LoVeKiNgDoM

January 25, 2008

Rahsia Cinta Lelaki..

Filed under: Ape nie??, LoVe Is CiNta

Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..
Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda.

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda..

Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:

Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dan rela dan bukan kerana terpaksa.

Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.

Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.

Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)

Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.

Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.

Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.

Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.

Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)

HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..

NotaHati: Emm hanya bacaan utk org  mcm aku yg bermasalah ni..   .. Dr email seorang sahabat.. Aduhai hati.. Apekah ubat paling mujarab utk memulihkan hati aku ni..

AtasNamaCinta~BunGaemoticon~

December 4, 2007

CinTa..

Filed under: LoVe Is CiNta

emoticonemoticonemoticonemoticonemoticonemoticonemoticonemoticonemoticon

Cinta.. Tegarkan Hatiku.. tak mahu sesuatu merenggut engkau..

emoticonemoticonemoticonemoticonemoticon~BunGa~emoticonemoticonemoticonemoticonemoticon

November 22, 2007

Jenis Percintaan

Filed under: LoVe Is CiNta

FAKTA MENGENAI PERCINTAAN

* Storge (Kawan Karib)

Berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketenangan dan cinta yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu timbul dan berkembang secara perlahan-lahan daripada perhubungan karib yang lama. Selalunya, pasangan Storge mempunyai minat dan keinginan yang sama.

Mereka gemar berkongsi harapan secara terbuka dan tidak berupaya untuk bercinta tanpa mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam. Mereka juga jarang memaparkan kemesraan tetapi lebih logikal dan tenteram. Sifat yang jarang merajuk atau merasa cemburu. Perpisahan atau berjauhan tidak menimbulkan kerisauan. Jika mereka bercerai, mereka masih boleh berkawan.

* Agape (Pengorbanan)

Bermaksud altruistik. Individu ini mengambil berat mengenai pasangan mereka. Lazimnya mereka mesra dan berhati mulia. Cinta jenis ini juga tidak mengharap apa-apa balasan daripada orang yang dicintainya itu. Akan tetapi mereka yang memiliki cara cinta Agape mudah dipermainkan oleh orang yang dicintainya dan sekiranya mereka sedar penindasan berlaku, ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak disengajakan.

* Mania (Kepunyaan)

Sangat hebat dan obses. Kebanyakan individu yang memiliki cinta
jenis ini sentiasa memikirkan mengenai pasangan mereka, memerlukan kasih sayang, perhatian, kepastian dan ketulusan yang berterusan daripada pasangan mereka.

Mereka juga suka mengawal dan mengongkong pasangannya, cemburu buta, sentiasa perlukan kepastian cinta, mencurigai kejujuran serta keutuhan cinta, bimbang penolakan dan kehilangan cinta serta sentiasa peka terhadap sebarang tanda kekurangan cinta. Selain itu mereka sentiasa menagihkan janji daripada pasangan mereka yang menyebabkan mereka terumbang-ambing di antara keghairahan dan kekecewaan.

* Pragma (Logikal)

Bermakna praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logik dan munasabah. Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada hubungan cinta. Mereka lebih memerhatikan keuntungan peribadi dalam perhubungan.

Ini dicapai dengan mengadakan senarai sifat yang diperlukan daripada objek cinta dan mengikut taraf serta kemampuan peribadi individu berkenaan.

* Ludus (Permainan)

Cinta permainan yang sering dicirikan dengan kepentingan diri
sendiri. Individu yang memiliki cinta itu menganggap cinta sebagai
satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi. Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dalam perhubungan dan suka kepada perhubungan yang mendadak serta tidak teratur. Selain itu, mereka selalunya suka mempermainkan perasaan pasangan dengan mempunyai lebih dari seorang individu yang dicintai.


NotaHati: Aku yang mane satu ek??? Huhuu emoticon


~BunGaemoticon~






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham