod 2

”Sapa kau? Apa kau buat kat kereta aku?” jerkah Fariez.
”Ek eleh. Aku siapa kau tak perlu tau. Saja nak mengisi masa lapang. Aku nak kereta kau jadi pameran kat sini,” kataku sambil tersenyum ke arahnya. Padan muka. Dia merenungku sambil merenung tayar keretanya silih berganti. Macam nak telan orang.
”Ee, wei! Kalau iye pun nak mengisi masa lapang janganlah buat kat kereta aku.”
”Saja je. Aku dah jatuh cinta sebenarnya dengan kereta kau nie,”
”Ke kau dah jatuh cinta kat aku?” kata Fariez berani sambil rapat denganku. Hanya seinci sahaja jarak antara kami. Cis, dia nak kenakan aku pulak. Lantas aku menolaknya jauh. Dah gabra sebenarnya. Tak pernah orang buat aku macam tu. Tapi takkan ku tunjukkan rasa gentar aku ni pada mamat berlagak nie. Takkan!!
”Hei, tolong sikit. Muka macam kau nie aku tak pandang pun,”
”Yeke ni? Aku tengok kau tak lepas pandang pun masa dalam kelas tadi,” katanya tersenyum. Alamak! Dia perasan ke? Dah mula da pulak muka tak tau malu mamat ni. Nak buat hal la tu.
”Heh! Aku ada pandang kau yer? Ada eh? Tak perasan la pulak. Oklah, kerja aku pun dah settle. Bye,” kataku sambil membuka langkah.
”Hei, abih aku nak balik naik apa?” jeritnya. Sambil tersenyum aku menuju ke arahnya kembali. Aku menyeluk poketku.
”Nah, RM2! Ni tambang naik bus sampai ke bandar. Keep the change. Esok kau bawa jer mekanik datang sini okey. Kau jangan naik teksi tau. Nanti tak cukup pulak tambang tu karang. Okey aku balik dulu,”kataku sambil menghulurkan sekeping duit RM2 ke tangannya dan berlalu. Aku terus mendapatkan keretaku.

Enjin ku hidupkan. Ku pandang ke arah kereta Honda putih tadi. Aik, mana mamat tu pergi?? Takkan dah naik bus kot. Cepatnya. Tiba-tiba pintu sebelah kiriku dibuka. Dan seseorang masuk lantas menutup pintu tersebut. Hah!! Dia lagi..
”Nah, amik balik RM2 kau nie. Sekarang jalan,” kata Fariez bersahaja.
”Hei, Hello!! Ini bukan teksi ye sedara,” kataku sambil menjengkelkan mata. Kurang asam punya budak.
”Eh, yeke? Bukan teksi ke? Tak perasan pulak aku. Ingatkan teksi tadi,” Cis, dia kenakan aku balik nampaknya.
”Tengku, tolonglah turun.Takkan lah Tengku yang kaya ni nak naik kereta patik yang kecik ni. Patik nak balik ni, turunlah cepat,” kataku menyindir dan dia hanya tersenyum. Macam nak cekik je mamat ni.
”Erm, cantik kereta kau ni ek. Cepatlah jalan. Aku da tak sabar ni nak merasa perempuan bawa kereta. Sekali-sekala kasi la aku chance jadi penumpang,” Eeee…. sengal. Dalam rasa baran tu aku memandu. Geramnya hati aku. Kalau aku dapat leher kau, aku cekik-cekik jadi kecik.
”Bawa kereta tu jangan mengomel sorang-sorang tak elok. Tumpukan perhatian ok,” huarghhh…. Geramnyeee….

