LoVeKiNgDoM

September 28, 2007

Siapa Sebelum Nurin??

Filed under: Di Alam Fana~

Sedikit Renungan utk semua…BunGa carik sedikit maklumat untuk tatapan bersama2..

Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.

Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.

Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.

Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Noritta Samsudin
berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.

Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.

Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.

Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa.

Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?

 

 

NotaHati: Selamat kah kita kaum Hawa ini berada di luar rumah.. Renungkan kadang2 dlm rumah pun belum tentu selamat.. Hmm cuma mampu berdoa agar sentiasa di lindungi.. Amin..

~BunGaemoticon~

Malam Tadi.. Hehe~

Filed under: Di Alam Fana~

Semalam, seperti yang dirancang oleh ayah.. Pakcik2 aku, di jemput kerumah untuk berbuka puasa bersama2.. Uda ngan Mak Uda n anak2 dye, Ika, Syahmi, Sazwan ngan Rahimi.. Termasuk Acu pun dtg.. Itu pun dah penuh umah ayah aku.. Maklum la bukan besor mana pun.. Tapi xpe aku tak kesah..

Balik jer keja, aku smpai umah sekitar kol 6.00ptg.. Sesampai aje kat umah, aku terus tukar baju tnpa sempat mandi, sbb nak tolong mak ngan ayah buat persiapan terakhir untuk wat juadah berbuka pose..

Mak ngan Ayah masak Ayam Goreng Berempah, Dalca, Nenas Sweet Sour.. Kueh plak mak buah kueh Janda Malas, kaler Ijau.. hehe.. kueh ni setahu aku, tak penah tersumpat ke anak tekak aku.. Sbb nya aku xlalu nak telan bile membayangkan benda tu telur katak.. Ngeeeee.. Eii yekkkk… Ampun mak.. Yong ni bab makan mmg cam poyo sikit… huhu.. Tapi aku xpenah ckp ngan mak, ayah n adk 2 aku sbb aku tak makan..Maklum laa, diorang suke makan terutamanya Ayahanda aku tu.. hehe…

Dalam kesibukan aku tu, aku panggil tentera kerahan aku si Azie, bagi duit soh beli tepung pelita kat Bazar dkat ajer ngan umah, untuk tmbah2 juadah berbuka.. Azie ni jarang nak bantah ape aku soh, sbb dye mmg byk terhutang budi ngan aku.. buat keja skola dye.. Ngeee.. Padan muke ko.. haha..

Waktu berbuka dah nak tibe, tapi kelibat Acu masih xtibe.. Risau aku juge..Mase tu Ayah tgh wat tahlil sebelum berbuka.. mmg tiap2 hari mcm tu, Ayah akn buat tahlil utk arwah2 tok, opah, sedara mara aku yg dah pulang ke rahmatullah..

Aku msj Acu, tnyer dye kat mana.. Dye kater dah nak smpai dah.. Tayar motor dye pancit.. Laaaaa.. Cian Acu..

Acu smpai bawak air tebu.. Wah.. Sedap tu aku suke.. Mak Uda dtg bawak kueh ketayap.. Jiran aku pulak bagi kueh karipap, Meehon Sup.. N ape tah lagi.. Waa byk betul habuan tuk berbuka hari ni kan.. Ekekke suke aku..

Waktu berbuka tibe.. Aku pegang adik bongsu aku yg sebaya ngan anak Cujie.. Tua adik aku 5 hari jer ngan anak Cujie.. 3/10/07 ni genap 7bulan laa cayang aku tu.. hehe.. Dah makin bulat.. nak dukung pun lengoh sbb cyg aku nie, xreti nak dok diam taw.. Kejap melentik sana..berpusing2.. Makin lasak.. Tu belum campur ngan aksi2 lompat2 dan sempur2 air liur dye tu.. Adu..

Aku bagi laluan kat mak berbuka dulu.. smbil tu aku berbuka juge la teguk air oren yg aku bancuh tadi, makan kurma.. Aku sumbat kurma dlm mulut adik aku tu.. Dye nganga ajer.. Tak penah nyer nak tolak.. Dah tu aku makan tepung pelita, Baby Erol aku tu, menepuk2 tangan aku, bg signal nak jugak laa tu, aku suap jugak kat mulut dye.. Dye makan jugak.. Aduhai mane tak bulat..Aku makan kueh ketayap, nak jugak , aku cubit kan sikit, dye makan jugak.. Emm lantak ko laa dik..

Mak dah sudah mkan, baru aku berkesempatan makn pulak.. Pastu solat maghrib berjemaah.. Aku tak join sbb kena jage baby aku tu, hai dah ade dak kecik.. Cujie, ko nak taw tak, kadang aku ase macam ko, kena bela anak pulak, sbb balik keja jer aku kena jage baby.. huhuhu..

Lepas dah settle semua, aku pass baby kat mak, sbb nak mandi n solat..Lepas solat, aku dok borak2 ngan Angah.. Pastu dye ajak aku g teman dye beli beg.. Esok(hari ni laa kirenyer) dye nak g Bentong.. Ade kursus.. Ape laa Si Angah ni, pastu dye ajak aku g CC lepas tu, sbb nak soh aku ajor something..

Dah pegi kedai tu, pilih punyer pilih, dan bile dah berkenan, sambar ajer laa beg galas belakang yg mcm nk g Camping tu.. Pastu member dye Ajib lak dtg.. Adu bikin spoill laa nak dating ngan Angah.. Huhu.. Ajak kua lak.. Padahal Angah dah ajak aku g CC lu..

Xpe laa aku tak kesah.. Aku tnyer nak g mane.. Dye ajak adik aku wat latihan vokal.. Hangguk ko laa.. Nak g karaoke la makna nyer tu.. haha.. Emm k gak kan, aku layan kan ajer..Aku pun last g sebelum pose hari tu, tu pun lepas main futsal mcd tu ngan Sugar.. Aik sebat ajer laa.. Tapijahat gak ni, org g terawih, aku g nyayi.. Aii ape nak jadi nie..

Sesampai ajer kat karaoke box tu kat Seksyen 15 tu, beli token pastu bantai melalak laa tiga org.. Aku, Angah n Ajib.. Haha…

Ajib bile aku nyayi part yg kena tarik, dye pun kater.."Tarik Yong.. Kasi tarik.." Bengong dak ni, kater aku dlm hati..

Habis bantai 10 lagu.. kitorang pun balik.. Dah balik tu boleh pulak aku bantai borak ngan Angah.. Bangun sahur pun lmbat.. Lepas sahur, bantai borak lagi.. Hai kalo dah jumpe Angah n dapat borak.. Mmg laa ade jer cerita nya..

NotaHati: Puas hati dapat nyayi mlm tadi.. Dpt lepas tension aku.. Hahahaa… Kenyubelibet??? Ekeke.. Teringat kate2 Cujie, enjoy pueh2.. Hahaha..

~BunGaemoticon~






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham