Qaseeh~Part 1
Qaseeh.. Manja.. Sayang & Cinta..
Baru tadi Qaseeh menghubunginya di rumah. Chinta menyatakan padanya yang dia ok sahaja. Tapi dia tahu, Adek memang pandai menyembunyikan sesuatu darinya. Namun dia sudah masak dengan karenah Adek. Nalurinya begitu kuat menyatakan sesuatu tentang Adek.. Dan pasti nya perkara yang diduga itu seringkali benar2 terjadi.. Aduhai.. berkecamuk perasaaannya.. kerisauan Qaseeh kini tak dapat di bendung lagi..
Lantas Qaseeh segera mengambil borang time-off. Dia akan terus pulang ke rumah jam 3.00ptg nnti.. Sambil-sambil itu dia menyudahkan kerja apa yang patut.Hmm sedangkan waktu itu, fikirannya melayang jauh entah kemana..Entah laaa..Jam di tangan sudah menunjukkan ke angka 2.55 petang. Qaseeh berkemas-kemas untuk pulang. Segera dia mencapai beg tangan dan kunci kereta di dalam laci. Tergesa-gesa dia berkemas. Yang pasti Qaseeh mesti pulang segera.
Qaseeh segera menghubungi Sayang. Pastinya dia masih berada di Kolej.Panggilan Qaseeh tak berjawap. Lantas Qaseeh menaip mesej pada adeknya yang kedua itu.. ‘Manja, ada kuliah ye, akk just nk bg taw, Chinta tak sihat, akk nak bawak dia ke klinik ni.Akk tak sempat nak bagitau Mama n Papa, nnti diorang risau pulak, ok, pape nanti kiter citer kat umah yer…ok Manja.Take ye bye..’Perjalanan dari Damansara Uptown menuju ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang 45minit. Terlalu lama pula dirasakan. Tapi traffic tidak begitu sesak, mungkin barangkali Qaseeh pulang lebih awal hari ini.
Terbayang-bayang di ruang matanya, seorang demi seorang adek yang amat-amat dia kasihi.Mama dan Papa begitu suka akan nama-nama klasik. Lalu puteri-puterinya di namakan sebegitu. Nur Qaseeh Aquiela, adiknya kedua dinamakan Nur Manja Zulaiqqa, ketiga Nur Sayang Alisya dan adiknya yang bongsu dinamakan Nur Chinta Elysha. Namun Mama dan Papa tak punya anak lelaki. Kesian Papa, benar-benar kepingin ditemani anak bujangnya, tapi mungkin tiada rezeki.Begitu jauh fikiran Qaseeh melayang. Akhirnya dia kini sudah berada di susur keluar lebuhraya Shah Alam. Kad Touch n Go sudah di pegangnya. Kereta Gen2 berwarna merah milik Qaseeh meluncur laju.
Dalam tak sedar, Qaseeh sudah berada di rumah keluarga nya di Seksyen 7. Tergesa-gesa dia keluar dan segera memicit alarm kereta untuk mengunci kereta Gen2 kesayangan nya itu.‘Chinta..Chinta..’ Qaseeh melaung dari tangga. Segera dia mendaki anak tangga menuju ke bilik Adeek nya itu. Tombol pintu dipulas. Adeknya seorang itu terbaring tidur di atas katil. Tangan Qaseeh menjamah dahi adek. Dan di alihkan pula pada leher, tangan dan badan. ‘Ya Allah Chinta.. Panas betul ni badan nya, Chinta ada makan panadaol ker?’ Qaseeh bertanya. Hanya gelengan kepala Chinta sahaja yang mampu Chinta balas ketika itu, badan nya sungguh terasa lemah, hingga tak mampu berkata-kata lagi.
‘Sayang, meh laa akk bawak adek ke klinik, panas betul suhu badan nie…’Qaseeh berkata dengan nada yang sayu.Chinta membalas dengan anggukan. Aduhai.. Sayu hati Qaseeh melihat wajah Chinta begitu.‘Nanti akak telefon Papa dan Mama kat Kedai ya.’ Chinta membatukan dirinya.
Tangan Qaseeh menekan nombor telefon Mama. Lalu terdengar suara mama disebelah sana ‘Assalamualaikum. Mama , Qaseeh nak bagitau ni, Adek ni demam teruk betul, Tadi Qaseeh rase mcm tak sedap hati pasal dia, bile call dye cakap dia tak pegi sekolah, Terus Qaseeh amik time off ni, Qaseeh nak bawak dia ke Klinik’ ‘Laa.. Nape adek tak telefon Mama dan Papa je’ kedengaran suara mama seperti mengeluh.‘Mama, maca tak kenal lagi dengan perangai si Chinta tu, ni pun Qaseeh call die, namun kalo kata dia nak bagitau yang die tengah susah, memang payah laa..’
‘Hmm kenapa pulak Qaseeh tak call Mama sebelum ambik time off tadi?’ Aduh soalan Mama yang sebegini malas pulak die nak jawap. ‘Hehe, kelam kabut sampai tak ingat laa Mama.. Sorry laa’ Qaseeh memujuk. ‘Mama, oklah.. Qaseh nak bawak Chinta gi klinik ni, kang kiter cerita panjang ek’‘Hmm yelah.. Take care sayang, elok-elok bawak adek tu Qaseeh’ Mama memesan.
‘OK!’

~Ilham BunGa
~