Beg ku hempas ke sofa. Hati ini masih panas membara. Mamat tu memang da lebih, tak pasal-pasal aku kena hantar dia balik rumah. Aku berhentikan kat perhentian bus berdegil tak mahu turun. Macamana boleh jadi macam ni. Apalah malang aku jumpa dia hari ni. Kenapa hari ni hari yang tak bertuah untuk aku. Ni semua gara-gara kau mamat tak tahu malu tu. Tanpa sedar tanganku menumbuk bantal bertubi-tubi.
”Anak ibu ni kenapa marah-marah nie?” tanya ibu sambil mendapatkanku.
”Eh, ibu. Awal balik hari ni,” kataku sambil menyalami ibu yang amat ku sayang.
”Awal? Sekarang dah dekat jam 6 sayang. Eira kenapa balik lambat?”
”Err.. Eira hantar kawan tadi,”
”Owh, abih tu kenapa marah-marah lak ni? Gaduh dengan kawan yer ?” serkap ibu.
“Eh, mana ada ibu. Mana ada Eira marah-marah,” kataku sambil baring di peha ibu.
“Takkanlah ibu tak kenal anak ibu nie. Tak mahu cerita dengan ibu ke?” ibu mengusap kepalaku. Aku suka ibu perlakukan aku begitu.
“Tadi ada budak baru dalam kelas. Tapi dia ni menyakitkan hati jelah.” Keluhku.
“Yeke? Lelaki ke perempuan?” tanya ibu sambil tersenyum memandangku.
“Sapa lagi bu. Lelaki lah….”
“Owh, lelaki. Jangan gaduh-gaduh nanti dari benci jadi sayang,”
“Eh, ibu ni. Takdelah, semua tu mengarut jer,”
“Dah, pergi mandi siap-siap semua. Ha, ni da solat asar belum?” tanya ibu.
“Hehe..Belum. Nak pergila ni,” jawabku terpisat-pisat lalu beredar. Ibu hanya senyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Sejak kehadiran Tengku Fariez Shah ke kolej itu, Syazmira merasakan kehidupannya tidak lagi seindah sebelum ini. Ini semua gara-gara anak Tengku yang berlagak tu. Setiap masa, setiap hari ada saja yang dipertelagahkan walaupun perkara itu sekecil zarah. Dan sikap kebudak-budakan mereka telah menjadikan mereka salah satu pasangan yang menjadi perbualan pelajar-pelajar kolej. Cuma bukan seperti pasangan lain yang mempunyai hubungan mesra tetapi sebaliknya. Mana taknya mereka kadangkala bukan hanya bertelagah di kelas tapi di luar kelas juga.

“Hai, Maria! Good morning,” Sapaku seperti biasa duduk disebelah rakanku yang seorang itu.
“Morning Eira. Hai, gembira semacam je,”
“Takdelah, aku biasa je,” Maria masih merenungku. Aku tersenyum.
“Betullah, takde apa-apa. Kenapa tak percaya ke?” kataku lagi.
“Iyelah tu. Pagi-pagi dah sengih semacam je. Selalu takdelah ceria macam ni. Ha, mana buah hati kau?” serentak itu mood yang tadi ceria bertukar wajah. Apalah disebutnya orang yang tak hingin sesangat aku nak jumpa tu. Menyampah aku. Menghilangkan mood aku je sebut pasal dia.
“Aku manalah ada buah hati. Takkanlah kau tak kenal aku lagi kot? Lagipun siapalah yang nak aku ni?”
“Mamat mana lagi, mamat yang selalu kacau kau tulah buah hati pengarang jantung kau. Bukan ke korang berdua tak boleh berpisah langsung? Lagipun kau cantik apa, boleh tahan,” kata Maria sambil tersengih.
“Oit, please! Mamat tu aku tak hingin pun tau,” sejurus selepas aku mengeluarkan kata-kata itu, seseorang duduk disebelahku. Ku pandang. Terlopong apabila orang yang duduk disebelahku sekarang ni mamat berlagak ni!!
“Tutup mulut tu sikit nanti masuk lalat,” kata Fariez sambil merenungku. Aku yang seperti tersedar segera menutup mulutku bagai lembu dicucuk hidung saja lagaknya. Dia tergelak melihat gelagatku. Mamat ni suka menuetralkan mood aku aje. Dia nak apa?
“Eh, kenapa kau duduk dekat sini?”
“Suka. Lagipun sini kosongkan, so aku duduklah,”
“Kan banyak lagi tempat yang kosong? Menyibuk je duk sebelah aku,”
“Kat sini bukan ada sesiapa pun nak duduk. Diorang semua takut duduk sebelah kau, garang sangat. Tu yang aku duduk sebelah kau,”
“Apa?? Aku garang?? Cakap baik-baik sikit ye. Atau… kau da terpikat dekat aku nie,” aku tersengih. Saja je nak kenakan mamat tak tahu malu ni.
“Kalau aku terpikat pun apa salahnya. Kau bukan ada pakwe pun,” Dia tersengih sambil mengenyit mata ke arahku. Eee, geramnya aku. Berani dia buat aku macam ni. Bengang dengan mamat sorang ni. Maria tergelak mendengar tiap butir bicara kami.
“Korang ni memang sepadan. Sama-sama gila. Memang secocok la tu,” kata Maria. Sisa tawanya masih berbaki lagi.
“Maria!!” Aku menjengkelkan mata kepadanya. Apa ni, kawan sendiri pun tak mahu back up ke?
“Lantak koranglah. Malas aku nak layan. Ha, Tengku ku sayang… Jangan lupa tulis nama dekat tempat tu karang ada yang nak duduk kat sini pulak,” kataku dan perbualan dihentikan.

Tak lama sejurus itu, Miss Zulia masuk ke kelas dan ia mengajar seperti biasa. Aku menumpukan sepenuh perhatianku kepada pembelajaran pagi itu. Sementera otak masih segar, apa saja yang ditumpukan akan masuk dengan segera. Sebab itu, sekiranya aku tidak paham dengan apa yang di ajar aku boleh bertanya selepas waktu kelas. Aik, kaku semacam jer orang kat sebelah aku ni. Hidup lagi ke? Nak pandang ke tak ni? Nanti kalau aku pandang tiba-tiba dia kenyit mata lagi.. Aduh! Bisa tergoda aku. Ops, selisih malaikat 44. Ala, kalau dia kenyit aku kasi je penumbuk. Tul tak?

Buat kali kedua aku terlopong lagi. Bukan sebab dia kenyit mata atau dia main mata. Tapi dia tidur!! Nak tergelak pun ada. Sempat lagi mamat berlagak ni tidur. Patutlah senyap semacam je. Aku menyiku Maria. Maria mengeleng dan menyuruh aku mengejutkannya sebelum Miss Zulia perasan. Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Ya, inilah masa untuk aku mengenakan dia balik. Aku mencari-cari sesuatu di dalam bekas penselku. Yes, ada pun. Bulu ayam yang berwarna merah jambu pemberian Maria sebagai tanda persahabatan kami kini berada di dalam genggamanku.

Aku mengusik di bahagian dahinya. Dia mengalihkan mukanya. Aku tersenyum. Ku usik lagi tapi kali ini dibahagian telinganya. Dia menepuk. Aku sudah nak tertawa besar. Lena benar dia ni tidur. Maria menegahku dari mengusiknya lagi. Aku abaikan. Seronok mengusik orang yang sedang tidur. Tiba-tiba…..

“Syazmira, apa you buat tu?” tegur Miss Zulia. Terhenti segala perbuatanku. Semua memandang ke arahku.
“Takde apa-apalah Miss. Ni Tengku Yang Berbahagia ni sedang diulit mimpi yang indah bersama sang puterinya. Saya usik dengan bulu ayam ni pun dia tak bangun-bangun,” satu kelas tergelak dan Miss Zulia mengelengkan kepala. Sebab aku atau sebab anak Tengku ni aku tak tahulah janji aku dah kenakan dia.
“Syazmira, you tolong kejutkan dia,” arah Miss Zulia.
“Wei, bangunlah,” kejutku. Namun masih tiada jawapan. Tidur mati ke budak nie?

Herm, dah berapa lamalah budak ni tak tidur ye. Agaknya dia ni keturunan burung hantu kot. Sudah dipanggil tidak menyahut. Takkan aku nak kejut dia macam dayang kejut anak raja kot. Dengan segenap tenaga ku kumpul, aku pijak kaki dia. Ha, apa lagi meraunglah mamat tu. Padan muka, sapa suruh tidur. Satu kelas bingit dengan gelak tawa.

“Aduh, sakitlah!!” jerkahnya. Terkejut yang amat sangat terlihat diraut wajahnya.
“Padan muka. Siapa suruh tidur. Aku hanya mengikut arahan Miss Zulia suruh kejutkan kau,” katakku selamba.
“Ha, Fariez. You da berapa lama tak tidur ni? Lena benar saya tengok,” Wow, Miss Zulia ni macam ada powerlah. Soalannya sama macam soalanku.
“Eh, taklah Miss. Actually saya terlena sebab seronok benar duduk sebelah Eira ni macamada buaian je. Saya pun tak tau macamana saya boleh tidur. Agaknya Eira ni dah ‘guna-guna’ saya kot,” Amboi, sempat lagi dia kenakan aku. Loyar buruk aje.
“Apa-apa jelah you ni Fariez. Okey, kita sambung balik pelajaran kita,” Yes, seloroh kau tak mendapat perhatian.

Aku dan Maria asyik tergelak sepanjang perjalanan kami ke kafetaria. Peristiwa di dalam kelas tadi menjadi topik perbualan kami berdua.

“Kau gila buat Fariez tu macam tu. Boleh mati dia tadi tau tak?” Maria mengelengkan kepala. Kenakalan Syazmira memang sukar diduga.
“Abih aku dah panggil dia lena je, mati akal aku tau tak?”
“Pucat lesi muka budak tu. Tapi terkejut-kejut dia tu sempat lagi dia kenakan kau balik,”
“Tau takpe. Tu yang aku geram tu,” kataku sambil mengetap bibir.

Dari jauh ku lihat ramai yang berpusu menuju ke papan putih. Ada pengumuman barulah tu. Kami berdua menuju ke arah yang sama. Wa, ada perkhemahan anjuran kelab Kembara dua minggu lagi. Ini dah cukup baik. Bolehlah hilangkan tekanan belajar dan jauh seketika masalah-masalah yang ada.

“Maria, jom join nak?” pelawaku.
“Ish, taknak lah aku. Tak sukalah pergi camping-camping ni,” kata Maria berlalu aku segera mendapatkannya.
“Ala, temankanlah aku. Jomlah eh? Kau jelah kawan baik aku tau. Bolehlah Maria,” pujukku.
“Yela-yela tuan puteri. Selagi tak dapat selagi tulah merayu-rayu. Macam aku tak kenal kau. Jom makan aku lapar ni, tapi kau kena belanja aku,” putus Maria dan aku tersenyum gembira.
“Yes bos!!”


Bersambung…

 

~BunGaemoticon~

October 5, 2007

Dalam Benci Ada Sayang~Episod 1

Episod 1

"Alamak, dah lewat!!" Aku bergegas bangun. Hujan sepanjang malam membuatkan aku malas untuk bangun pagi. Sudahnya lagi 15 minit jam 8 pagi baru aku tersedar. Lambatlah aku ke kelas hari ni. Dahlah pagi ni kelas Ekonomi, kelas Prof. Zaid yang garang tu. Adusss…..

"Eira, sarapan dulu," kata ibu.
"Takpelah bu. Eira dah lambat nie,"sambil menyalami ibu aku bergegas mendapatkan keretaku. Ku pandu selaju yang mampu.

Jam dipergelangan tanganku sudah menunjukkan 8.10 pagi. Habislah mesti kena marah dengan Prof. Hari ni. Nak ponteng kelas aku tak beranilah pulak. Maklumlah aku dah kenal benar dengan cara Prof. Zaid ni, kalau ponteng kelas dia walaupun sekali terpaksalah kena tambah lagi satu semester. Aduh, takde kerja aku nak duduk sini lama-lama.

Tiba di selekoh kolej, aku terpaksa membuat brake emergency. Mana taknya lagi sikit kereta kelisa pemberian arwah ayahku tak tercium depan kereta Honda EK. Cis, siapalah yang bawa kereta, tak tahu undang-undang ker? Dah la tak bagi signal. Ingat ini jalan dia sorang yang guna ke? Taulah kereta mahal. Pastu buat salah buat tak tahu jer. Sikit pun tak nak angkat tangan. Tengok tu lagi buat muke berlagak kat aku, kalau muke tu hensem takpe la juga. Aku tak kisahlah aku boleh berkompromi tapi bile mamat ni buat muke berlagak dengan pastu pandang aku semacam jerk, memang aku ambil kisah. Kau berdoalah mudah-mudahan dijauhkan bertemu dengan aku. Kalau tak… Argh!!

Fuh, lega… Dalam hatiku yang panas ni sekurang-kurangnya aku dapat menarik nafas lega. Sebab Prof. Zaid masih belum masuk lagi ketika aku menyusup masuk ke kelas. Aku segera mendapatkan tempat di sisi Maria. Kawan baikku.

"Prof. mana Maria?" tanyaku termengah-mengah.
"Yang kau lewat ni kenapa? Dia baru je keluar. Karang dia masuklah balik.
After kelas ni dia nak jumpa kau," Hah, terlopong aku seketika. Penat tak abis lagi. Marah pun tak hilang lagi, dah datang lagi satu bala. Ingatkan dah selamat dah tadi. Adussss…..
"Yeke? Asal lak dia nak jumpa aku?" tanya ku seperti blur.
"Lagi mau tanya. Sendiri mau ingatlah. Ko asal lambat?"
"Aku bangun lewatlah. Asal kau tak cover aku?" hati aku mula berdebar-debar. Nahaslah aku kali ni. Pe alasan aku nak kasi kat dia nie?
Takkan nak cakap lewat bangun, memang nak kena dengar syarahan jawabnya. Tayar pancit? Ish, tak boleh. Perut sakit? Ala, pe nak jawab ni!!
"Camnalah aku nak cover kau. Tak sempat nak cover dia dah scan da sapa yang ada sapa yang takde. Lagipun kalau aku cover kau, aku nak cover pakai pe? Insuran pun takde lagi ni tau," leter Maria.

Habis kelas Ekonomi biasanya akulah orang yang paling happy dalam dunia nie. Tapi kali ni aku lah orang yang paling murung sekali. Macam ayam berak kapur aje muke aku ni. Yela, sapa tak takut kalau buat silap walaupun tak disengajakan. Lagi-lagi dengan Prof. Zaid. Kalau dengan Lecturer lain aku tak kisah sangat.

"Jom Eira kita pergi makan. Aku laparlah," pelawa Maria.
"Eh, takpelah Maria. Aku kena pergi jumpa dengan Prof. Zaid, takkan kau dah lupa kot," sebaik saja aku berkata-kata, pecah tawa Maria. Kenapa? Lucu sangatkah muka aku sampai dia ketawa macam tu sekali??
"Wei, aku tipu jerla. Kau caya ker?"
"Cis, kurang asam punya budak. Tak aman hidup aku selama sejam tadi tau tak. Kau memang nak kena nie," lantas mencubit lengannya.
Geram yang teramat sangat. Apalah nasib aku hari ni. Serba tak kena. Black monday ker? Tapi hari ni hari Khamis.
"Aduh, sakitlah. Aku gurau jer lah," kata Maria sambil mengusap lengannya yang merah
"Ha, padan muka.
Sapa suruh buat aku macam tu. Hari ni tak kira kau kena belanja aku juga," kataku sambil menarik lengannya.

Kelas Perundangan

Suara lantang Miss Zulia hanya kedengaran di segenap ceruk kelas. Pelajaran ini adalah salah satu yang paling aku suka. Lebih-lebih lagi lecturer ni seorang yang boleh dibuat kawan. Tak macam si Prof. Zaid tu. Dah la garang dan paling susah pulak tu nak kasi markah. Ops, termengumpat la plak. Karang tak berkat pula ilmu yang aku dapat. Haru jadinya nanti.

Tiba-tiba suara lantang Miss Zulia senyap apabila terdengar ketukan dipintu kelas. Kerani kolej yang muda dan manis masuk ke kelas kami bersama seorang jejaka. Ha, tu tak lain tak bukan mesti ada pelajar baru nak masuk ke kelas nie. Bertambah-tambah lagi la pelajar kat kelas aku ni. Desas-desus bisikan dari pelajar perempuan mula kedengaran dicuping telingaku. Ada yang kata pelajar tu hensemlah, macholah, bergayalah dan tak kurang ada yang kata ada kelas. Apalah diorang ni, time belajar pun nak pasang laki.

Ku kalih mataku ke arah mamat yang diorang dok bisikan tu. Ku pejam celik pejam celik. Aku tonyoh-tonyoh mata aku nie. Eh, betul ke apa yang aku lihat? Aku tak tersalah pandang ke? Mamat ni macam aku pernah tengok la… Tapi seingatku aku takde kawan yang hensem, macho, bergaya dan berkelas macam yang diorang asyik bisikan tu. Tapi siapa pulak dia nie? Aku macam pernah nampak. Aku cuba mengimbas kembali ingatan aku yang semakin menumpul ini. Siapa ya? Siapa?? Siapa???

Hah!!
Insiden pagi tadi tiba-tiba menerjah ke kotak fikiranku. Ku tenung dalam-dalam muka yang sedang mengadap Miss Zulia tu.
Sah!! Memang sah mamat berlagak ni. Cis, masuk kelas aku budak nie. Siaplah kau aku kerjakan nanti. Hahaha!! Ketawaku dalam hati.

”Wa, wa, wa… Bukan main tenung semacam je kau kat mamat tu. Dah tergoda ke cik akak oi,” Sergah Maria.
”Hei, please. He’s not my type okey. Cuma aku baru teringat yang dia ni ada berhutang dengan aku!” kataku mula berfikir cara untuk mengenakan mamat yang kerek tu.
“Berhutang? Kau kenal dia ke? Tak cakap pun dengan aku,“
”Dah lama gak la aku kenal dia cuma belum sempat aku nak habaq kat kau,”
Di saat Miss Zulia memperkenalkan mamat tu, tiba-tiba aku mendapat satu akal. Ya, siaplah kau Tengku Fariez Shah!!

Setelah kelas berakhir aku mula mengatur strategi. Takkan aku lepaskan kau yang telah membuatkan mood aku hilang sepanjang hari ini bila saja terlihat kelibat kau. Maria mengajakku pulang tapi aku menolak mengatakan aku ada hal perlu jumpa seseorang. Sudahnya makcik tu balik berjalan kaki hari ni. Biasanya aku yang tumpangkan dia. Kesian pulak aku tengok dia kena menapak balik ke rumah sewa sendirian tapi takpelah bukan jauh sangat. Alah, sekali-sekala suruh Maria tu excercise pe salahnya, betul tak? Yang penting ada misi yang perlu aku selesaikan hari nie.

Pandanganku meliar. Terhendap-hendap aku takut-takut mamat tu ada. Nasib baik jugaklah pelajar tak ramai sangat kat sini sebab sekarang semuanya ada kelas lagi. Terhendap-hendap, tercari-cari benda yang aku cari. Kat mana pulak dia letak ni? Peluh pun dah memercik keluar. Takkan dia letak kat tempat lain kot.

Ha-Hah!!
Yes, jumpa juga akhirnya benda nie. Haha.. Nasiblah kau kereta. Kerana tuan kau, kau yang jadi mangsa. Aku mendekati kereta Honda EK berwarna putih milik mamat berlagak tu. Ku pandang keretanya sambil mengelilingi kereta tersebut. Mesti mamat ni sayang giler kereta dia. Make-up bukan main cantik. Tapi kalau cantik tak boleh jalan mesti tension kan? Inilah strategi aku. Apa salahnya kereta ni jadi perhiasan sehari di kolej aku ni. Aku pandang lagi ke kanan ke kiri takut-takut ada orang yang melihat aku. Karang susah pula nak buat kerja. Setelah pasti takde orang yang berada di situ, aku tunduk dan memulakan kerjaku. Membuang angin tayar depan kereta mamat tu. Hahah…Baru puas hati aku!

Woii!!
Kerana sergahan yang mengejutkan tu kepalaku terhantuk cermin tepi kereta. Mengaduh ku seketika sambil mengusap-ngusap kepalaku yang sakit. Ku pandang orang yang telah menyergah aku. Aku terkedu. Alamak!! MK lah. Kantoi……..

Bersambung….






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham